Saturday, September 19, 2009

salam eidulfitri 1430H

bismillahi walhamdulillah...

akhirnya ramadhan pergi jua selepas 29 hari kita ditarbiahNya..berjayakah kita?hanya Allah yang Maha Mengetahui.ramadhan pergi tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa pelukan mesra, tanpa tangisan sayu..

"seandainya kamu beribadah krn Ramadhan, Ramadhan akan pergi, sekiranya kamu beribadah kpd Allah, Allah hidup tak mati-mati" ~ Yusuf Al-Qardhawi

apa yang diamalkan sepanjang bulan ramadhan cubalah untuk istiqamah di bulan lain.moga kita menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini walaupun seinci kita berubah..

biasanya di hari mulia ini kita menziarahi kubur datuk nenek yang telah tiada.tahun ini saya berkesempatan untuk menziarahi kubur tokki dan tok serta mak sedara yang telah lama dijemput ilahi.sudah lama tidak berkesempatan untuk berziarah mereka.seingat saya kali terakhir ketika di sekolah menengah dahulu.

entah malam sebelumnya saya bermimpikan tok datang berjumpa.ummi kata kurang doa kut untuk tok.sesampai di kubur tengok sudah ada mereka yang membersihkan pusara mereka.saya lihat mata ayah sudah merah..kemudian turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh ayahanda.

kepada semua pembaca..maaf dihulur tanda kemaafan andai ada tersilap bicara tersalah kata terkata tidak sengaja..moga kita semua kembali kepada fitrah yang suci selepas ramadhan ini..


salam eidulfitri..
eid mubarak..
kullu am waantum bikheir..
taqaballahu minna waminkum taqabbal ya kareem!!

-daripada izzati & family-

Wednesday, September 16, 2009

membaca amalan mulia

bismillahi walhamdulillah...

sehari selepas pulang saya sempat mengikut ayahanda ke kota bharu kerana dia ade court case di sana.kes anak bunuh ibunya..tapi anak itu disahkan kurang sehat.so peguam takde soalan nak tnya kat ayah makanya kami pun dapat pulang awal.huhu.

sementara menunggu ayah di mahkamah saya dan ummi ke kedai Jaafar Rawas mencari bahan bacaan baru..here are my new books:

1)travelog haji mengubah sempadan iman by muhd kamil ibrahim
2)travelog dakwah meniti hari esok
3)salju sakinah
4)satu rasa dua hati by ust pahrol mat joi

ade beberapa wish list yang belum dibeli.koleksi terbaru dari ust hasrizal.belum berkesempatan untuk membeli.

kemudian dengan tidak dirancang ayah mengajak saya ke rumah cik nut.sesampai dirumahnya saya cuba call..dia kata dia baru sahaja keluar.surprise tidak menjadi..hahaha..takpe2 kurang saya da kenal rumah dia..

ditengah jalan singgah membeli akok.semasa singgah solat zohor di jerteh saya kagum dengan binaan masjid hadhari.besarnya.siap ada lif walaupun setingkat.ada aircond lagi..tapi menyedihkan jemaahnya yang pasti hanya satu saf..

~mengharapkan berjaya melalui universiti ramadhan~

Monday, September 14, 2009

puasa di malaysia

bismillahi walhamdulillah...

alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana limpah dan kurnianya saya selamat sampai di bumi malaysia.cumanya terlalu letih..sakit pinggan kerana duduk yang terlalu lama dalam flight..tambahan kerusi egypt air yang kurang selesa dan cuaca yang kurang baik menyebabkan flight seakan bergoyang apabila berlanggar dengan awan dan ditiup angin.hanya doa yang mampu dipanjatkan pada masa itu..

perjalanan yang mengambil masa hampir 13 jam dari cairo ke kuala lumpur memenatkan dan memboringkan..hanya tidur makan dan tidur kembali.pesawat tidak menyediakan kemudahan skrin tv untuk setiap seat.yang paling terseksa adalah mereka yang duduk di tepi tingkap.terpaksa memanjangkan leher untuk melihat skrin tv ditengah2..

melangut di klia lebih kurang 7 jam menunggu flight ke terengganu..abg ja n kak sa datang menjenguk sambil2 mengambil jubah yang dikirim.budak2 ber3 tu sudah mengantuk..

apa pun syukur saya selamat sampai.sesampai di lapangan terbang sultan mahmud saya disambut oleh ummi dan ayah serta nenek.huhu.sebak pula.sesampai di rumah,mengemas bag takut2 buah yang dibawa membusuk.alhamdulillah ok..

kemudian surf internet untuk menonton siri yang tertinggal dalam nur kasih..lepas zohor saya melelapkan mata sekejap sebelum pulang ke rumah nenek utk berbuka puasa.petang itu sebelum sampai di rumah nenek saya singgah di rumah aimi untuk menghantar kiriman kepada ibundanya..alhamdulillah amanah tersebut telah selesai.tinggal perfume cik nut sahaja belum diberi..

saya dijamu dengan pelbagai juadah.dari kueh kepada beberapa jenis lauk.seronok berbuka ramai2 dengan pak sedara mak sedara dan sepupu.hilang penat.best.sebulan duduk makan sorg2 and 2 dengan zura..huhu..rasa air tangan dari org2 kampung memang best..huhu..will be waiting for the next makan besar on da last day of ramadhan!menunggu sanak saudara pulang ke kampung halaman.

Friday, September 11, 2009

balik kampung:)

bismillahi walhamdulillah..

do pray for my flight on 12th september at 340am(egypt time)..will be arrived in malaysia at 1015pm.

cairo ---> bombay transit for one and half hour ---> kuala lumpur..

the next day, from klia to sultan mahmud's airport at 845am..

do pray for my journey:)

Wednesday, September 9, 2009

090909

bismillahi walhamdulillah..

tarikh keramat yang biasa menjadi pilihan untuk dijadikan hari istimewa oleh insa-insan yang bakal bertukar status.kalau tahun lepas 080808 menjadi pilihan namun ini tidak kedengaran pula 090909 menajdi rebutan disebabkan ia jatuh di bulan ramdhan.mana ade orang buat kenduri walimah di bulan puasa ini..hehe..

090909 juge bumi mansoura bertambah sepi dengan kepulangan sebilangan besar pelajar tahun 2 yang telah tamat exam pada hari sebelumnya.cuma yang masih terus berjuang adalah mereka di tahun 3 dan di tahun 1.semoga terus tabah dan bersemangat utk berjuang walaupun melihat sahabat-sahabat mereka pulang.

kepada yang tidak pulang, teruslah mengutip mutiara ilmu dari sekolah kehidupan di bumi barakah ini.mungkin rezeki anda masih belum ada untuk pulang.rindu pada keluarga adalah perkara sinonim dengan pelajar yang belajar jauh dari keluarga.kalau ditnya budak2 yang jauh di luar negara mereka lebih faham dan lebih tahu apa itu rindu pada keluarga.

bukan saya nak membezakan antara belajar dalam dan luar negara.cumanya di dalam negara..kalau kita sakit,sekejap sahaja sudah boleh sampai ke rumah.tapi jika berada di luar negara setiap tahun pelru dikira dari segenap aspek jika mahu pulang.aspek yang paling utama adalah duit.jika mereka yang berkemampuan dan bertajaan tidak perlulah ditanyakan.lebih dari separuh akan mengatakan ya utk pulang sejak dari mula semesta lagi..

menempuh perjalanan beribu batu yang memakan masa berbelas jam memang memenatkan dan meletihkan.siapa kata seronok naik flight lama2.tambah2 dengan keadaan sekarang H1N1..sudah pasti keselamatan dan kesihatan pula diambil kira.

bagi saya pulang setiap tahun tidaklah menjadi masalah kerana saya bertajaan dan jika tidak cukup badjet parents boleh tolong top upkan.pulang adalah untuk me'recharge' energy yang hampir empty untuk bekalan setahun kemudian.pulang juga utk melihat dan menjalin ukhwah dan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai..

kalau yang punya adik beradik sedar tak sedar adik2 mereka sudah besar.hilang nikmat masa melihat adik membesar.dan keluarga semakin bertambah besar dan mungkin juga berkurang atas kelahiran dan kematian..

selamat pulang sahabat-sahabat.daku bakal menyusul 2 3 hari lagi..semoga selamat semuanya..saya tinggalkan anda dengan lagu

Krisdayanti - Mencari Cinta (OST Ketika Cinta Bertasbih)


lirik:

Sejak lama aku berdiri

Dalam sepinya rongga hati

Tak satupun guru mampu menjawab



Hanya padaMU ku bertanya

Lewat setiap sujudku ini

Siapakah nanti cinta untukku



Reff:

Wahai PENILAI HATI lihat batinku

Nyaris bernanah karna luka tersayat

Merana menantikan kisah dan kasih hidupku



Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku



Hanya padaMU ku bertanya

Lewat setiap sujudku ini

Siapakah nanti cinta untukku



Reff:

Wahai PENILAI HATI lihat batinku

Nyaris bernanah karna luka tersayat

Merana menantikan cinta dan kasih hidupku



Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku



Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Namun harus ku ikhlaskan semua kasih cintaku

padaMU...

~3 2 1...mendobi rumah~