Saturday, September 19, 2009

salam eidulfitri 1430H

bismillahi walhamdulillah...

akhirnya ramadhan pergi jua selepas 29 hari kita ditarbiahNya..berjayakah kita?hanya Allah yang Maha Mengetahui.ramadhan pergi tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa pelukan mesra, tanpa tangisan sayu..

"seandainya kamu beribadah krn Ramadhan, Ramadhan akan pergi, sekiranya kamu beribadah kpd Allah, Allah hidup tak mati-mati" ~ Yusuf Al-Qardhawi

apa yang diamalkan sepanjang bulan ramadhan cubalah untuk istiqamah di bulan lain.moga kita menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini walaupun seinci kita berubah..

biasanya di hari mulia ini kita menziarahi kubur datuk nenek yang telah tiada.tahun ini saya berkesempatan untuk menziarahi kubur tokki dan tok serta mak sedara yang telah lama dijemput ilahi.sudah lama tidak berkesempatan untuk berziarah mereka.seingat saya kali terakhir ketika di sekolah menengah dahulu.

entah malam sebelumnya saya bermimpikan tok datang berjumpa.ummi kata kurang doa kut untuk tok.sesampai di kubur tengok sudah ada mereka yang membersihkan pusara mereka.saya lihat mata ayah sudah merah..kemudian turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh ayahanda.

kepada semua pembaca..maaf dihulur tanda kemaafan andai ada tersilap bicara tersalah kata terkata tidak sengaja..moga kita semua kembali kepada fitrah yang suci selepas ramadhan ini..


salam eidulfitri..
eid mubarak..
kullu am waantum bikheir..
taqaballahu minna waminkum taqabbal ya kareem!!

-daripada izzati & family-

No comments: