bismillahi walhamdulillah..
tika saat ini..
hati ini bercampur baur..
antara sebuah realiti dan fantasi
betulkah langkah dan jalan yang ku pilih dahulu ya Allah?
mengapa sampai saat ini ku rasa begitu sukar..
mengapa jalan yang aku tempuhi tidak semudah orang lain?
mengapa dan kenapa?
persoalan yg bermain di minda..
tapi aku segera beristighfar..
tidak baik menyesali takdir yang berlaku..
untuk kembali kukutip semangat kali ini
cukup payah...
bantulah aku ya Allah..
pimpinlah aku menuju gerbang cintaMu
aku tahu Engkau yg terbaik tempat aku bergantung!
aku kembali bermuhasabah..
apakah dosaku..dimanakah silapku?
sehingga begini besar ujianMu..
adakah aku sangsi akan cintaMu..
adakah aku alpa dan lupa dari mengingatiMu..
jauhkanlah aku dari sifat mazmumah
yang menjarakkan aku denganMu..
jangan Kau jadikan aku hamba yang lupa
tika senang..tetapi
kembali ke sajadah bila aku dalam kesusahan..
ya Allah..
jika Kau uji aku untuk menyucikan jiwa..
aku pasrah dan redha ya Allah..
aku tahu Engkau beri apa yang terbaik
bukan apa yang aku minta..
Engkau menyimpan doaku..
untuk kau berikan apa pada masa terbaik..
tidak di sini di akhirat sana..ameen!
aku rindu pada sebuah nama...KEJAYAAN...
2 comments:
Assalamualaikum wbt.
Kak jiji yg ku kasihi kerana Allah ta'ala.
Sabarlah atas ujian yang menimpa.Mungkin hikmah disebaliknya adalah manis.Lebih manis jika jiwa yang gusar ini kita sirami dan bajai dengan sabar dan redha.
Untuk 'Mencari Rehda Ilahi' kita perlu redha akan-Nya.Redha akan ketetapan-Nya.Redha akan ketentuan-Nya.Semoga keimanan Kak Jiji pada Qada' akan Qadar Azza Wa Jalla akan menjadi lebih baik dan sempurna selepas pentarbiah yang cantik ini.
Semoga Kak Jiji tabah.Ingat,Kak jiji tak pernah keseorangan.Kak jiji ada adik beradik yang ramai di sini.Panggil saja mana2 nama, insyaAllah kami akan sentiasa ada untuk membantu dan memberi semangat.
Semoga saya juga dapat belajar dari apa yang berlaku dalam hidup sahabat2 saya.
Love u more!
assalamu'alaikum..
zati,semoga tabah dgn stp ujian dari Allah SWT.semua yg berlaku ada hikmahnya.ucapkanlah Alhamdulillah atas segala ujian yg menimpa..itu tanda Allah sayangkan anda.awaklah insan yg terpilih unt diuji dgn kesusahan kerana mungkin kita tk mampu bla diuji dgn kesenangan.
setiap musibah itu ada hikmahnya.redhalah dgn segala ketentuan Yang Esa.muhasabah kembali diri kita yg sering lalai dan lemah ini..mungkin kerana kecuaian kita kejayaan itu mnjadi terlalu sukar.mungkin juga ada sesuatu yg ingin Dia sampaikan melalui ujian sebuah kegagalan..
bersabarlah sahabatku.sy juga pernah merasa betapa perit menerima kegagalan.tp kegagalan itu jadikan ia sbg satu permulaan unt kita berubah kpd yg lebih baik..kami menanti kepulangan awk ke mansurah.jgn toleh belakang.jgn diikut rasa hati yg sedih dan pilu.tetapi lihatlah ke hadapan kerana masih bnyak tugasan yg perlu kita selesaikan.Allah menguji krn Dia Tahu kita mampu menghadapi ujian tersebut.sy yakin zati boleh!!
jgn sedih2 ok.balik sini nnt kite crite panjang,iALlah..k, semoga zati dan shbt2 yg lain kuat menerima ujian2 ini..
wslm.
Post a Comment