Sunday, April 12, 2009

penguat semangat!

bismillahi walhamdulillah..

fatrah imtihan datang lagi.sekejapnya masa berlalu.final exam kembali menjengah.rasanya baru saya meneruskan langkah di tahun 2 pengajian.sekejapnya...ini bermakna sudah setahun saya berada di tahun 2 dan juga umur saya sudah semakin meningkat lagi setahun.

ramai antara kita pada musim exam ini sudah tentu mengambil langkah untuk berkurung menghadap buku masing-masing.sudah tidak ramai yang berfoya-foya dan bersiar-siar.teruskan usaha anda untuk cemerlang kerana islam menuntut kecemerlangan.tetapi jangan diabaikan tanggungjawab kepada insan sekeliling.jangan sampai tidak bertegur sapa dengan housemate.

tidak kurang pula yang bersifat 'aku-aku' pada masa ini.sifat kurang sihat ini harus dibendung dari menular dalam diri masing-masing.memetik kata Dr.Hamid, jangan kedekut ilmu.sharelah ilmu yang anda ada walau sedikit.moga ilmu yang sedikit itu akan terus berkembang.bukan diri kita sahaja mahu cemerlang.alangkah manis jika kejayaan kita itu dikongsi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.

saya sangat terharu dengan sahabat-sahabat satu batch yang sama-sama menjejakkan kaki di bumi mesir ini.walaupun kami sudah tidak lagi sama kelas kerana mereka sudah berada di tahun 3..tapi mereka tetap menganggap kami-kami ini sebagai sebahagian dari mereka.masih lagi boleh melakukan qiam bersama dan masih lagi boleh menjadi rakan taakhi.jakillah sahabat.sukar mencari insan-insan seperti kamu semua di zaman ini.

tidak kurang yang banyak memberi sokongan dokongan dan dorongan untuk sama-sama berjaya dan pulang dengan segenggam ijazah perubatan.mengingatkan kisah saya mengulang tahun,merupakan detik yang sangat sukar buat saya.susahnya untuk bangun mengatur langkah kembali.sukarnya untuk mengutip semangat-semangat untuk kembali melakar kejayaan.atas sokongan orang sekeliling saya ketepikan perasaan takut gagal itu untuk saya teruskan cita-cita yang saya idam-idamkan.

walaupun kadang-kadang terasa penat dan bila semangat luntur..hati ini masih tertanya-tanya mampukan aku untuk terus berada di bidang ini.namun saya cekalkan hati bahawa Allah telah memberikan saya peluang yang saya inginkan mengapa harus saya sia-siakan peluang ini.thanks sahabat-sahabat atas segalanya.marilah sama-sama kita berlari pecut menuju kejayaan.walaupun kita tidak lagi menjadi classmate, yang pasti satu hari nanti kita akan bergandingan mewarnai dunia kesihatan dan perubatan di malaysia.

~no time for fun, its time to 'pecut'~

No comments: