sudah lama saya tertangguh entry ini.sory ye cik as,kini and semua orang di uia kuantan.hehe.hampir 3 bulan saya menangguhkan cerita ini.cerita tentang kisah saya berjalan-jalan raya di main campus uia kuantan.
seperti yang sedia maklum campus kuantan yang terletak di indera mahkota mengumpulkan rata-rata sahabat-sahabat saya dari sekolah menengah, darul Quran dan pusat asasi matrikulasi uia di petaling jaya.ramai sangat orang nak jumpa!
ini berikutan cadangan cik as mengajak saya ke kuantan.rindu lama tak jumpa katanya.hampir 2 tahun rasanya tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat satu sekolah selepas saya berangkat ke mesir.cik as siap nak call ummi minta persetujuan.dia cakap naik bas or suruh ayah anta sampai kerteh pastu ikut dia balik ke kuantan.
saya berkesempatan ke sana selama 2 hari satu malam (ye ke?cam tak cukup betul-betul 2 hari tu).itu pun selepas saya puas memujuk ummi dan ayah untuk ke sana.hajatnya mahu tinggal seminggu.tetapi disebabkan persiapan saya untuk pulang ke mesir masih belum lengkap so terpaksa la tinggal 2 hari.selepas merajuk habis dengan parents.tak puas jumpa dengan mereka!
along the journey
saya bertolak ke sana pada petang hari raya ke 4 menaiki kereta viva putih cik aina.pada mulanya hanya saya dan miftah sahaja yang mengikuti convoi cik aina bersama nik dan kak nik,peidi and the gang.kerana jah telah membeli tiket bas pada pagi tersebut untuk pulang ke sana.disebabkan ramai yang mengikuti convoi si jah ni dengan selambernye melepaskan tiket bas tersebut untuk naik bersama kami.hehe.jah2..
bestnye kami convoi.gelak sakan dalam perjalanan.aina berhati-hati memandu kerana pada hari tersebut masih ramai warga kota yang bersesak untuk pulang ke kuala lumpur.di sepanjang perjalanan kami melihat beberapa kemalangan ada yang teruk dan ada yang biasa-biasa.kami berjalan dengan kelajuan yang minium 80-100km/jam mengikut laluan trafik.semasa dalam perjalanan cik as message cakap jpah accident dan menyuruh kami berhati-hati di jalan raya.pada masa itu as sudah sampai di uia.
saya pun bertanya kepada azuwan (bersama jpah menaiki kereta seorang senior sekolah) betol ke accident?teruk tak?azuwan cakap takde lah teruk pun.langgar bontot kereta depan je.kereta yang teruk.mereka alhamdulillah selamat.so oleh kerana semua orang kelaparan sepanjang perjalanan kami pun singgah membeli lemang kijal untuk bekal dalam perjalanan.selepas itu kami berhenti untuk solat jama' maghrib dan isyak.kemudian mencari dinner.kami berhenti di cherating.
oleh kerana tidak tahu kami telah berhenti di satu kedai makan.agak lama juga kami berada di situ.servis yang disediakan di kedai makan tersebut tersangatlah lambat.hampir sejam lebih kami menunggun.sampaikan orang yang datang dahulu dan kemudian dari kami ramai yang lari.sesampainya makanan kami mengeluh kerana makanan tersebut tidaklah sesedap mana pun.sekali lagi kami mengeluh semasa membayar makanan.mahalnya.after this da tak nak datang kedai ni lagi!
kemudian meneruskan perjalanan lagi ke campus kuantan.jalan raya sudah tidak sesesak tadi.oleh itu, si peidi dan nik memecut laju meninggalkan kami di belakang.sampai di satu simpang kami terlanjak dan terpaksa u-turn balik.nasib baik tak de kereta pada masa itu.agak jauh juga jarak kami pada masa itu.si peidi dan nik tunggu kami di depan.akhirnya selamat sampai di uia kuantan kira-kira pukul 10 malam.perjalanan memakan masa hampir 7 jam.huhu.
malam itu saya bermalam di bilik aina kerana roomate dia masih belum pulang.takut juga if ada spotcheck.kesian kat aina nanti.si as pun da pesan duk diam2 dalam bilik.as ada bertanya saya mahu mengambil kini di terminal bas pada pukul 5 pagi esoknya atau tidak.saya yang dalam keletihan mampu menolak.hehe.sory as tak dapat teman pagi tu.(nasib baik kini sampai esoknya.kalau tak ayah suh balik petang tu jugak.hari yang sama kini sampai)
1st day
hari itu mereka tidak ada kuliah.except cik as.dia ada lecture or lab i forgot already.pagi-pagi lagi saya bangun melangkah ke blok cik kini dan cik as.blok mereka sebelah je dengan blok aina.blok di uia dibahagikan mengikut course.mula-mula jumpa dengan as agak terkejut jugak tengok mak cik tu da sedikit berisi.huhu.suke.kalu dulu peluk dia hanya Allah sahaja yang tahu betapa kurusnya budak itu.dia tidak banyak bercakap dat time sebab mulut kena ulcer.
then gi la bilik kini yang serba biru.kini da chop dan pesan awal2 kalu mai kuantan WAJIB tidur bilik dia.kini plak semakin kurus.nama je budak diet..ape la kini ni,tak makan ke?duduk la kat bilik kini menunggu nenek tu plak bersiap untuk bawak saya campus tour bersama motorsikal.mula2 cam kelakar la plak.dah lama tak naik motor.dulu naik pun last masa form 5.dia bawak saya melihat pemandangan campus mereka dari kuliyah of medicine (nama glemer KOM) sehinggalah ke hujung kuliyyah of sciences.ada beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan seperti kuliyyah untuk budak farmasi dan tempat sukan.
kemudian kami mengakhiri perjalanan di KOM.singgah di cafe untuk mengalas perut sementara menunggu driver bawak pegi makan.hehe.banyak bercerita dengan kini.best.rindu time masa kat matric bercerita dengan lepas solat di musolla.sempat la tengok koop dan kawasan sekeliling kampus.kalau nak compare kuliyyah tibb di mansoura rasanya tersangat la jauh.tapi mansoura dalam proses mengislahkan dirinya.(u banyak dapat duit dari budak malaysia..huhu.sampaikan setiap pintu besar department telah ditukar dan dicat baru.tapi surau masih belum berubah.kenapakah demikian?)
then lepas as siap kami mengambil jalan keluar dari campus ke bandar kuantan.bermulalah ekpedisi menjelajah bandar kuantan.u know what saya sempat pergi ke 3 mall dalam masa tidak sampai 5 jam.mula-mula kami ke first mall (as betolkan tempat2 ni..lupe la) untuk mencari barang-barang komputer,sweater dan barang-barang yang masih belum cukup untuk dibawa pulang ke mesir.then ke 2nd mall pusing-pusing dan jalan-jalan.ntah ape yang dibuat oleh kami.hehe.dulu duk pj pun tak delah jalan sampai 3 mall.then ke last mall untuk makan dan solat.makan kat kfc then beli donut kat green apple (lupe lagi :P)
hari itu ummi and ayah dah brape kali call tnya dah beli tiket balik ke belum??saya malas mengangkat call.sbb tak nak balik dan sebagai tanda protes!petang itu juga sahabat-sahabat dq dulu sengaja mengadakan perjumpaan khas untuk saya.terharu.tapi tidak sempat dibuat kerana masing-masing sibuk dan budak2 medic n dentistry ada yang exam esoknya.tambahan pula saya dibawak lari oleh skulmate ke tanjung lumpur.
akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli tiket pulang pada keesokkan harinya pada sebelah petang.ingat nak balik malam.tapi parents plak tak bagi sebab saya balik sorang.selepas membeli tiket saya diculik ke tanjung lumpur.sementara tunggu cik aina jah n mif ambil saya kena basuh dengan cik as dan cik kini."diaorang tu tak puas lagi ke ngan zati kat kt.sampai cni bagilah kami peluang plak.apa la diorg ni"tu antara kata-kata yang saya ingat sampai hari ini.sedih la plak tengok muka nenek berdua tu.u know what when i miss both of u..mesti saya tengok video kamu bebel ke saya at that time.huhu.sob2.
nyam2..jemput makan..thnk sume..nnt leh belanje lagi!
petang tu saya keluar makan di belanja oleh jah n aina.makan seafood.gambo tak banyak.makan ikan 3 rasa,kerang bakar,sotong goreng..nyam2.tak ramai pun yang datang.ada remy,nik,jpah,eidi yang datang lambat,jah,aina n miftah (sape lagi ek?).then kami makan2 sambil menikmati panorama malam di tepi pantai.hehe.selepas tu gi mall lagi (mall ni baru buka).kali kedua menjejakkan kaki di mall itu dalam masa sehari.untuk solat dan budak2 ni shopping barang-barang keperluan mereka.paling tak sangka jumpa plak si hafiz (abang cdy).dia tak dapat datang masa kat tanjung lumpur tadi.sempat bertukar-tukar cerita dengan si hafiz ni.dia tnya pasal adik dia.(cdy adalah jr sy semasa di sekolah dan dia datang ke mesir bersama saya dengan yt)
oleh kerana kakyah (cousin) saya tahu saya ke kuantan.nak tak nak terpaksalah saya ziarah ke rumahnya sebentar.si aina jadi driver lepas pulang dari mall.nak gi esoknya tapi kakyah kerja shif pagi di HTAA.so nak tak nak meredah malam pekat ke sungai isap.last skali saya ke kuantan samada saya sekolah rendah ataupun lower form.hampir tidak ingat di mana rumahnya.tapi alhamdulillah selamat la sampai di rumah baru kakyah.cantik.direnovate oleh ayah ngah sendiri.
then saya kami pulang ke campus.
selepas itu, saya meluangkan masa berjumpa dengan hannah (ex-dqmate) di blok budak farmasi.naseb baik bilik hannah rendah je.bercerita ngan hannah banyak perkara.berita terbaru sahabat2 dq.then,hannah bawak jumpa tikah,hajar dan hasanah.tikah adalah rakan baik saya di dq.selalu tdo biliknya.rindu kat kek cokelat mak ko la tikah.sempat bertukar-tukar cerita sekejap dengan mereka.rindukan sahabat hamlatul quran.ukhuwah di dq masih terpahat utuh di hati.ukhuwah yang masih sukar saya cari yang setanding dengan mereka...
hannah kate blok yang dekat dengan bukit ni selalu kera masuk curi makanan.pastu saya ke bilik jah (blok budak medic).penuh dengan buku-buku.yang pasti bilik tersebut mencerminkan betapa sibuknya budak2 medic di malaysia.hehe.then message la cik kini suh amik saya di bilik jah.sebab tak tahu nak balik ke bloknya.dia mai amik dengan sanah.dalam perjalanan ke bilik kini, mereka sempat kenalkan saya dengan blok si islah dan hanis (tak sempat jumpe mereka..sedey).sambung bercerita dengan kini plak.dah lewat malam.tapi tak lama masing2 dah ngantuk..so kena la tdo.kini pun tak sihat time tu.dia demam.saya ajak dia tdo skali tapi dia tak nak.dia suh saya tdo sorang atas katil dia.dia tdo kat katil kak najwa (roomatenya yang belum pulang-she's also my senior in dq).lena saya dalam kebiruan katilnya..
2nd day
tak banyak yang kami lakukan.saya berjanji hari itu untuk keluar dengan kini dan sanah.orang lain tak leh kaco.hehe.mula2 kami keluar breakfast di luar.makan mee hoon sup.then teman sanah ke klinik untuk amik mc.berjalan di sekitar klinik tersebut.masuk kedai keluar kedai.tengok barang.shopping barang..komen itu dan ini.hehe.
lepas itu kami pusing-pusing sekitar kawasan luar campus.cik as bawak tengok tasik yang diaorg jogging.tengok kawasan hostel budak2 lelaki dan kawasan berhampiran.hope to go to dat tasik..tapi tak sempat..kena datang lagi ni!
at last kami balik ke campus untuk saya berkemas.saya tinggalkan mereka sedikit buah tangan.pada mulanya jah nak anta saya.dia tak de kelas pada petang itu.tapi si aina plak last minute ada lab.so saya pun dengan terpaksa turun dan naik ke kereta aina untuk ke terminal dan saya hampir tidak membawa beg.sebelum itu saya berjumpa dengan syikin denan dan anis.amik gambar dan syikin bagi saya 2 biji gula-gula yang saya bawak sampai ke mesir.saya menelepon cik as untuk membawa beg saya ke terminal.hehe.hampir berdalih dan berbohong mengatakan saya tertinggal beg.
padahal mahu menjaga hati budak jah n aina untuk hantar saya.tersepit pada masa itu.as da pesan awal-awal kalau jah aina n mif tak dapat hantar dia nak hantar sebab memang dia tak de kelas pada petang itu.kini da saya salam awal-awal sebelum dia ke kelas.sory ye as.si as ni siap beber lagi kat saya..hehe.tak pelah..last2 dua-dua dapat hantar.sorang hantar tuan beg.sorang hantar beg.si as datang dengan najwa,tunggu sampai saya naik bas.
bas datang agak lambat..memang lambat lebih kurang setengah jam lebih.sempat lagi minum slurpee dari 7e.hehe.thanks untuk semua atas layanan.moga Allah balasnya.
viva hijau yang berjasa.driver cik as.juge ade spongse bob lagi satu.
sampai malam itu kat rumah dalam keletihan.rupenya ayah teh, mak teh,tokmak dan cousins menunggu di rumah untuk berjumpa saya.sory atas ketidak layanan saya pada malam itu.sedikit bad mood dan keletihan.huhuhu...
berakhirnya cerita saya di uia kuantan, kampus indera mahkota.hope to go there again next time.so saya kena belajar rajin-rajin supaya lulus exam dan dapat pulang awal ke malaysia.tapi ayah dah pesan tak boleh balikt this year?camne nih??
salam rindu dari bumi kinanah buat sahabat-sahabat di kuantan~
do pray for my exam this coming wednesday..mengharapkan sedikit nasihat dan kata-kata semangat dari sahabat sekalian...
ps:
lenguh tangan menulis...harapnya cik as puas hati..apabila rindu bertandang sanggup menulis sampai 5 pages!!!
2 comments:
huuuuuu...
memang btul2 panjang...
tau tak zaty..
kini ada kelas pasni...
tp disebabkan semangat nak bc entry zaty..
pg2 dtg tercongok kat musolla cf ni nak online...
sambil update antivirus...huuu
waaaaaa.....tau pun!!!
kl ingat2 balik, nak gigit zaty tau!
xpuas ag bebel ni benanye..kikiki
but...sory buatkan awak mcm bola sepak...(org asyik duk berebut yg satu)
tp..mmg bukan salah kami...
sape suh..bla2....
ops,ok... xbleh bebel ag..
tggu nnt zaty dtg pulak pasni..=P
pape pun, moga DIA sentiasa pelihara zaty...hnya 2 yg mampu kini beri..
doa buat seorang sahabat yg belum puas kini ukirkan kenangan bersama....
kini kurus ni c0z windu zaty la..s0b T_T
huu...
k zaty...
dah puas dapat baca...
bolehla g klas dgn semangatnye=)
miSSSSHHHhhhh U....!!!
haha
takpelah kini dah bebel..
as surrender ah
zaty ingat lg sejibik2..isk3
satu fakta je salah
as kena larynxgitis..serak ah, bukan ulcer :p
thanks dear.. :)
Post a Comment