alhamdulillah hari ini exam kedua saya telah berakhir untuk subjek anatomy.tinggal lagi 2 subjek pada selasa dan khamis ini.soalan banyak yang keluar dari buku mcq.alhamdulillah.thanks Dr.Sawwy atas nasihat supaya baca buku mcq sampai hadam.
exam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir 45 minit kemudian.ada 35 soalan mcq dan 10 soalan true and false.alhamdulillah semuanya dijawab dengan yakin dan tinggallah tawakal untuk Allah memberikan yang terbaik buat saya.
pagi-pagi lagi saya breakfast dengan fatira (roti canai ala-ala mesir) dengan kuah kari.saya dan farah bertolak ke kuliah sekitar jam 9 pagi.cuaca hari ini agak sejuk jika dibandingkan dengan hari sebelumnya.
pulang dari exam kami singgah di kedai tokmiyyah (makanan arab) membeli kentang goreng.kemudian mahu singgah membeli bunga disebabkan cik arah dah habis exam.tapi malangnya kedai bunga tutup.next time ye arah!
semalam saya dikejutkan dengan berita salah seorang penuntut terengganu meninggal dan disyaki punca kematiannya adalah tibi.al-fatihah kepada Allahyarham Muhammad Hatta.jenazah beliau akan diterbangkan ke malaysia hari ini.cukuplah mati itu sebagai peringatan buat kita yang masih hidup.
dibawah ini saya nukilkan sedikit apakah itu penyakit TIBI.artikel ini diambil dari web Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Tibi merupakan sejenis penyakit yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN jika tidak dirawat.
Tibi disebabkan oleh kuman halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat hanya denganmenggunakan mikroskop.
Kuman Tibi biasanya menyerang PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh terjejas.
Tibi Paru-paru (atau TlBI PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan manusia.
BAGAIMANA TIBI MEREBAK?
Tibi merupakan sejenis penyakit SEBARAN UDARA.
Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif itu batuk.
Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk beberapa ketika.
Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi
Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.
GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI
- Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.
- Kahak mungkin mengandungi darah.
- Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.
- Mudah letih dan berasa lemah.
- Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.
- Hilang selera makan.
- Kurang berat badan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU MENGESAN TIBI PULMONARI?
Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman Tibi.
Ujian kahak boleh dijalankan di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.
X-ray dada mungkin boleh membantu.
RAWATAN TIBI
Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya RAWATAN HARIAN SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.
* Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.
Jika rawatan ini diikuti SECARA TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.
BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?
IMUNISASI BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.
Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun kebawah.
Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.
Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.
Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
NASIHAT UMUM
- Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.
- Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udarayang sempurna mencegah Tibi dari merebak
- Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.
- Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.
BERTINDAKLAH SEGERA
untuk mereka yang berada di mesir jagalah kesihatan anda.prevention is better than cure.TB is preventable disease. Since prevention is better than cure, here are some tips we can practice to prevent this contagious disease :Rawatan segera menyelamatkan nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit
1. Makanlah makanan berkhasiat, tidur yang cukup dan senaman yang konsisten untuk memastikan immune system kita berfungsi dengan baik.
2. Pastikan anda pernah mengambil suntikan BCG. Walaupun kajian terbaru mengatakan bahawa BCG is no longer beneficial, but this is one of the preventive step.
3. Avoid the crowd.Di Mesir terutama Cairo, kita sering terdedah pada orang ramai. Contohnya ketika naik bas atau metro. Berhati2. Stay away from people with uncover their mouth during laugh, cough and sneeze.
4. Jangkitan TB selalunya asymptomatic (tiada symptom).
TB selalunya menjangkiti peparu kita. Jadi BATUK selalunya adalah symptom awal. Symptoms lain yang berkaitan adalah :
1.batuk selama 3 minggu atau lebih dengan kahak berdarah ataupun tiada warna.
2. turun berat badan
3. keletihan
4. sedikit demam
5. berpeluh di waktu malam
6. rasa sejuk
7. hilang selera makan
8. rasa sakit ketika bernafas atau batuk.
9. Jika anda mempunyai symptom2 di atas, jumpalah doctor. Takut terlambat pula nanti.
jom kita study untuk subjek seterusnya!mission to mumtaz is still activate..berusaha sehinggalah ke titisan dakwat yang terakhir.doa2 sama berjaya.bukan senang nak senang!kalau tak dah ramai jadi doktor..(copy ayat abah cik nuT)
ps:
thnks yang pass info pasal tibi semalam kat ym.
to kakpah..hehe.tahun ni dah takde amik bulat2 dari mcq.tapi kalu bace mcq tu still boleh jawab la.main pusing2 tang tu jugak.pi mai pi mai tang tu la..hehe
1 comment:
Sekadar ingat-mengingati.
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong
Post a Comment