bismillahi walhamdulillah...
hari ini merupakan exam ke 3 saya.ade satu lagi paper untuk biochemistry this thursday.maka merdekalah saya dari exam dunia dan bermulalah satu lagi episod kembara cuti-cuti di mesir.begitulah adat selepas exam ada sahaja program yang dianjurkan.bukan sedikit tapi banyak.bermula dari peluang untuk menambahkan ilmu hinggalah kepada aktiviti untuk mereleasekan tension selepas penat lelah dalam fatrah imtihan.
ramai antara pelajar-pelajar di sini tidak melepaskan peluang untuk berputaran di bumi mesir yang terkenal dengan sejarah para nabi dan berhala-berhala.cuti winter break juga merupakan satu peluang kepada warga penuntut bumi mesir kerana padanya ada satu pameran buku tahunan peringkat antarabangsa.kalau nak cari kitab-kitab agama dan buku medic time nilah paling best..boleh dapat dengan harga yang murah dan pelbagai pilihan.
berbalik pada exam saya pagi tadi.hari ini saya bekalkan diri cukup dengan air kosong.rasa tidak lalu dan apabila makan chances untuk keluar balik adalah tinggi.so baik tak yah makan.bersiap dan terus ke dewan exam.cuak sangat dengan histo.dah la banyak dan masa gap yang sedikit.saya tak sempat habiskan semua.sekadar berusaha mana yang mampu.buat yang mana saya mampu je.kalau kita mampu buat yang tu jangan tinggal yang tu.
if kita duk berkejar nak grab yang mana kita rasa tak sempat,tak guna..nanti akan berciciran.berusahalah sekadar yang kita rasa kita yakin akan dapat buat yang terbaik untuk exam tersebut.exam tadi ade 21 soalan mcq.4 soalan cross matching dan 5 soalan short questions.tahun ini adalah tahun pertama soalan short question dibuat.saya yang tidak tahu bagaimana format untuk short question ini hanya mampu sekadar membaca dan mengagak apa yang masuk exam.
sedikit keburukan apabila menukar format peperiksaan menyebabkan ramai yang terpinga-pinga tanpa sebarang panduan.sebaliknya dengan adanya soalan short question mengajar kami supaya rajin-rajin membaca.buku hafal buku mcq semata.think positive!
tahun saya adalah tahun ekperiment agaknya.semulanya hendak baru.teringat masa saya darjah 3.masa itu PTS diperkenalkan.tahun saya adalah yang mula-mula peperiksaan itu dibuat.namun kini PTS telah dimansuhkan dan diganti dengan sistem pembelajaran sains sejak dari tahun satu tetapi dalam bahasa inggeris.
kemudian bermulalah dengan sistem peperiksaan di sekolah-sekolah menengah.format peperiksaan diubah untuk memajukan sistem pendidikan itu sendiri.tetapi tahukah anda pelajar-pelajar dan guru-gurulah merupakan insan yang teruk terkena impak kesan dari perubahan tersebut.
so kita sebagai generasi pelapis kenalah belajar dari kesilapan orang-orang dahulu.jangan ikut jika ada keburukan tetapi jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk membetulkan kesilapan.sejarah tak mungkin berulang.tapi sejarah mampu dicipta dan diolah oleh insan-insan yang ada sekarang...
jom kita setady biochem..one more..chayok!ookk..senafas lagi..hehe..esk budak 3rd akan hbs exam..wish u all da best!
ps:
sampai ada yang nk termuntah,nanges,bad mood,emosi down,motivasi pun down..segala macam benda la yang berkecamuk dalam minda.penyakit 'gatal' pun ada time2 exam ni..nak pinang orang,minat kat orang tu,nak kawen la..
check diri anda..kalau ada perasaan itu lepas exam ni..btollah tu anda sedang kemaruk cinta.so cepat2 cari resolusinya.
yang emosi tengah down..carilah semangat dan kekuatan dengan Allah.belajar medic ni bukan senang.belajar tentang sebaik2 penciptaan.so apapun hendaklah bergantung penuh dengan PENCIPTA manusia itu sendiri!
No comments:
Post a Comment