bismillahi walhamdulillah...
di kala musim imtihan menjelma..ramai yang sibuk menelaah pelajaran masing-masing.bagi yang kurang puas hati dengan persediaan untuk exam practical dan mid term hari tu akan digunakan peluang dan sisa masa yang ada untuk terus mengatur langkah lebih cemerlang.dengan kata lain mengejar dan memburu mereka yang cemerlang!
namun yang pasti di musim exam ni ramai yang terkena satu penyakit yang tidak dapat dielak iaitu penyakit hati.bercakap berdasar kepada pengalaman..penyakit ini seakan duri dalam sekam..gunting dalam lipatan..yang mana kita tak nampak pada zahirnya.itu susahnya penyakit ni.jika dibiarkan lama-lama penyakit ini maka ia akan terus merosakkan hati kita yang sekeping itu.
kadang-kadang benda yang simple dan sikit boleh jadi besar pada masa ini.ini kerana pada waktu exam..emosi kita sangat tidak stabil.oleh itu, syaitan akan mudah mencucukkan jarum memainkankan peranannya untuk terus lihat ummah zaman ini berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.muhasabah balik setiap yang kita lakukan...
apa yang harus diingat adalah sebelum kita menelaah pelajaran pastikan hati kita bersih dari sebarang penyakit dan masalah hati ini.ilmu itu cahaya dan bersih.ilmu tidak akan masuk ke dalam hati yang ada padanya titik hitam dan maksiat.kalau masuk pun susah untuk ia melekat di situ.jangan sampai usaha kita menelaah di sia-siakan oleh kerana kita terleka dalam perkara ini.
"dalam diri manusia itu ada segumpal darah,jika elok darah tu maka eloklah tubuh badan mu,jika buruk@busuk darah tu maka busuk@buruklah tubuh badan mu..darah itu adalah hati"
mungkin anda berkata ia merupakan perkara kecik.namun bagi saya ia merupakan benda besar yang harus dicakna dan diambil kisah.kita menuntut ilmu bukan untuk exam semata.tapi kita menuntut ilmu untuk masa depan dan islam.jadi jika ilmu yang kita kutip tidak mampu melekat walau sekelumit apa guna kita bersusah payah bersekang mata menelaah.
ps:
peringatan buat mereka yang lupa dan terleka..marilah sama-sama kita muhasabah diri yang tidak lari dari melakukan kesilapan..
ihfazillah yahfazka (jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu)
kuatkan habluminnaallah dan habluminannas..
~berlari aku mengejar mereka~
2 comments:
zaty, sangatlah betul...
hati ni..sangat kena jaga..nak2 dgan ilmu
Sahabat,
Moga hatimu sntiasa dlm peliharanNya..
Post a Comment