selamat kembali ke sekolah atau kuliah kepada semua warga perubatan di mesir.selamat kembali mengutip ilmu Allah dan mengisi tong-tong ilmu yang masih kosong minta untuk di isi.moga-moga jihad kita dalam menuntut ilmu sentiasa dirahmati Allah selalu.
tahun ini berbeza sedikit sistem persekolahan di sini, kerana kami hanya cuti hari jumaat!tiada lagi istilah rehat 2 hari di hujung minggu.kelas juga tidaklah se'pack' sebelum ini kerana satu hari hanya satu subjek yang diajar.paling banyak pun 2 atau 3 subjek sahaja sehari.
kadang-kadang rasa tidak berbaloi ke kelas untuk menghadiri lecture yang hanya sejam!berjalan kaki pergi balik 40 minit..moga usaha untuk mengutip ilmu dihadiahkan Allah dengan pahala yang banyak..insyaAllah..
ke kelas adalah amanah.walaupun sejam jika kita tidak ke kelas maka kita telah merosakkan amanah yang telah diberikan Allah,ibu bapa dan para penaja.ini juga akan disoal Allah di akhirat kelak.saya masih menyusun jadual supaya saya dapat menghadirkan diri ke kelas ust setiap pagi tapi masih belum berkesempatan.huhu..
-selamat mengutip ilmu-
No comments:
Post a Comment