Bismillahi walhamdulillah..
untuk entry kali ini ingin berkongsi cerita berkaitan visa.yang sebagaimana maklum tinggal di negara orang memerlukan visa.semacam kad pengenalan atau id card.di mesir ni..process untuk membuat visa memerlukan kesabaran yang tinggi.kalau di malaysia kita hanya memerlukan sehari atau kurang atau paling lama tidak sampai seminggu.namun di sini tidak begitu.bermula dari tahun lepas pihak imigresen mesir meletakkan syarat supaya setiap warga negara asing perlu ke pejabat polis negeri (amnu daulah) sebelum process yang lain diteruskan.
saya telah memulakan projek membuat visa seawal bulan april yang lalu.sebelum kitaorang dapat membuat visa tersebut kami kena mendapatkan tasdiq kuliah semacam sijil yang mengesahkan kami adalah pelajar university di mesir.untuk mendapatkan tasdiq tersebut setiap pelajar perlu membayar yuran.bagi yang datang dengan persendirian semua itu hendaklah di uruskan sendiri.bermula dari mengeluarkan wang yang berpuluh ribu genih dari bank dan pembayaran kepada university diuruskan sendiri.bagi budak-budak tajaan yuran mereka dibayar oleh pihak yang menaja mereka sendiri.pihak yayasan terengganu telah memasukkan duit yuran seawal bulan januari lagi.tapi masalah yuran tidak dapat diselesaikan.dimanakah silapnya?pihak malaysia atau pihak mesir?
selepas tiap-tiap hari menghadap student department (syu'un tulab) akhirnya kami dapat apa yang kami hajati.kemudian proses seterusnya ialah pengambilan borang dan pembelian setem.setiap hari hanya tidak sampai 15 keping borang diproses.betapa lambatnya proses di sini.setiap kerja yang dilakukan adalah secara manual.dari sekecil-kecil pejabat sehingga kepada sebesar-besar pejabat semua kerja dilakukan secara manual.kalau diceritakan memang tidak akan habis.
selepas siap urusan penghantaran dan pemprosesan borang tersebut seminggu kemudian kami dikehendaki menunjukkan muka di pejabat amnu daulah.di sana kami ditanya mengenai alamat rumah tempat kami tinggal.berakhir check point ke dua.proses seterusnya adalah sebulan kemudian untuk kembali ke gawazat.disebabkan dalam fatrah imtihan saya hanya dapat menyelesaikannya 24 june baru-baru ini.
untuk visa setahun kami diminta membayar sebanya LE91.50.yang mana LE11.50 dibayar semasa pengambilan borang.dan baki seterusnya selepas ke gawazat kali kedua.untuk pelajar azhari mereka hanya membayar 11.50 sahaja.begitulah istimewanya pelajar-pelajar azhar di sini.kebanyakkan urusan mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh budak-budak bukan dari al-azhar.
peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah pada pagi 24 hb itu kami telah membayar harga setem sebanyak 300 untuk 3 setem.tapi disebabkan masih tidak ramai yang membeli setem so pak cik pakai baju kuning tidak mempunya baki.kami pun pergi berjalan ke dirasat kerana visa kami hanya siap 2jam kemudian.
selepas 2jam kami kembali semula ke gawazat dgn harapan visa sudah dicop.tapi sebaliknya.kerana hari itu hanya seorang pakcik sahaja berkerja.dan diminta datang kembali pkul 23o ptg.hanya Allah sahaja yang tahu.betapa panasnya hati saya.sepanas hari itu.sebelum pulang ke rumah.kami minta baki yang tidak diambil pada pagi itu.
disebabkan pakcik yang lain menjaga kaunter pada waktu itu dia tidak ingin memberi baki wang tersebut.puas kami memujuk.puas kami bertekak.puas kami marah.dia tidak bagi juga.kerana dia cakap dia tidak tahu.kami ditolak dengan pembaris untuk menjauhi kaunter.kami mengambil inisiatif untuk call ust-ust supaya dapat menolong kerana pada waktu itu tidak ada orang malaysia lain yang boleh membantu.
lama kami menunggu barulah pak cik yang pakai baju kuning pagi tadi datang.dan dengan senangnya dia memberi baki tersebut.tapi dia masih marah kat kami kerana kami tidak sabar.oh hanya Allah sahaja yang tahu hati ini.jika berpihak pada kami suruh sabar..jika berpihak pada mereka (arab)..tidak pula perlu bersabar..
jika lambat datang borang tidak akan dapat diproses.first come first surve la..pengalaman mengajar erti kesabaran..
gawazat dan amnu daulah jumpa lagi tahun depan!
No comments:
Post a Comment