Thursday, July 3, 2008

party batch

bismillahi walhamudillah..


Pada 26 june hari tu kami telah mengadakan jamuan batch.sepatutnya party batch pada 24 hb tapi disebabkan masalah teknikal ia ditangguhkan.dan pada mulanya party itu mengabungkan antara ikhwah dan akhwat.namun akhirnya ia hanya melibatkan akhwat sahaja.

Tahun ini kami memilih untuk mengadakan di luar.selalunya setiap aktiviti yang melibatkan makan sama ada ia dibuat di rumah dengan hidangan masakan sendiri atau di luar seperti pizza party.tahun lepas kami telah buat di pizza party.so tahun ini mahukan kelainan.

Tempat pilihan adalah di hadiqoh di tepi sungai nil.cuaca yang membahang sejak mesir berarah ke musim panas membuatkan kami susah untuk mencari tempat yang sesuai.lagipun di sini tidak sesenang Malaysia jika hendak membuat sesuatu aktiviti.jika di Malaysia boleh la menempah hotel atau pun catering untuk menyediakan makanan.tapi di sini sangat susah.mungkin menyediakan makanan boleh dikira senang kerana hanya perlu membeli fast food.

Tapi yang mengalami sedikit masalah jika inginkan tempat berkumpul.kerana orang asing jika berkumpul secara beramai-ramai mungkin pihak keamanan mesir mencurigai apa yang kami lakukan.seperti hendak mengadakan kelas agama.hendaklah mengaburi pihak keamanan mesir dengan mengatakan bahawa bukan kelas agama sebaliknya muzakarah kitab kuliah.

Selepas zohor saya keluar rumah bersama dengan adilah.pergi ke rumah kak azah dan kak ida.kerana kami perlu pergi membeli pizza di pizza party (pizza paling best dan murah) dan membeli hadiah.setiap orang diminta untuk menyediakan hadiah masing-masing untuk ditukar.dan tema untuk party kali ini pink merah dan putih.

Buat kesekian kalinya pink lagi menjadi pilihan.hehe.bagi yang kurang menyukai warna favourite ini terdapat sedikit rungutan.mungkin sudah biasa agaknya kerana setiap kali ada program warna mesti tidak lari dari polar ini.

Selepas itu bayaran masuk untuk satu kepala adalah LE 0.50.murah.menunggu kedatangan setiap orang sehingga majlis boleh bermula pada kira-kira jam 6 petang.menjadi jaga bersama kak azah di depan pintu utama.kerana ramai yang sesat,tidak tahu tempat dan tersalah tempat.sehinggakan ada yang terpaksa berjalan jauh. Di sini terdapat banyak hadiqoh.susah untuk menamakannya dan setiap hadiqoh tidak mempunyai nama specific.kerana sepanjang sungai nil terdapat banyak hadiqoh.

Selepas hampir semua orang sampai maka saya dan yang lain berjalan masuk ke tempat yang telah di cop oleh orang yang datang lebih awal.saya agak terkejut kerana kawasan yang kami duduk dikelilingi oleh orang-orang arab.mereka mungkin tidak pernah melihat kami berada dikhalayak ramai.semacam kami ini alien.dikerumuni oleh mereka menyebabkan kami lemas.excited tengok kami berparty di luar dengan makanan yang banyak.

Nadiah pinky (disebabkan ramai yang nama nadiah dan si pinky ini sangat suka pink) telah melabel hadiah sambil dibantu oleh aida dan adilah.majlis baru bermula 15 minit.makin ramai pula yang mengerumi.dari rimas sudah menampakkan riak panas.selepas ucapan ketua batch (nadiah pinky) dan bacaan doa oleh ain solehah kami mula makan.rimas dengan arab menyebabkan kami mahu majlis habis dengan cepat.

Saya mula naik marah dengan mereka.dari anak-anak sampai ke mak-mak mereka.mendekati kami kerana mahu meminta sedikit dari juadah yang kami bawa.sangat menyedihkan.tidak pernah terjadi di Malaysia.halau sekejap tapi tidak sampai beberapa minit datang kembali.sampai dah ada yang meninggikan suara mengatakan “aib kida” (ini aib), “barrah” (pergi kamu). termasuk saya menghalau mereka.bukan niat hendak membuat demikian kerana mereka sudah menganggu ketenteraman kami.membuat bising.

Di sebalik kekalutan itu ada antara budak-budak kecil telah mencelah dan mencuri air yang kami bawa.ada pula lawak..'mereka ini nak kata tak cukup makan tapi badan semua besar-besar tak kurus keding'.ada pula family yang duduk berhampiran kami malu dengan masyarakat mereka yang meminta.family itu melarikan diri jauh dari kami.selepas itu, kami bungkus mana-mana makanan yang tidak habis.melipat tikar.makin dekat mereka dengan kami.mana-mana makanan yang kami rasa tidak habis kami bagi pada mereka.sudah bagi bukan hendak mejauhkan diri.tapi makin menghampiri.makin meminta yang lain.minta lebih banyak.

Sebelum itu kami membahagikan hadiah mengikut no yang telah kami cabut semasa makan.saya mendapat no 1.ada sebahagian hadiah yang dapat pada tuannye sendiri.ada juga hadiah yang kembali ke rumah sendiri.seperti yang dibeli oleh housemate dapat kat housemate mereka.

Then masa untuk bergambar.bergambar mengikut tema warna.ada yang merah mengambil gambar yang pink dan yang pink mengambil gambar yang merah.time bergambar pun mereka hendak masuk sama.”sawor ma’ana” (amik gambar bersama saya).ada juga yang meng'snap’ gambar kami tanpa mendapat keizinan kami.yang paling nak marah tu budak lagi amik gambar menggunakan handset.nak buat apa dia dengan gambar kami.kami bukan artist.tapi mereka meperlakukan kami semacam artist.

Semasa kami bergambar semua tiba-tiba datang satu pak cik yang membawa video cam..datang mengambil gambar.rupa-rupanya pak cik itu jurukamera untuk satu pasangan pengantin.mula pak cik tu cakap tassawor ma'a 'aress (amik gambar dgn pengantin).kami pulak naik excited nak bergambar dengan arab.tadi si arab yang excited tengok kami.

Majlis berakhir kira-kira jam 730 petang.masing-masing membawa haluan mereka ke rumah.

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat saya untuk belanja mereka makan.seperti tahun lepas.walaupun tahun ini letih dengan karenah arab tapi kami gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama.satu kuliah tidak memungkinkan kami berkumpul seperti itu.sibuk dengan lecture.study.tugas persatuan.hanya 3 orang (nuT,pura dan yam) sahaja tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

insyaAllah tahun depan ada rezeki lebih saya belanja lagi.tapi tidak di hadiqoh.tempat lain.letih.sedih.marah.semua ada.kenangan yang mungkin tidak dilupakan.minta halalkan mana yang terlebih terkurang.ada yang terlebih yang teramik bawak balik tu minta halalkan semua ye.

p/s: dengan tema yang berlainan

No comments: