Sunday, July 13, 2008

pahala sedekah

bismillahi walhamdulillah


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.


Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:

Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.

Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh. pahala tujuh ribu.

Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.

Keempat, sedekah yang memperolehi

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.

Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.

Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.

Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.

Diposting oleh Jawatan Kuasa Pusat Pengajian Pondok Umumi Al-Hidayah Tanah Kebun Parit Buntar.


artikel ini saya dapat memlalui seorang teman maya di ym. syukran padanya kerana memberi artikel yang bermanfaat ini.sama-samalah kita memperbanyakkan sedekah di bulan mulia ini untuk melatih kita menghadapi ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..

marilah kita memperbanyakkan sedekah..smoga stiap amalan yang kita buat niat ikhlas kerana Allah mendapat balasan pahala yang berlipat ganda.tidak luak pun harta yang ada pada kita jika kita bersedekah.

harta yang ada pada kita hari ini belum tentu milik kita pada esoknya.tapi harta yang ada pada kita hari ini jika kita sedekah kan ia sudah menjadi milik kita..moga-moga pahala sedekah yg kita beri Allah akan ganti dengan yang lebih baik.tidak di sini di akhirat sana..ameen!!

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..maaf andai saya terkasar bahasa..tp BGAIMANA SAUDARI TAHU BERAPA JUMLAH PAHALA TERSEBUT??? SIAP DILETAKKAN NOMBOR LAGI TU...HEBAT BENAR SUDARI...SAUDARI TUHAN KAH???? YANG BOLEH LETAKKAN JUMLAH PAHALA KE ATAS PERLAKUAN SEORANG INSAN????dalam ALQURAN hanya dinyatakan sesuatu amalan baik akan diberi pahala mahupun digandakan pahalanya.... kita hanya perlu melakukan kebaikan agar memperoleh pahala....saudari nyatakan di sini seolah-olah saudarilah Tuhan yang mampu mengetahui pahala DAN MENILAI PAHALANYA untuk amalan seseorang..saudari kena ingat,hukuman, syafaat,perlindungan itu semua rahsia Allah....

saya berikan contoh.. pernahkah kita terfikir seorang pelacur akan berpeluang untuk masuk ke syurga sedangkan kita sendiri tahu betapa keji dan jijiknya perlakuannya??.. tapi disebabkan keikhlasan pelacur tersebut yang ihsan melihat anjing yang dahaga,DAN DIBERI PERTOLONGAN KEPADA ANJING TERSEBUT maka Allah sendiri yang memberinya ganjaran syurga..

HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENILAI PERLAKUAN SEORANG DAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK MENGETAHUI APAKAH GANJARAN YANG SEWAJARNYA UNTUK PERLAKUAN SEORANG HAMBA....SAYA CABAR SAUDARI,JIKA NILAI-NILAI SERTA JUMLAH PAHALA YANG SAUDARI NYATAKAN ITU ADALAH BENAR, CUBA SAUDARI NYATAKAN HADIS ATAU AYAT ALQURAN YANG ADA MENYATAKAN JUMALAH BAGI PAHALA TERSEBUT....!!!berikan hadis yang ada menuliskan setiap amalan dan jumlah pahalanya..seumur hidup saya,saya tidak pernah membaca sebaris mahupun secebis hadis yang ada meletakkan jumlah untuk sesuatu amalan...YANG DINAYATAKAN KITA PERLU BERBUAT BAIK UNTUK MEMPEROLEH TEMPAT SEBAIK-BAIK NYA IAITU SYURGA..

saudari perlu ingat,menghukum menilai itu semua adalah RAHSIA ALLAH...

kita perlu INGAT,buku amalan kita akan kita peroleh di akhirat kelak.. sewaktu itu sajalah baru kita tahu keseruluhan jumlah amalan yang telah kita lakukan di dunia ini..ingat hanya ALLAH sahaja yang layak menilai dan menetapkan hukuman..siapa lah kita hendak meletakkan sesuatu nilai sedangkan kita juga merupakan hambaNya...semua itu RAHASIA ALLAH..rahsia ALLAH YANG MAHA SUCI..kiat tidak ampu menilai...

Saya berikan contoh lagi, da seorang lelaki yang ingin berwuduk tetapi dia hanya ada air sebotol sahaja yang boleh digunakan dan sudah tiada sumbr air lain lagi,tetapi apabila dia melihat anjing yang dalam keadaan letih maka dia memberi air yang hendak digunakan wuduk itu kepada anjing tersebut dan kemudian dia ambil tayamumm..dan tayamumm lelaki tersebut sah disisi ALLLA,walaupun dia membantu anjing..
situasi 2:seorang lelaki ingin mengambil wuduk dan hnya air itu sahaja yang ada di kawasan tersebut..kemudian ada seorang leleki yang tidak solat lalu di situ..lelaki itu tahu bahawa lelaki yang hendak diberikan air itu bukan hamba Allah yang sujud kepadaNya..kemudian lelaki yang hendak menunaikan solat tersebut mengambil tayamumm oleh sebab air untuk berwuduk itu diberi kepada lelaki yang tidak solat itu..tayamumm orang tersebut tidak sah disisi Allah..

jika kita fikir secara logik, kita akan memyangka lelaki yang memberi minuman kepada lelaki tidak solat itu yang memperoleh lebih pahala tetapi disisi Allah,Allah lebih memuliakan lelaki yang memberi minuman kepada anjing kerana hanya ALLAH YNAG LAYAK MENILAI DAN MELETAKKAN HUKUM..

izzati.abdullah said...

maaf jika post ini ada kesilapan..insyaAllah lain kali saya akan lebih berhati-hati mengambil artikel dari sources yg sahih..

mmg kite xtaw pahala yg ditetapkan disisinya..kerana ia termasuk dalam benda ghaib.tp sbg pemakin untuk kita terus beribadat kepadaNya..xkesah la ape ibadat pun..post2 sebegini perlu..

permata seni said...

salam...pada hemah sya,tak mnjadi salah kalau jumlah pahala yg trtulis diatas,ianya sekadar memberi dorongan agar umat islam akan terus brsedeqah,sperti dlam kes hadis maudu`,xmnjadi dosa jika kte amalkan untuk diri sndri bkan sbgai hujah...wallahua`lam!