Saturday, April 18, 2009

practical physiology



~exam fever:zero lazy~

bismillahi walhamdulillah..

baru sahaja pulang dari exam practical physiology..sujud syukur saya pada Pemberi Ilmu kerana Dia telah memberikan ilmuNya kepada saya tadi..2 hari sebelum ini saya kurang sihat.perubahan cuaca yang menandakan summer telah datang memberi sedikit impak kepada saya.

rasanya tahun-tahun sebelum ini pun saya mengalami demam setiap kali sebelum final exam bermula.teringat time 1st year..demam 2 hari terlantar tidak boleh bangun sehinggakan makan pun bersuap oleh housemate.tahun lepas pun saya demam tapi tidaklah seteruk mana.cuma panas-panas biasa sahaja

2 hari sebelum exam saya rasa kurang sihat.kepala berpusing,sakit tekak dan badan rasa panas sejuk panas sejuk.setelah dipaksa menelan panadol dan vitacid oleh housemate barulah saya makan.tu pun setelah puas mendengar leteran ciknut,cik amani n cik arah.
last year exam..tak cukup meja study:P

oleh itu, saya tidak dapat membuat persediaan secukupnya.'kalaulah'..masa boleh berputar kembali ingin saya persiapkan diri dengan sebaiknya.namun pada malam sebelum exam sakit kepala datang lagi.akhirnya malam itu saya hanya tidur dan tidak menelaah sedikit pun.cuma saya hanya berdoa pada Allah supaya berikan saya soalan yang saya dapat jawab dengan baik.tidak ambil kisah tajuk mana asalkan saya tahu apa yang akan saya jawab.

alhamdulillah Allah mendengar permintaan saya..semasa cabutan no soalan saya tidak banyak memilih.hanya mengambil no yang telah terbuka di depan mata 89..then bergerak menuju mencari di mana letaknya no soalan terbabit.saya dapat soalan berkenaan basal metabolic rate (bmr) dan vibration sense.mulakan menjawab soalan dengan bismillah di atas kertas sebelum doktor datang ke tempat saya untuk menyoal.

saya di'examine' oleh doktor perempuan yang mengajar kami digestion last part.antara soalannya ialah

  • what is tract of vibration sense?-gracile and cuneate tract
  • what is another sense carried by gracile and cuneate tract?-fine touch,fine pressure,consious proprioceptive
  • what is mean by bmr?-rate of energy expenditure per unit time under basal condition
  • what is basal condition?-complete physical and mental rest,post-absorptive and normal temperature
  • how to calculate the bmr?-equation
  • what is normal value of bmr?-40kcal/m2/h
saya amat bersyukur kerana dapat menjawab dengan baik walaupun tidak yakin akan mendapat full mark.teruskan usaha untuk subjek yang akan datang.

untuk yang belum exam berusahalah selagi ada masa.jangan sia-siakan masa yang ada.jangan sampai selepas anda tidak berjaya menjawab dengan baik anda berasa menyesal dan berkata 'kalaulah' aku menggunakan masa yang sebelum ini dengan baik..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
jangan direnung letihnya usaha.bayangkan manisnya kejayaan:)

keluarlah dari zone selesa anda.bergerak ke arah zone usaha.jika anda tidak bersemangat.carilah dan kutip semangat anda untuk anda berjalan kembali di atas track yang betul.ini bukan masa untuk berjalan dan berlari anak.masa itu sudah tidak ada wahai sahabat.ini masa untuk kita memecut ke garisan penamat.jika kita masih berjalan...maka kita tidak akan sempat sampai ke garisan penamat bersama mereka yang menang!

~ingin melakar kejayaan seperti mereka:)~

No comments: