Bismillahi walhamdulillah
Pertama dan selamanya syukur setinggi-tinggi ke hadrat ilahi kerana limpah dan rahmatNya masih mengurniakan nikmat kesihatan kepada saya.masih memberi ruang untuk saya bernafas di dunia ini.masih menganugerahkan nikmat yang paling besar dengan sifat ar-rahman dan ar-rahimnya iaitu iman dan islam.
Hari ini genap 21 satun saya berkelana di bumi yang fana ini.belum tahu bila saya akan dijemput untuk menghadapNya.hari ini esok minggu depan atau beberapa saat lagi.begitulah hikmah yang Allah kurniakan pada hambaNya.Dia menyembunyikan saat kematian kita kerana Dia sayangkan kita.Dia tidak mahu hambaNya hanya akan beribadat padaNya pada saat akhir kematiannya.
Kerana kita diutuskan ke dunia adalah untuk menjadi hambaNya.untuk beribadat padaNya.sedarilah insan hidup di dunia hanyalah sementara.tempat kembali kita di alam sebelah
Setiap detik umur kita bertambah.pertambahan umur kita menunjukkan bahawa makin dekat kita untuk menghadapNya.makin dekat waktu kematian.sudahkah siap kita bersedia untuk menghadapinya?sudah banyakkah amal kita untuk di bawa ke
Semoga dengan pertambahan umur setiap detik umur kita semakin banyak amal yang lakukan.semakin bertambah matang.semakin banyak waktu yang kita luangkan untuk menagih kasih ilahi.bukan semakin banyak lalai dari mendekatinya.
Doakan semoga saya :
Panjang umur
Murah rezeki
Berjaya di dunia dan akhirat
Menjadi anak solehah
Bakal isteri dan ibu mithali
Menjadi doctor yang baik
1 comment:
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan hidup sentiasa mendapat keredhaanNya didunia dan akhirat..
Post a Comment