bismillahi walhamdulillah...
alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana limpah dan kurnianya saya selamat sampai di bumi malaysia.cumanya terlalu letih..sakit pinggan kerana duduk yang terlalu lama dalam flight..tambahan kerusi egypt air yang kurang selesa dan cuaca yang kurang baik menyebabkan flight seakan bergoyang apabila berlanggar dengan awan dan ditiup angin.hanya doa yang mampu dipanjatkan pada masa itu..
perjalanan yang mengambil masa hampir 13 jam dari cairo ke kuala lumpur memenatkan dan memboringkan..hanya tidur makan dan tidur kembali.pesawat tidak menyediakan kemudahan skrin tv untuk setiap seat.yang paling terseksa adalah mereka yang duduk di tepi tingkap.terpaksa memanjangkan leher untuk melihat skrin tv ditengah2..
melangut di klia lebih kurang 7 jam menunggu flight ke terengganu..abg ja n kak sa datang menjenguk sambil2 mengambil jubah yang dikirim.budak2 ber3 tu sudah mengantuk..
apa pun syukur saya selamat sampai.sesampai di lapangan terbang sultan mahmud saya disambut oleh ummi dan ayah serta nenek.huhu.sebak pula.sesampai di rumah,mengemas bag takut2 buah yang dibawa membusuk.alhamdulillah ok..
kemudian surf internet untuk menonton siri yang tertinggal dalam nur kasih..lepas zohor saya melelapkan mata sekejap sebelum pulang ke rumah nenek utk berbuka puasa.petang itu sebelum sampai di rumah nenek saya singgah di rumah aimi untuk menghantar kiriman kepada ibundanya..alhamdulillah amanah tersebut telah selesai.tinggal perfume cik nut sahaja belum diberi..
saya dijamu dengan pelbagai juadah.dari kueh kepada beberapa jenis lauk.seronok berbuka ramai2 dengan pak sedara mak sedara dan sepupu.hilang penat.best.sebulan duduk makan sorg2 and 2 dengan zura..huhu..rasa air tangan dari org2 kampung memang best..huhu..will be waiting for the next makan besar on da last day of ramadhan!menunggu sanak saudara pulang ke kampung halaman.
No comments:
Post a Comment