Thursday, April 30, 2009

sabar


bismillahi walhamdulillah...

semalam saya pergi berjumpa dentist untuk treatment seperti biasa bersama epa dan nana.dr.naseem nak betulkan gigi bawah plak selepas construction of upper jaw.huhu.

minggu lepas sangat sakit kerana dr meletakkan getah biru di celah antara gigi untuk memberi ruang supaya besi dapat dimasukkan.amat lah sakit bila diletakkan getah biru tersebut kerana semua gigi akan bergerak.

this week,ntah macam mana dr ingin menarik gigi sebelah kanan kerana tidak berada pada line yang betul.so dipasangnya getah melintang dari kiri ke kanan untuk menarik gigi yang diselah kanan.pada mulanya saya ingatkan dr ingin memasagkan besi pada gigi depan shj sehinggalah selepas siap dia pasang getah then dia menyuruh saya tengok di cermin.

alangkah terkejutnya saya melihat getah bersimpang siur dibawah gigi.and it make me can't speek properly.difficult to speek actually.can't pronounce some alphabet such as 's'..'l'..huhu.

sehinggakan nak mengaji pun da rasa macam mualaf baru masuk islam.selepas tengok cermin dr suruh saya bacakan al-fatihah.then dia cakap da..sambil gelakkan saya.dr kata awak cakap dah tak macam melayu and arab.huhu.siap ajuk saya lagi tu..geramnya kat dr!!

dr..i'll see u next week.huhu.seminggu yang menyeksakan.seminggu yang kena minum air..camnelah saya nak makan!huhu...terfikir macam mana saya nk exam oral nanti..cakap pun da tak betul..da la doktor egypt ni susah nk faham english..huhu.tp naseb baik next week je..kalau tak..msti dr bagi markah kesian sbb sakit..hehe

sekadar renungan

so hargailah nikmat anda boleh bercakap dengan baik sebelum ia ditarik oleh Pemberi Pinjam.belajarlah mengaji al-quran dengan baik.lebih baik dari orang baru masuk islam kerana sebelum ini mereka tidak pernah kenal apa itu alif ba ta..malu jika orang yang islam sejak lahirnya masih kurang fasih menyebut makhraj huruf-huruf al-quran..

~beauty is pain~
9 days to go

Wednesday, April 29, 2009

Gene Screens for Breast Cancer


Gene screens are fast becoming a powerful tool, not just for diagnosing cancer but for treating it as well. Joining the growing pool of genetic tests for breast cancer, SPOT-Light mines patients' genes to determine who will respond best to the cancer drug Herceptin, which is effective against tumors that release an abundance of the HER2 protein. The SPOT-Light test can measure how many HER2 genes are present in a sample of breast tumor; the more genes there are, the more likely the tumor will respond to treatment with Herceptin. Breast cancer patients are also increasingly relying o n another gene test, OncotypeDx, which can determine the risk of breast cancer recurrence and which chemotherapy agents will work best against a particular tumor.

just read this from yahoo 10 medical breakthrough..

stiap hari ada sahaja ilmu baru yang Allah kurniakan pada hambaNya.maha luasnya ilmu Allah.kite tengok pada teknologi.setiap hari ada sahaja ciptaan baru yang akan dihasilkan.so nak tak nak kena la usaha untuk mencari ilmu Allah yang maha luas itu.

teruskan usaha kita kuasai ilmu, kalau letih dan terasa lemah maka itu tandanya kita telah sampai ke syarat pertama kejayaan...maka belajarlah sampai letih dan jemu! pun begitu, lebih baik andai lebih lambat kita letih dan jemu (memetik kata-kata yang saya dapat dari ym)

~teruskan melangkah walaupun terasa diri penat~
demi membahagiakan orang yang tersayang

Tuesday, April 28, 2009

rindu bertandang



this song is specially dedicated to my beloved ayah..miss him suddenly!=(
bismillahi walhamdulillah..

oh youth, certainly you are the representative of Allah
and responded to Allah
indeed who hopes in the reward of Allah
does not pay attention to difficulty
in the way of Allah we pass
we expect to raise the flag
so HE promises the glory of this deen
and promises the honour of this deen



bersyukurkah kita dengan nikmat Allah?apalah salah kiranya semasa dalam fatrah imtihan ini kita lebihkan sikit masa kita duduk di atas tikar sejadah..menuju gerbang syurga.lontarkan segala kekusutan dan keserabutan kita hnya padaNya..

selepas solat,waktu doa tu luahkan apa yang terbuku dalam hati n kalau boleh nangis.insyaallah pastu akan rase lega and semangat nak study balik.kita tak mampu menghadapi sendirian..Allah lah tempat kita bergantung..

kita tak mampu menjaga hati semua orang..serahkan segalanya pada Yang Menjaga Hati setiap insan bergelar manusia.kerana Dialah yang berhak atas kita.

kau mencari-cari sebuah jawapan.kau tersandar tidak ketemuan..kerana kau tidak mencari pada Tuhan..memberi untuk yang sudi menerima!(curi status sahabat.jgn marah ye)

~11days to go~

Monday, April 27, 2009

oh Allah..tenangkan hati ini!


bismillahi walhamdulillah..

tangan terasa gatal menulis.hari ini hati saya kurang tenang.entah mengapa saya pun tidak mengetahui.masih mencari apa yang menyerabutkan fikiran.seingat saya tidak ade kesalahan yang besar.mohon ampun dan maaf wahai sahabat jika ada yang berkecil hati dengan saya hari ini dan hari sebelumnya.

barangkali saya ada membuat sesuatu yang mengecilkan hati seseorang.biasanya begitu apabila hati tidak tenang kerana kita memikirkan yang kita ada buat seseorang berkecil hati atau marahkan mereka tanpa niat.begitulah manusia.mudah lupa dan ego yang tinggi membataskan untuk kita memohon maaf.

pakar motivasi terkenal Dr.Fadzilah Kamsah selalu berpesan supaya maafkan semua orang di dunia sebelum kita tidur.walaupun orang yang ada buat salah dengan kita tidak mengetahui kita sudah memaafkan dia.moga2 Allah tiupkan roh ketenangan dalam hati hambaNya.

apabila hati tidak tenang mulalah syaitan menghasut dan mencucukkan jarum.kita harus waspada pada masa ini kerana implikasinya pada masa depan sangat la besar seperti memecahbelahkan persaudaraan.apabila hati tidak tenang, kita nak study pun payah.ye tak?

cerita saya:

i need to improve my listening skill.should focus on what people say..and try to respond.no wonder that maybe i make some1 fell ignore!

tu adalah kelemahan yang saya akui.boleh menjadi pendengar yang baik tapi saya kurang focus.selalunya apabila saya tengah buat 2 kerja.mane boleh buat 2 kerja dalam satu masa kan?so saya kena try untuk tidak mengecewakan pencerita yang mahukan saya jadi pendengar.nanti nak dengar cerita pesakit camne?nak amik history pasal patients camne?

thanks Allah kerana masih meniupkan roh hidayahMu padaku untuk ku sedar dan ku betulkan kesilapan diri.

ps:

buat mereka yang terasa hati dengan saya..jutaan kemaafan saya hulurkan.
kdg2 bukan niat kita untuk mengecilkan hati seseorang...
saya maafkan semua kesalahan orang lain yang pernah buat silap..

~ya Allah kurniakan aku ketenanganku~

Sunday, April 26, 2009

jom menelaah..

bismillahi walhamdulillah...

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

conclusion:

sebagai seorang pelajar yang dahagakan ilmu kita WAJIB lah membaca untuk menambah ilmu kita yang sedia cetek ni.tambah-tambah musim exam yang sangat2 dekat ni.tak kiralah dimana malaysia dan mesir.ramai orang dalam fatrah imtihan yang sangat mencabar emosi fizikal dan mental ini.

jangan berusaha sekadarnya .sbaiknya berusahalah dan berjanji akan memberi yang terbaik untuk exam dan semasa menjawab oral dari doctor.ini kerana Allah suka orang yang berusaha dan bertawakal kepadaNya selepas berusaha.janganlah pula kita meminta lebih dari usaha kita.
sedangkan usaha tidak seberapa tetapi minta untuk cemerlang.tidak malukah kita pada Allah?

manfaatkan masa yang ade sbaiknya.jangan jadi manusia yang lalai dari nikmat masa.smoga kejayaan milik kita bersama.rabbuna najahkum.

p/s:
sumber harian metro
kepada adik2 1st year yang exam esk gud luck!
ingin membace special sences,cns, kidney n metabolism!

~13days to go~

Saturday, April 25, 2009

hati mesti baik


bismillahi walhamdulillah...

di kala musim imtihan menjelma..ramai yang sibuk menelaah pelajaran masing-masing.bagi yang kurang puas hati dengan persediaan untuk exam practical dan mid term hari tu akan digunakan peluang dan sisa masa yang ada untuk terus mengatur langkah lebih cemerlang.dengan kata lain mengejar dan memburu mereka yang cemerlang!

namun yang pasti di musim exam ni ramai yang terkena satu penyakit yang tidak dapat dielak iaitu penyakit hati.bercakap berdasar kepada pengalaman..penyakit ini seakan duri dalam sekam..gunting dalam lipatan..yang mana kita tak nampak pada zahirnya.itu susahnya penyakit ni.jika dibiarkan lama-lama penyakit ini maka ia akan terus merosakkan hati kita yang sekeping itu.

kadang-kadang benda yang simple dan sikit boleh jadi besar pada masa ini.ini kerana pada waktu exam..emosi kita sangat tidak stabil.oleh itu, syaitan akan mudah mencucukkan jarum memainkankan peranannya untuk terus lihat ummah zaman ini berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.muhasabah balik setiap yang kita lakukan...

apa yang harus diingat adalah sebelum kita menelaah pelajaran pastikan hati kita bersih dari sebarang penyakit dan masalah hati ini.ilmu itu cahaya dan bersih.ilmu tidak akan masuk ke dalam hati yang ada padanya titik hitam dan maksiat.kalau masuk pun susah untuk ia melekat di situ.jangan sampai usaha kita menelaah di sia-siakan oleh kerana kita terleka dalam perkara ini.

"dalam diri manusia itu ada segumpal darah,jika elok darah tu maka eloklah tubuh badan mu,jika buruk@busuk darah tu maka busuk@buruklah tubuh badan mu..darah itu adalah hati"

mungkin anda berkata ia merupakan perkara kecik.namun bagi saya ia merupakan benda besar yang harus dicakna dan diambil kisah.kita menuntut ilmu bukan untuk exam semata.tapi kita menuntut ilmu untuk masa depan dan islam.jadi jika ilmu yang kita kutip tidak mampu melekat walau sekelumit apa guna kita bersusah payah bersekang mata menelaah.

ps:

peringatan buat mereka yang lupa dan terleka..marilah sama-sama kita muhasabah diri yang tidak lari dari melakukan kesilapan..
ihfazillah yahfazka (jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu)
kuatkan habluminnaallah dan habluminannas..

~berlari aku mengejar mereka~

Thursday, April 23, 2009

biochemistry + histology

bismillahi walhamdulillah

alhamdulillah..saya telah berjaya menamatkan exam practical dengan jayanya.tak tahu lah macam mana resultnya nanti.yang penting saya sudah berikan yang terbaik.tinggal sekarang adalah tawakal kepada Allah..Dia yang berhak memberikan yang terbaik untuk saya.gagal atau berjaya adalah ketentuanNya sekarang.

biochemsitry (22 april 2009)

exam saya bermula pada pkul 11 pagi.kami telah dibahagikan group kecil dalam lajnah kami untuk memudahkan kami dan demi memuatkan student dalam lab satu-satu masa.takde lah sesak sangat!

so saya kluar dari rumah satu jam sebelum exam bermula.berjanji dengan ha di simpang masjid el-samanoudy.then bergerak ke tempat exam.lebih kurang pukul 1055 kami dibenarkan masuk ke dalam lab...

doktor bagi taklimat tentang temperature and apa-apa yang patut sebelum peperiksaan.saya mulakan exam dengan membaca bismillahi..kami diberikan satu no solution untuk setiap orang.then saya mulakan test untuk physical properties.daripada colour,odour,aspect,litmus paper hinggalah kepada specific gravitiy.

kemudian saya teruskan dengan chemical properties.fehling test dan heat coagulation test menunjukan hasil yang postive..manakala test2 yang lain adalah negative.kemudian sampai kepada menulis report saya mula berfikir apakah conclusion yang harus saya jawab.namun tidak ke temu jua.buntu.then saya tnya ha..(bukan niat utk meniru)..blur n confius jap.

then ha suggest suh saya buat benzidine test..then saya buat benzidine pun negative.pastu camne ni ha benzidine test tu negative.dia kembali menyuruh saya membuat rothera test sekali lagi.so nak tak nak terpaksa buat skali lagi.hasil dia tak tahu nak cakap.negative or positive.sbb tak ikut skema yang diberi.

ha suruh saya tnya doktor yang mengawas kami.doktor cakap depend on awak la..negative or positive.so last2 ha suruh saya assumekan positive je.sbbnya dia punya solution negative then takde ape2 perubahan sedangkan solution saya tu ade perubahan sedikit.so positive je la.

malam tu saya menumpang tgk slide di rumah cik tirah.sampai kul 10mlm.pastu turun imtiyaz tunggu ciknut habiskan tengok slide patho dia.then pulang ke rumah saya terus tdo

histology (23 april 2009)

bertolak ke kuliah seawal jam 8 pagi dengan cik nut and yaya.then kami berpisah..giliran ikut siapa cepat dia dapat.saya tak nak masuk awal2 sebab serabut..so masuk la lewat skit.lagipun rasa cam kurang yakin lagi nak masuk awal..hehe..

kami dikuarantinkan sebelum masuk ke dalam lab.tak nak bagi orang cakap apa yang masuk.then dalam lab tu ada 15 station.14 slides and 1 gmbr..so overall exam alhamdulillah.cuma ada la 2 3 slides yang confius.sebab kita nampak lebih kurang sama je.so nak tak kena la taw dia punya key of identification supaya senang nk taw tu slide ape.satu slide tu diberi masa dalam 5 minutes untuk identify and tulis description.

yang jadi susah sebab benda yang kita tgk kat rumah dengan dalam exam adalah xsama.msa tengok kat rumah pula lama.siap boleh belek2 and tilik2 lagi tu slide ape.huhu.masa exam plak dengan debaran n nak kena ingat description lagi tu yang jadi kalut tu.so tamatlah cerita exam practical saya..

moga Allah berikan yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat=)mau qoda' tdo dulu hari ini..as a reward for my self..malam2 sket kita start study physio ye..

~tawakal 'ala Allah~

Monday, April 20, 2009

mari belajar urine report!





bismillahi walhamdulillah..

entry ni untuk upcoming practical biochemistry.buat mereka yang masih blur dan masih mencari-cari.di sini saya uploadkan ape yang sepatutnya kita tulis untuk urine report nanti.semoga perkongsian ilmu ini akan terus bermanfaat.

jika anda mempunyai masalah bolehlah contact saya menerusi ym atau berhubung terus dengan saya dan amani.sekian.wallahu'alam.

p/s:

22 april 2004

9-10am: 3827 - 3926
11-12am: 3927 - 4026
1-2 pm: 4027 - 4101

23 april 2004

10-11am: 4102 - 4200
12-1pm: 4201 - 4329

Saturday, April 18, 2009

practical physiology



~exam fever:zero lazy~

bismillahi walhamdulillah..

baru sahaja pulang dari exam practical physiology..sujud syukur saya pada Pemberi Ilmu kerana Dia telah memberikan ilmuNya kepada saya tadi..2 hari sebelum ini saya kurang sihat.perubahan cuaca yang menandakan summer telah datang memberi sedikit impak kepada saya.

rasanya tahun-tahun sebelum ini pun saya mengalami demam setiap kali sebelum final exam bermula.teringat time 1st year..demam 2 hari terlantar tidak boleh bangun sehinggakan makan pun bersuap oleh housemate.tahun lepas pun saya demam tapi tidaklah seteruk mana.cuma panas-panas biasa sahaja

2 hari sebelum exam saya rasa kurang sihat.kepala berpusing,sakit tekak dan badan rasa panas sejuk panas sejuk.setelah dipaksa menelan panadol dan vitacid oleh housemate barulah saya makan.tu pun setelah puas mendengar leteran ciknut,cik amani n cik arah.
last year exam..tak cukup meja study:P

oleh itu, saya tidak dapat membuat persediaan secukupnya.'kalaulah'..masa boleh berputar kembali ingin saya persiapkan diri dengan sebaiknya.namun pada malam sebelum exam sakit kepala datang lagi.akhirnya malam itu saya hanya tidur dan tidak menelaah sedikit pun.cuma saya hanya berdoa pada Allah supaya berikan saya soalan yang saya dapat jawab dengan baik.tidak ambil kisah tajuk mana asalkan saya tahu apa yang akan saya jawab.

alhamdulillah Allah mendengar permintaan saya..semasa cabutan no soalan saya tidak banyak memilih.hanya mengambil no yang telah terbuka di depan mata 89..then bergerak menuju mencari di mana letaknya no soalan terbabit.saya dapat soalan berkenaan basal metabolic rate (bmr) dan vibration sense.mulakan menjawab soalan dengan bismillah di atas kertas sebelum doktor datang ke tempat saya untuk menyoal.

saya di'examine' oleh doktor perempuan yang mengajar kami digestion last part.antara soalannya ialah

  • what is tract of vibration sense?-gracile and cuneate tract
  • what is another sense carried by gracile and cuneate tract?-fine touch,fine pressure,consious proprioceptive
  • what is mean by bmr?-rate of energy expenditure per unit time under basal condition
  • what is basal condition?-complete physical and mental rest,post-absorptive and normal temperature
  • how to calculate the bmr?-equation
  • what is normal value of bmr?-40kcal/m2/h
saya amat bersyukur kerana dapat menjawab dengan baik walaupun tidak yakin akan mendapat full mark.teruskan usaha untuk subjek yang akan datang.

untuk yang belum exam berusahalah selagi ada masa.jangan sia-siakan masa yang ada.jangan sampai selepas anda tidak berjaya menjawab dengan baik anda berasa menyesal dan berkata 'kalaulah' aku menggunakan masa yang sebelum ini dengan baik..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
jangan direnung letihnya usaha.bayangkan manisnya kejayaan:)

keluarlah dari zone selesa anda.bergerak ke arah zone usaha.jika anda tidak bersemangat.carilah dan kutip semangat anda untuk anda berjalan kembali di atas track yang betul.ini bukan masa untuk berjalan dan berlari anak.masa itu sudah tidak ada wahai sahabat.ini masa untuk kita memecut ke garisan penamat.jika kita masih berjalan...maka kita tidak akan sempat sampai ke garisan penamat bersama mereka yang menang!

~ingin melakar kejayaan seperti mereka:)~

Thursday, April 16, 2009

a note to share

bismillahi walhamdulillah...

bout 45 minutes for the coming friday..when friday arrive i have only 24 hours to go for my 1st final practical exam which is physiology.today i am not feeling well..huhu..

kepala seakan berat..rasa cam nak demam..hidung tak selesa..sudah menelan sebiji panadol petang tadi untuk menghilangakn ke'dizzy'an kepala ini dan tidur sekejap agar saya selesa disebelah malam untuk menyambung study yang tergendala.hope so...

and after maghrib, minum segelas vitacid..supaya demam tak melarat..biiznillah..moga demam ini tidak melarat dan memudaratkan kerana exam saya pada hari sabtu ini..

beberapa hari yang lalu saya ada menelefon rumah..bercakap dengan ayahanda..jarang saya dapat berborak dengan beliau..ini kerana jika saya call lebih dari pukul 10 malam ayahanda telah beradu di alam mimpi..so kalau bernasib baik dapatlah bercakap dengannya.selepas pulang dari masjid malamnya dia akan makan then tengok tv jika ada rancangan menarik sampai tv tengok dia...(banyak plak melalut)..

main point nak crite kat sini..saya mengadu pada ayah yang saya malas..takde mood nak study..takde semangat..hopenya bile mengadu saya dapat balik semangat dan menjadi rajin!harapan saya jauh tersasar kerana sebaliknya ayah marahkan saya..huhu..

ayah:kenapanya malas?kakak gi sana bukan untuk malas-malas..nak gi belajar..so kena la belajar betul-betul jangan main-main..

kata-kata yang sentiasa diulang ialah buat study group..solat hajat dan solat hifzi!itu mesti kena buat..untuk ingatan dan ketenangan supaya dimudahkan menuntut ilmu..

selepas jiwa saya dibasuh oleh ayahanda saya mula berfikir..berfikir kembali kenapa saya berada di bumi mesir ini?tujuan ape saya berada di sini..tidak lain dan tidak bukan adalah menuntut ilmu..mahu menjadi seorang doktor yang berjasa untuk islam..

terukir kembali satu persatu, banyaknya masalah sebelum saya sampai di sini..dan bermacamnya ujian yang Allah berikan untuk saya sebelum dan semasa di sini..namun saya yakin dan pasti kejayaan itu ada..dan Allah bersama orang yang berjihad menuntut ilmu dibumiNya..

saya sudah berada di jalan yang saya cita-cita sejak dari kecil..kenapa sahaja saya harus berfikir yang bukan-bukan..Allah sudah tunjukkan jalan untuk saya..walaupun jalannya penuh liku, onak dan duri..yang pasti Allah bersama hamba-hambaNya yang sabar menuntut ilmu..it's not the time to give up!you have to face it..must!

p/s:

  • esok ulang physio...ketatkan skru yang mana longgar..
  • doakan agar demam saya tidak melarat..
  • doakan kami yang akan ber'exam' sabtu ini..2nd year:lab physio..3rd year:lab parasit
  • kami ditinggalkan ber2 malam ini..cik nini n ciknuT pergi merantau menuntut ilmu di rumah sahabat2 lain..(cik arah sudah lama beradu di alam mimpi):)

never ever give up!
you are what you think..
think positive..
you can do it!!!

Sunday, April 12, 2009

penguat semangat!

bismillahi walhamdulillah..

fatrah imtihan datang lagi.sekejapnya masa berlalu.final exam kembali menjengah.rasanya baru saya meneruskan langkah di tahun 2 pengajian.sekejapnya...ini bermakna sudah setahun saya berada di tahun 2 dan juga umur saya sudah semakin meningkat lagi setahun.

ramai antara kita pada musim exam ini sudah tentu mengambil langkah untuk berkurung menghadap buku masing-masing.sudah tidak ramai yang berfoya-foya dan bersiar-siar.teruskan usaha anda untuk cemerlang kerana islam menuntut kecemerlangan.tetapi jangan diabaikan tanggungjawab kepada insan sekeliling.jangan sampai tidak bertegur sapa dengan housemate.

tidak kurang pula yang bersifat 'aku-aku' pada masa ini.sifat kurang sihat ini harus dibendung dari menular dalam diri masing-masing.memetik kata Dr.Hamid, jangan kedekut ilmu.sharelah ilmu yang anda ada walau sedikit.moga ilmu yang sedikit itu akan terus berkembang.bukan diri kita sahaja mahu cemerlang.alangkah manis jika kejayaan kita itu dikongsi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.

saya sangat terharu dengan sahabat-sahabat satu batch yang sama-sama menjejakkan kaki di bumi mesir ini.walaupun kami sudah tidak lagi sama kelas kerana mereka sudah berada di tahun 3..tapi mereka tetap menganggap kami-kami ini sebagai sebahagian dari mereka.masih lagi boleh melakukan qiam bersama dan masih lagi boleh menjadi rakan taakhi.jakillah sahabat.sukar mencari insan-insan seperti kamu semua di zaman ini.

tidak kurang yang banyak memberi sokongan dokongan dan dorongan untuk sama-sama berjaya dan pulang dengan segenggam ijazah perubatan.mengingatkan kisah saya mengulang tahun,merupakan detik yang sangat sukar buat saya.susahnya untuk bangun mengatur langkah kembali.sukarnya untuk mengutip semangat-semangat untuk kembali melakar kejayaan.atas sokongan orang sekeliling saya ketepikan perasaan takut gagal itu untuk saya teruskan cita-cita yang saya idam-idamkan.

walaupun kadang-kadang terasa penat dan bila semangat luntur..hati ini masih tertanya-tanya mampukan aku untuk terus berada di bidang ini.namun saya cekalkan hati bahawa Allah telah memberikan saya peluang yang saya inginkan mengapa harus saya sia-siakan peluang ini.thanks sahabat-sahabat atas segalanya.marilah sama-sama kita berlari pecut menuju kejayaan.walaupun kita tidak lagi menjadi classmate, yang pasti satu hari nanti kita akan bergandingan mewarnai dunia kesihatan dan perubatan di malaysia.

~no time for fun, its time to 'pecut'~

Friday, April 10, 2009

'kite cemerlang'

bismillahi walhamdulillah...

'kite cemerlang'

kalau bukan kita...siapa lagi?
kalau bukan di sini...dimana lagi??
kalau bukan sekarang...bile lagi???

begins..10th april 2009

end..until death (till i am a doctor)

mission:

cemerlang akademik, cemerlang rohani

covalent bond with ALLAH,covalent bond with people

sihat fizikal dan mental

nyah stress!!!

Study euphorialy

zero dur thani

methodology:

"dan kepada ALLAH lah kembali segala urusan"(22:41)

bertawakallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakal

'not just friends'

minimal action duration >10 hours per day

by: batch organization

"dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa jua yang telah dianuugerahkan ALLAH kepadamu tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (28:77)

Sunday, April 5, 2009

nikmat duit!

bismillahi walhamdulillah...

semalam saya dikejutkan dengan kedatangan satu envelop putih di atasnya tertulis:

DEARIE KAK ZATY,

we can't keep your feet from stumbling.
we can only offer our hand that you may grasp so u will not fall
And then we can walk together..


with greatest love,
us

nuT bagi selepas dia balik dari tuisyen.first things in my mind, mybe it was a letter wishing me gud luck in my exam or a love letter from secret admire!=P..(mana la taw kan ade yang nak takdim dekat2 musim exam ni..hehe!saje je memain.tak mungkin la kan sebab kat atas sampul tu ada tulis 'us').at first i can't guess who is the sender.then when i opened this sampul putih bersih jantung seakan berhenti seketika..terkejut kerana di dalamnya terdapat not lima puluh genih.

then saya terus bertanya kepada ciknuT.dia hanya menjawab saya hanya menyampaikan amanah.so n so..saya dalam fikiran saya sudah dapat mengagak siapa yang memberikan sampul berkenaan.huhu..thanks kepada 'us'.moga Allah balas segala jasa anda semua dan rahmati perjalanan hidup anda semua.

rupa-rupanya semua budak tajaan yayasan terengganu dapat sampul berisi duit berkenaan.ini ekoran daripada duit scholar kami yang lambat masuk.sudah hampir sebulan poket ini kering.kering sekeringnya.tidak pernah saya rasa sesempit ini.sampaikan hendak membeli sesuatu mesti mengira penting atau tidak,berguna ke benda ini buat masa sekarang, boleh hidup tak saya kalau takde benda ni?itulah questions yang bermain di minda everytime when i went to buy sumthing.

pernah satu ketika,masa itu saya dan amani sahaja berada di rumah (cik arah n cik nuT berada di malaysia-winter break) kami hanya makan nasi dengan telur 3 hari berturut-turut.itu je lauk yang ada.nasib baik beras masih ada dalam tong.kalau tak, tak tahulah nak makan apa.tapi nak katanya telur kat mesir ni mahal la jugak Le0.050..1st day telur dengan kicap,2nd day telur dengan sos n last day telur dengan budu.huhu.

at that time, duit ada dalam bank tapi atm HSBC tak leh guna.rosak.and the atm card tu xleh guna di bank-bank lain.tidak seperti sebelum ini boleh dicucuk di mana-mana bank tapi dikenakan charge perkhidmatan yang sedikit tinggi berbanding jika diambil di HSBC sendiri.then hari keempat kami makan di rumah sirru asrar..huhu..esoknya pun begitu makan di sirru asrar kerana mereka kasihan mendengar cerita sedih kami..huhu..thanks kak ida,kak azah,helwa dan niah..

pernah sekali pergi sekolah tanpa membawa satu sen pun..huhu..begitulah antara cerita sedih..bukaan niat di sini untuk meminta simpati.tapi saya mahu rakan-rakan pembaca sekalian supaya menghargai nikmat duit yang kita ada.walaupun sedikit.jangan membazir untuk benda-benda yang tidak berfaedah.eloklah disimpan atau disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.kadang-kadang kita terlupa apabila wang banyak di tangan, mata rambang memilih barang dan nafsu mula menghasut..tidak sedar USD 100 boleh habis dalam sekelip mata.

tidak kurang yang mahu memberi pinjam wang.namun saya tidak ajarkan diri mudah meminjam wang dari orang.nanti takut-takut tidak berbayar.jadi hutang yang dibawa sampai mati.tapi sesetengah orang ada yang tidak segan silu meminjam dari sesiapa sahaja walaupun ceti haram demi memenuhi tuntutan nafsu yang meraja.namun bila time ceti datang kutip hutang sanggup pula sembunyi sampai ke lubang cacing .begitulah manusia.saya tidak diajar untuk meminjam.by the time saya ada meminjam wang atau barang saya rasa ada satu batu yang menghempap diri ini..by the time da lunas kepala terasa ringan!

thank kepada mereka yang sudi membantu.hulurkan tangan ringan beban!

p/s:
-thnks again kepada 'us'..terharu..smpai menitiskan air mata!
-hm..ada tajaan tapi tak terasa pun macam budak tajaan!..haish..sabo jela
-bilakah urusan yuran kami mahu dibereskan???...doa2...

~hargai nikmat yang ada,jangan dicari benda yang tiada~

Saturday, April 4, 2009

no idea

bismillahi walhamdulillah...

sudah agak lama dibiarkan blog ini sepi tanpa coretan dan debu-debu mula menyinggah.masalah internet yang tidak menjadi dan tidak kesempatan masa untuk saya terus berlama-lama di sini.banyak benda nak tulis tapi by the time da kat depan laptop idea tu terbang macam tu je.so last2 tak tulis..

congrate buat PM malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak.tak tahu nak komen ape.kurang pengetahuan tentang situasi politik di malaysia sekarang.semoga beliau dapat memimpin negara dengan lebih baik.

sabtu lepas, ade cultural's day melibatkan pelajar-pelajar malaysia,arab saudi,syria dan mesir.adalah slide show tunjuk pasal negara masing-masing.tiba-tiba saya rindukan malaysia.sangat bangga menjadi rakyat malaysia.

tinggal di negara yang serba kurang nak compare dari malaysia membuatkan saya bersyukur dan belajar menghargai.menghargai setiap apa yang ada.nak katanya kat sini kalau barang-barang lama tu orang arab ni akan repair dan repair sampai satu masa benda tu patut dicampakkan ke dalam tong sampah.kalau kat malaysia rosak skit nak beli benda baru.rosak skit kita tukar lain la..

tu belum masuk bab sabar la.arab ni kalu kena kat dia tak boleh.tapi kalau dia buat kat orang takpe plak.huhu.contohnya: bab beratur ketika beli barang.suka hati mereka sahaja potong line.so sape2 nak test kesabaran sila datang mesir!hehe.

yang paling best,..budak2 mesir ni kena pandai sume benda.balik nanti bukan sahaja bawak segulung ijazah perubatan tetapi boleh balik baiki lampu,baiki paip,baiki laptop,memasak dan macam2 lagi.skill yang dulu hanya belajar dalam kemahiran hidup di lower form.susah nak dapat pengalaman macam ni.

bile ntah arab ni nak berubah.kalau janji tu tak pernah tepati.walhal mereka sangat faham quran n sunnah..huhu..

~belajar menghargai sebelum ia hilang~