Monday, January 5, 2009

asyura dan kelebihannya

bismillahi walhamdulillah...

pejam celik pejam celik sudah hampir 9 hari kita berada dalam tahun baru hijrah dan sudah 5 hari kita berganjak ke tahun baru masihi.sekejapnya masa berlalu.masa pergi tanpa menoleh kembali.sesiapa yang lalai akan merasa rugi jika setiap detik tidak digunakan sebaiknya.

banyak amalan dan kelebihan di bulan mulia ini.bulan yang mana terdapatnya hijrah rasulullah dari bumi berkah makkah ke bumi madinah untuk menyampaikan risalah islam.tanpa mengira rintangan dan halangan rasulullah tetap mengatur strategi dakwah untuk mengembangkan islam.

pada bulan ini:
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  3. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  4. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  5. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  6. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  7. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  8. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  9. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  10. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  11. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  12. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  17. Allah menjadikan 'Arasy.
  18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  19. Allah menjadikan alam.
  20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  21. Nabi Isa diangkat ke langit

Dari Ibnu Abbas r.a - '' aku tidak melihat Rasullah S.A.W mengutamakan hari puasa yang dilebihkan ke atas hari lain kecuali hari ini, iaitu Asyura & bulan Ramadhan''


Dari Abi Qatadah r.h bhw Rasullah S.A.W ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda ''Menghapus dosa setahun yang lalu''
<>

sahabat-sahabat jom kita berpuasa pada esok dan lusa (selasa dan rabu).smoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada tahun lalu.kenapa kena berpuasa pada 9 dan 10 bukan pada 10 sahaja.kerana puasa pada 10 muharam adalah mengikut orang-orang yahudi.so untuk membezakan antara islam dan yahudi, kita disunatkan untuk puasa pada 9 (tasu'a) dan 10('asyura).9 dan 10 atau 10 dan 11 tidak menjadi masalah.lebih afdhol 9 dan 10.perlu difahami di sini puasa 10 sahaja tidak dibenarkan.

taqaballahu minna waminkum taqabal ya kareem.smoga Allah menerima amalan kita pada tahun2 lepas dan tahun2 akan datang.insyaAllah.

No comments: