SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.
“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”
Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”
Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”
Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”
Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.
Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.
Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)
Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”
conclusion:
sebagai seorang pelajar yang dahagakan ilmu kita WAJIB lah membaca untuk menambah ilmu kita yang sedia cetek ni.tambah-tambah musim exam yang sangat2 dekat ni.tak kiralah dimana malaysia dan mesir.ramai orang dalam fatrah imtihan yang sangat mencabar emosi fizikal dan mental ini.
jangan berusaha sekadarnya .sbaiknya berusahalah dan berjanji akan memberi yang terbaik untuk exam dan semasa menjawab oral dari doctor.ini kerana Allah suka orang yang berusaha dan bertawakal kepadaNya selepas berusaha.janganlah pula kita meminta lebih dari usaha kita.
sedangkan usaha tidak seberapa tetapi minta untuk cemerlang.tidak malukah kita pada Allah?
manfaatkan masa yang ade sbaiknya.jangan jadi manusia yang lalai dari nikmat masa.smoga kejayaan milik kita bersama.rabbuna najahkum.
p/s:
sumber harian metro
kepada adik2 1st year yang exam esk gud luck!
ingin membace special sences,cns, kidney n metabolism!
~13days to go~
2 comments:
macam knal image atas tuh :P
all the best dear
hehe..thnks cik as..kamu la tu yg bg!
Post a Comment