Thursday, January 29, 2009

last exam

bismillahi walhamdulillah...

hari terakhir exam..biochemistry.exam kami adalah yang terakhir antara semua pelajar medic di mansoura.huhu.rasa tertekan juga sebab kawan-kawan yang lain semua dah habis exam.rasa macam nak putar je jam supaya dapat habiskan exam dengan cepat.

tapi persiapan untuk menjawab masih tidak cukup.masa gap yang sedikit untuk menghafal semua perkara adalah mustahil.saya cuma berusaha semampu mungkin mengingati fakta-fakta yang masih tidak kemas.preparation yang saya rasakan kurang berpuas hati dan kurang berkeyakinan untuk menjawab dengan baik.

tambah-tambah dengan konflik dan emosi yang kurang stabil dalam minggu ini.saya pun tidak tahu mengapa saya jadi begini.rasa hendak marah dan macam-macam perasaan bercampur menjadi satu menyebabkan kepala saya sesak.saya memilih untuk berdiam diri dan senyap sahaja.mungkin itu jalan terbaik yang dapat saya fikir pada masa itu.

kesian kat housemate.saya pun tidak mahu berbuat demikian kerana saya tahu berdosa jika kita tidak bercakap dengan sahabat selama 3 hari.saya hanya fikir jika saya bercakap saya akan mengeluarkan perkataan yang tidak baik,marah-marah orang...lebih baik saya diam.kurangkan dosa.dari lukakan hati orang dengan kata-kata lebih baik saya diam.

berbalik pada exam.pagi itu saya pergi ke dewan exam dengan amani.kami sampai di u lebih kurang setengah jam sebelum exam bermula.amani membacakan doa supaya kami dapat menjawab exam dengan baik.

dapat sahaja kertas exam..saya teruskan menjawab dengan membaca bismillah.tanpa menghiraukan keadaan dewan yang bising dengan karenah makcik arab marah budak-budak arab yang meniru.mereka ni kalau nak tiru pun pandai-pandai la cover line.ni main panggil kawan dia pastu terus tanya jawapan secara terang-terang.

keluar sahaja dewan..ramai yang mengeluh kerana exam biochem pada hari itu susah!..saya pun rasa macam nak pecah kepala by the time nak kuar dewan.dah la soalan itu tak de dalam buku mcq.every questions need us to think carefully.need us to identify every single things.ya Allah bantulah hambaMu..Kau berilah yang terbaik buat kami.

ada 50 soalan.30 soalan mcq yang sangat mencabar.10 soalan cross matching dan 10 soalan short questions.masa diberikan sejam.masa yang diberi tidak mencukupi.ada soalan short questions yang saya tidak jawab dan soalan lain banyak yang saya tembak sahaja.huhu...

lepas exam kami ke pizza party membeli pizza pesanan cik arah.dia mahu memberikan pizza kepada jiran bawah kerana menolongnya hari itu.cik arah dan cik nut ke sikkah untuk membeli barang2 untuk pulang ke malaysia.lepas itu amani berjalan ke rumah adiknya.saya yang kepenatan hanya ingin pulang ke rumah.

on da way back saya membelikan 3 kuntum roses untuk housemate sebab dah janji nak berikan setiap seorang sekuntum selepas merdeka dari exam!

ya Allah berilah yang terbaik untuk result exam kami..

happy hols semua...(^_^)

No comments: