Friday, January 30, 2009
cuti2..
winter break bermula...30 jan till 14 feb 2009.about 2 weeks..
ramai antara kami membuat perancangan cuti masing-masing.ada yang memilih untuk berjalan,pulang ke malaysia dan tidak kurang juga yang memilih untuk duduk di rumah mengulangkaji pelajaran.ada juga yang menebarkan sayap untuk mengutip butir-butir mutiara ilmu dengan menghadiri kelas-kelas tafaqquh..tidak kira di mansoura atau di mana sahaja..
perancangan cuti saya tahun ini:
perlu menyiapkan soalan past years yang sebelum sekolah bermula.
cover setiap topic sebelum sem baru bermula.
hafal structure untuk biochem..dan kena stdy biochem sampai hadam.
buat jadual hafazan.
kemas kini file dan bilik.
belajar buat nasi dagang dan laksa.(tak pernah buat)
ziarah dan program yang akan dihadiri:
maarah kutub (cairo international book fair) - 31 jan
dream park dengan budak2 yt - 31 jan.(tak dapat hadiri kerana kena gi maarad kutub)
ziarah baby kak hajar - 31 jan
jaulah ke turki (2feb-6feb)
seminar ibadah pesakit, kelahiran dan kematian - 11 dan 12 feb
semoga apa yang saya rancangkan dimudahkan oleh Allah dan dapat saya penuhi cuti saya dengan aktiviti yang bermanfaat.
kepada cik arah,cik nut dan nadiah selamat pulang ke malaysia.kirim salam saya buat keluarga kamu semua.have a nice holidays.hayati nikmat anda bersama keluarga.jangan lupa pulang dengan semangat baru nanti ye.
p/s:
malam ni akan bertolak ke mator (airport) untuk hantar cik arah,cik nut,nadiah dan yam.
tidur di rumah terengganu.
esoknya ke rumah kak hajar.
kesan kejatuhan empayar Uthmaniyyah
wanna share with you all this videos about khilafah..hope dat all of us can get benefit from it!
part 1:
part 2:
part 3:
part 4:
Thursday, January 29, 2009
last exam
hari terakhir exam..biochemistry.exam kami adalah yang terakhir antara semua pelajar medic di mansoura.huhu.rasa tertekan juga sebab kawan-kawan yang lain semua dah habis exam.rasa macam nak putar je jam supaya dapat habiskan exam dengan cepat.
tapi persiapan untuk menjawab masih tidak cukup.masa gap yang sedikit untuk menghafal semua perkara adalah mustahil.saya cuma berusaha semampu mungkin mengingati fakta-fakta yang masih tidak kemas.preparation yang saya rasakan kurang berpuas hati dan kurang berkeyakinan untuk menjawab dengan baik.
tambah-tambah dengan konflik dan emosi yang kurang stabil dalam minggu ini.saya pun tidak tahu mengapa saya jadi begini.rasa hendak marah dan macam-macam perasaan bercampur menjadi satu menyebabkan kepala saya sesak.saya memilih untuk berdiam diri dan senyap sahaja.mungkin itu jalan terbaik yang dapat saya fikir pada masa itu.
kesian kat housemate.saya pun tidak mahu berbuat demikian kerana saya tahu berdosa jika kita tidak bercakap dengan sahabat selama 3 hari.saya hanya fikir jika saya bercakap saya akan mengeluarkan perkataan yang tidak baik,marah-marah orang...lebih baik saya diam.kurangkan dosa.dari lukakan hati orang dengan kata-kata lebih baik saya diam.
berbalik pada exam.pagi itu saya pergi ke dewan exam dengan amani.kami sampai di u lebih kurang setengah jam sebelum exam bermula.amani membacakan doa supaya kami dapat menjawab exam dengan baik.
dapat sahaja kertas exam..saya teruskan menjawab dengan membaca bismillah.tanpa menghiraukan keadaan dewan yang bising dengan karenah makcik arab marah budak-budak arab yang meniru.mereka ni kalau nak tiru pun pandai-pandai la cover line.ni main panggil kawan dia pastu terus tanya jawapan secara terang-terang.
keluar sahaja dewan..ramai yang mengeluh kerana exam biochem pada hari itu susah!..saya pun rasa macam nak pecah kepala by the time nak kuar dewan.dah la soalan itu tak de dalam buku mcq.every questions need us to think carefully.need us to identify every single things.ya Allah bantulah hambaMu..Kau berilah yang terbaik buat kami.
ada 50 soalan.30 soalan mcq yang sangat mencabar.10 soalan cross matching dan 10 soalan short questions.masa diberikan sejam.masa yang diberi tidak mencukupi.ada soalan short questions yang saya tidak jawab dan soalan lain banyak yang saya tembak sahaja.huhu...
lepas exam kami ke pizza party membeli pizza pesanan cik arah.dia mahu memberikan pizza kepada jiran bawah kerana menolongnya hari itu.cik arah dan cik nut ke sikkah untuk membeli barang2 untuk pulang ke malaysia.lepas itu amani berjalan ke rumah adiknya.saya yang kepenatan hanya ingin pulang ke rumah.
on da way back saya membelikan 3 kuntum roses untuk housemate sebab dah janji nak berikan setiap seorang sekuntum selepas merdeka dari exam!
ya Allah berilah yang terbaik untuk result exam kami..
happy hols semua...(^_^)
Tuesday, January 27, 2009
3rd exam
hari ini merupakan exam ke 3 saya.ade satu lagi paper untuk biochemistry this thursday.maka merdekalah saya dari exam dunia dan bermulalah satu lagi episod kembara cuti-cuti di mesir.begitulah adat selepas exam ada sahaja program yang dianjurkan.bukan sedikit tapi banyak.bermula dari peluang untuk menambahkan ilmu hinggalah kepada aktiviti untuk mereleasekan tension selepas penat lelah dalam fatrah imtihan.
ramai antara pelajar-pelajar di sini tidak melepaskan peluang untuk berputaran di bumi mesir yang terkenal dengan sejarah para nabi dan berhala-berhala.cuti winter break juga merupakan satu peluang kepada warga penuntut bumi mesir kerana padanya ada satu pameran buku tahunan peringkat antarabangsa.kalau nak cari kitab-kitab agama dan buku medic time nilah paling best..boleh dapat dengan harga yang murah dan pelbagai pilihan.
berbalik pada exam saya pagi tadi.hari ini saya bekalkan diri cukup dengan air kosong.rasa tidak lalu dan apabila makan chances untuk keluar balik adalah tinggi.so baik tak yah makan.bersiap dan terus ke dewan exam.cuak sangat dengan histo.dah la banyak dan masa gap yang sedikit.saya tak sempat habiskan semua.sekadar berusaha mana yang mampu.buat yang mana saya mampu je.kalau kita mampu buat yang tu jangan tinggal yang tu.
if kita duk berkejar nak grab yang mana kita rasa tak sempat,tak guna..nanti akan berciciran.berusahalah sekadar yang kita rasa kita yakin akan dapat buat yang terbaik untuk exam tersebut.exam tadi ade 21 soalan mcq.4 soalan cross matching dan 5 soalan short questions.tahun ini adalah tahun pertama soalan short question dibuat.saya yang tidak tahu bagaimana format untuk short question ini hanya mampu sekadar membaca dan mengagak apa yang masuk exam.
sedikit keburukan apabila menukar format peperiksaan menyebabkan ramai yang terpinga-pinga tanpa sebarang panduan.sebaliknya dengan adanya soalan short question mengajar kami supaya rajin-rajin membaca.buku hafal buku mcq semata.think positive!
tahun saya adalah tahun ekperiment agaknya.semulanya hendak baru.teringat masa saya darjah 3.masa itu PTS diperkenalkan.tahun saya adalah yang mula-mula peperiksaan itu dibuat.namun kini PTS telah dimansuhkan dan diganti dengan sistem pembelajaran sains sejak dari tahun satu tetapi dalam bahasa inggeris.
kemudian bermulalah dengan sistem peperiksaan di sekolah-sekolah menengah.format peperiksaan diubah untuk memajukan sistem pendidikan itu sendiri.tetapi tahukah anda pelajar-pelajar dan guru-gurulah merupakan insan yang teruk terkena impak kesan dari perubahan tersebut.
so kita sebagai generasi pelapis kenalah belajar dari kesilapan orang-orang dahulu.jangan ikut jika ada keburukan tetapi jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk membetulkan kesilapan.sejarah tak mungkin berulang.tapi sejarah mampu dicipta dan diolah oleh insan-insan yang ada sekarang...
jom kita setady biochem..one more..chayok!ookk..senafas lagi..hehe..esk budak 3rd akan hbs exam..wish u all da best!
ps:
sampai ada yang nk termuntah,nanges,bad mood,emosi down,motivasi pun down..segala macam benda la yang berkecamuk dalam minda.penyakit 'gatal' pun ada time2 exam ni..nak pinang orang,minat kat orang tu,nak kawen la..
check diri anda..kalau ada perasaan itu lepas exam ni..btollah tu anda sedang kemaruk cinta.so cepat2 cari resolusinya.
yang emosi tengah down..carilah semangat dan kekuatan dengan Allah.belajar medic ni bukan senang.belajar tentang sebaik2 penciptaan.so apapun hendaklah bergantung penuh dengan PENCIPTA manusia itu sendiri!
Sunday, January 25, 2009
2nd exam
alhamdulillah hari ini exam kedua saya telah berakhir untuk subjek anatomy.tinggal lagi 2 subjek pada selasa dan khamis ini.soalan banyak yang keluar dari buku mcq.alhamdulillah.thanks Dr.Sawwy atas nasihat supaya baca buku mcq sampai hadam.
exam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir 45 minit kemudian.ada 35 soalan mcq dan 10 soalan true and false.alhamdulillah semuanya dijawab dengan yakin dan tinggallah tawakal untuk Allah memberikan yang terbaik buat saya.
pagi-pagi lagi saya breakfast dengan fatira (roti canai ala-ala mesir) dengan kuah kari.saya dan farah bertolak ke kuliah sekitar jam 9 pagi.cuaca hari ini agak sejuk jika dibandingkan dengan hari sebelumnya.
pulang dari exam kami singgah di kedai tokmiyyah (makanan arab) membeli kentang goreng.kemudian mahu singgah membeli bunga disebabkan cik arah dah habis exam.tapi malangnya kedai bunga tutup.next time ye arah!
semalam saya dikejutkan dengan berita salah seorang penuntut terengganu meninggal dan disyaki punca kematiannya adalah tibi.al-fatihah kepada Allahyarham Muhammad Hatta.jenazah beliau akan diterbangkan ke malaysia hari ini.cukuplah mati itu sebagai peringatan buat kita yang masih hidup.
dibawah ini saya nukilkan sedikit apakah itu penyakit TIBI.artikel ini diambil dari web Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Tibi merupakan sejenis penyakit yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN jika tidak dirawat.
Tibi disebabkan oleh kuman halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat hanya denganmenggunakan mikroskop.
Kuman Tibi biasanya menyerang PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh terjejas.
Tibi Paru-paru (atau TlBI PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan manusia.
BAGAIMANA TIBI MEREBAK?
Tibi merupakan sejenis penyakit SEBARAN UDARA.
Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif itu batuk.
Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk beberapa ketika.
Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi
Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.
GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI
- Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.
- Kahak mungkin mengandungi darah.
- Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.
- Mudah letih dan berasa lemah.
- Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.
- Hilang selera makan.
- Kurang berat badan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU MENGESAN TIBI PULMONARI?
Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman Tibi.
Ujian kahak boleh dijalankan di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.
X-ray dada mungkin boleh membantu.
RAWATAN TIBI
Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya RAWATAN HARIAN SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.
* Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.
Jika rawatan ini diikuti SECARA TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.
BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?
IMUNISASI BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.
Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun kebawah.
Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.
Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.
Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
NASIHAT UMUM
- Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.
- Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udarayang sempurna mencegah Tibi dari merebak
- Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.
- Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.
BERTINDAKLAH SEGERA
untuk mereka yang berada di mesir jagalah kesihatan anda.prevention is better than cure.TB is preventable disease. Since prevention is better than cure, here are some tips we can practice to prevent this contagious disease :Rawatan segera menyelamatkan nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit
1. Makanlah makanan berkhasiat, tidur yang cukup dan senaman yang konsisten untuk memastikan immune system kita berfungsi dengan baik.
2. Pastikan anda pernah mengambil suntikan BCG. Walaupun kajian terbaru mengatakan bahawa BCG is no longer beneficial, but this is one of the preventive step.
3. Avoid the crowd.Di Mesir terutama Cairo, kita sering terdedah pada orang ramai. Contohnya ketika naik bas atau metro. Berhati2. Stay away from people with uncover their mouth during laugh, cough and sneeze.
4. Jangkitan TB selalunya asymptomatic (tiada symptom).
TB selalunya menjangkiti peparu kita. Jadi BATUK selalunya adalah symptom awal. Symptoms lain yang berkaitan adalah :
1.batuk selama 3 minggu atau lebih dengan kahak berdarah ataupun tiada warna.
2. turun berat badan
3. keletihan
4. sedikit demam
5. berpeluh di waktu malam
6. rasa sejuk
7. hilang selera makan
8. rasa sakit ketika bernafas atau batuk.
9. Jika anda mempunyai symptom2 di atas, jumpalah doctor. Takut terlambat pula nanti.
jom kita study untuk subjek seterusnya!mission to mumtaz is still activate..berusaha sehinggalah ke titisan dakwat yang terakhir.doa2 sama berjaya.bukan senang nak senang!kalau tak dah ramai jadi doktor..(copy ayat abah cik nuT)
ps:
thnks yang pass info pasal tibi semalam kat ym.
to kakpah..hehe.tahun ni dah takde amik bulat2 dari mcq.tapi kalu bace mcq tu still boleh jawab la.main pusing2 tang tu jugak.pi mai pi mai tang tu la..hehe
Thursday, January 22, 2009
1st exam
bismillahi walhamdulillah...
syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah berjaya melepasi satu subjek untuk mid-year exam semalam.walaupun saya kurang yakin saya dapat menjawab dengan sepenuhnya tapi saya serahkan tawakal saya pada Allah kerana Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat saya.
tahun ini format exam berubah wajah.berbanding tahun lalu yang hanya perlu hafal berpandukan buku mcq semata-mata.tapi tahun ini soalan yang keluar tidaklah sepenuhnya dari buku tersebut.so kalau dapat mengalisis soalan mcq yang beratus tu rasanya tidak la terlalu sukar untuk exam yang sebenar.
ada 30 soalan mcq aka abcd dan 40 soalan true and false.mcq diambil bulat-bulat dari buku mcq.hanya ada 2 atau 3 soalan yang diambil dari sumber luar.kalau tahun lepas,untuk soalan true and false, satu soalan diberikan dan kita hendaklah menentukan sama ada jawapan abcd yang dibawah itu pernyataannya betul atau salah.tahun ini hanya diberikan satu pernyataan dan tentukan sama ada soalan itu betul atau salah.
begitu juga untuk tahun-tahun lain.contohnya 3rd year.kalau tahun lepas hanya soalan mcq tapi tahun ini ditambah dengan soalan isi tempat kosong dan short questions (short essay).apa pun format yang diberi, sebagai pelajar kita hendaklah sentiasa bersedia dengan senjata (ilmu) untuk kita berperang (exam).
format exam yang berubah selari dengan peredaran zaman untuk mencapai standard pendidikan bertaraf dunia.ye ke?mungkin orang-orang mesir mahu berubah?dunia dah maju zaman dan berubah (iklan berita harian).kalau sistem sahaja yang berubah, tapi sikap dan perangai mereka tidak juga mahu berubah bagaimana?Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang berubah!
ok friends,its time to pulun anatomy habis-habisan.jom!
ps:
today is my bestfren at maahad besday iaitu cik akmal.sanah helwah ya zamilati.(sejak bile ntah saya sekolah kat maahad.tapi tulah uniknya perkenalan kami.berkawan sampai ade orang ingatkan saya sekolah kat maahad)
thanks to cik nuT yang menaja breakfast saya semalam.roti + peanut butter + madu.sedaaaap!!habis semasa on da way nak gi exam.i have some habit dat i can't eat before exam nanti mulalah nak keluar balik.alhamdulillah semalam boleh buat alas perut n dapat jawab dengan perut tidak berbunyi!
Monday, January 19, 2009
salam imtihan buat semua
salam imtihan buat semua warga PERUBATAN seluruh mesir khususnya untuk sahabat-sahabat di bumi mansoura.ada di antaranya yang telah bermula sesi imtihan mereka dan ada anataranya pula akan bermula selepas tamat winter break.
apa pun kiranya berusahalah dengan sesungguh-sungguhnya.kemudian sandarkanlah usaha kita kepada Allah kerana setiap usaha kita adalah kurniaan Allah juga.jika Dia tidak memberikan kita kekuatan mana mungkin kita mampu melakukan.jika Dia tidak mengurniakan ilmuNya mana mungkin kita mampu memahami ilmuNya yang luas lagi banyak...
saya ingin mengajak sahabat membaca satu post di blog en.zaim (hyd) yang bertajuk teruji dengan ujian.selain itu satu post dari kila sempana exam: exam dan fitrah.sangat bertepatan dengan fatrah imtihan yang berserabut di kepala..sharing is caring!
Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan jika mereka menggunakan potensi mereka secara optima. Oleh kerana peperiksaan mementingkan ketepatan maka pelajar mesti membuat persediaan dengan penuh kepastian bukan sekadar asal belajar sahaja.
Sikap dan pemikiran yang positif, cita-cita atau matlamat yang tinggi, motivasi diri yang sentiasa menggunung, teknik belajar dan ulangkaji yang sistematik, pengurusan masa yang berkesan dan latihan yang berterusan adalah prasarana yang membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang.
Tidak ada jalan pintas untuk kejayaan (there is no short cut to success).
“If you want to get the results that winners get, you must first think like a winner thinks”.
(Dr. Staples W.D.)
Ilmu & prestasi adalah ibadah.Jika tidak diusahakan dengan serius tidak akan kau raih.Ilmu tidak bisa diraih dgn bermalas-malasan. Prestasi & kesuksesan tidak akan diraih kecuali dengan pengorbanan penuh fikiran,tenaga & perasaan.
Tiada seorang juara dalam bidang apapun untuk mendapat kebahagiaan & kejayaan dunia & akhirat kecuali ia pasti seorg pejuang yang ulung.kalau ingin mendapatkan ilmu yang cukup,berprestasi & sukses,bangkitlah,bersemangt manfaatkan waktu sebaik-baiknya & gigih berjuang..itulah jalan menuju kejayaan brsama MARDHATILLAH..(habiburrahman el-syirazy)...aim 4 the highest,its never to late,until its too late...
Adakalnya DIA mengambil semula sebelum sempat memberitahu,kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
Tunjangkn resah dalam SOLAT,
himpunkan peritmu dengan DOA,
tutupi kekecewaan dengan TAQWA,
nilaikn kesucian diri melalui KEIKHLASAN HATI...
SALAM IMTIHAN SAHABATKU,ADIKKU,..UHUBBUKUM FILLAH..sama-sama buat yang terbaik.why others can do it..why not me??can i??dare to dream for the stars..M.U.M.T.A.Z!!! ameen..
ps:
to adik2 yt di ainshams sila jawab exam dengan baik.jgn takut2 ye..senior2 doakan yang terbaik..
to super senpai mansoura gud luck exam ari ni. (19jan)
to 3rd year..gud luck juga!!selamat mengapal obat..meraih semangat kila..asma kata dia dah hbs bace so saya pun kena habis baca gak! (20jan-kul12)
to 2nd year..all the best..smoga Allah bantu kita semua..(21jan-kul 10)
to 1st year..bittawfeeq wanajah..(20jan-kul10)
n kepada en.nurilahi dan cik.hanisah abd rahman belated besday to both of u..share the same date of birth (17jan)..smoga pjg umur,murah rezeki,berjaya di dunia n akhirat..
Saturday, January 17, 2009
kisah nabi ibrahim
Bantu Palestin! - Doa infa' boikot ingatlah kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu.
kemudian, burung itu ditanya, "kenapa kau menyusahkan diri dengan membawa air yang sedikit itu untuk memadamkan api yang marak membakar nabi ibrahim itu?engkau tidak akan dapat memadamkan api tersebut dengan hanya air yang sedikit!"
tetapi burung itu menjawab "aku tidak mahu di akhirat kelak apabila ditanya apakah yang aku lakukan apabila nabi ibrahim dibakar? sedangkan aku tak berbuat apa2" jika burung yang tak diazab pun berusaha sampai begitu sekali, inikan pula kita apabila saudara seakidah kita diBOM di palestin! ingatlah bukan hasil yang ALLAH mahu, tapi usaha kite!
Tika aku minta bantuan, Tuhan beriku peluang kerana melaluinya aku mula mencuba. Tika aku minta kejayaan, aku diberi kegagalan.Kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.Tika aku minta kekuatan, Tuhan berikan kesukaran.Kerana melaluinya ,aku membina kekentalan diri dan tika ku minta ketabahan, Tuhan beriku rintangan, kerana melaluinya aku teruji. Betapa berharga segala yang ku alami, kerana Tuhan tak memberi apa yang ku minta tapi akumenerima segala yang ku perlukan. Itulah bahasa Yang Maha Esa...
berusahalah wahai diri..ada lagi masa.so jangan buang masa.pulun habis-habis.hafal sampai hadam betul.fahami setiap patah kata..insyaAllah Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.ameen!
ps:
to aida sory i didn't mention your birthday here.for the special request..so i wish u once again here..
to intan (090109 - cantik no ni) and aida (10jan09):
hepi belated besday.smoga kamu berdua panjang umur,murah rezeki,berjaya di dunia n akhirat.may Allah guide both of u and bless u forever...ameen!
blog ni da jadi tempat wish besday plak.hehe.ni je la yang saya dapat buat.nak beli hadiah ramai sangat..tak cukup badjet.ade sape2 yang tertinggal utk bulan jan yang telah lepas??
yg upcoming besday tunggu wish anda...
Friday, January 16, 2009
warkah rindu buat sahabat
sudah lama saya tertangguh entry ini.sory ye cik as,kini and semua orang di uia kuantan.hehe.hampir 3 bulan saya menangguhkan cerita ini.cerita tentang kisah saya berjalan-jalan raya di main campus uia kuantan.
seperti yang sedia maklum campus kuantan yang terletak di indera mahkota mengumpulkan rata-rata sahabat-sahabat saya dari sekolah menengah, darul Quran dan pusat asasi matrikulasi uia di petaling jaya.ramai sangat orang nak jumpa!
ini berikutan cadangan cik as mengajak saya ke kuantan.rindu lama tak jumpa katanya.hampir 2 tahun rasanya tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat satu sekolah selepas saya berangkat ke mesir.cik as siap nak call ummi minta persetujuan.dia cakap naik bas or suruh ayah anta sampai kerteh pastu ikut dia balik ke kuantan.
saya berkesempatan ke sana selama 2 hari satu malam (ye ke?cam tak cukup betul-betul 2 hari tu).itu pun selepas saya puas memujuk ummi dan ayah untuk ke sana.hajatnya mahu tinggal seminggu.tetapi disebabkan persiapan saya untuk pulang ke mesir masih belum lengkap so terpaksa la tinggal 2 hari.selepas merajuk habis dengan parents.tak puas jumpa dengan mereka!
along the journey
saya bertolak ke sana pada petang hari raya ke 4 menaiki kereta viva putih cik aina.pada mulanya hanya saya dan miftah sahaja yang mengikuti convoi cik aina bersama nik dan kak nik,peidi and the gang.kerana jah telah membeli tiket bas pada pagi tersebut untuk pulang ke sana.disebabkan ramai yang mengikuti convoi si jah ni dengan selambernye melepaskan tiket bas tersebut untuk naik bersama kami.hehe.jah2..
bestnye kami convoi.gelak sakan dalam perjalanan.aina berhati-hati memandu kerana pada hari tersebut masih ramai warga kota yang bersesak untuk pulang ke kuala lumpur.di sepanjang perjalanan kami melihat beberapa kemalangan ada yang teruk dan ada yang biasa-biasa.kami berjalan dengan kelajuan yang minium 80-100km/jam mengikut laluan trafik.semasa dalam perjalanan cik as message cakap jpah accident dan menyuruh kami berhati-hati di jalan raya.pada masa itu as sudah sampai di uia.
saya pun bertanya kepada azuwan (bersama jpah menaiki kereta seorang senior sekolah) betol ke accident?teruk tak?azuwan cakap takde lah teruk pun.langgar bontot kereta depan je.kereta yang teruk.mereka alhamdulillah selamat.so oleh kerana semua orang kelaparan sepanjang perjalanan kami pun singgah membeli lemang kijal untuk bekal dalam perjalanan.selepas itu kami berhenti untuk solat jama' maghrib dan isyak.kemudian mencari dinner.kami berhenti di cherating.
oleh kerana tidak tahu kami telah berhenti di satu kedai makan.agak lama juga kami berada di situ.servis yang disediakan di kedai makan tersebut tersangatlah lambat.hampir sejam lebih kami menunggun.sampaikan orang yang datang dahulu dan kemudian dari kami ramai yang lari.sesampainya makanan kami mengeluh kerana makanan tersebut tidaklah sesedap mana pun.sekali lagi kami mengeluh semasa membayar makanan.mahalnya.after this da tak nak datang kedai ni lagi!
kemudian meneruskan perjalanan lagi ke campus kuantan.jalan raya sudah tidak sesesak tadi.oleh itu, si peidi dan nik memecut laju meninggalkan kami di belakang.sampai di satu simpang kami terlanjak dan terpaksa u-turn balik.nasib baik tak de kereta pada masa itu.agak jauh juga jarak kami pada masa itu.si peidi dan nik tunggu kami di depan.akhirnya selamat sampai di uia kuantan kira-kira pukul 10 malam.perjalanan memakan masa hampir 7 jam.huhu.
malam itu saya bermalam di bilik aina kerana roomate dia masih belum pulang.takut juga if ada spotcheck.kesian kat aina nanti.si as pun da pesan duk diam2 dalam bilik.as ada bertanya saya mahu mengambil kini di terminal bas pada pukul 5 pagi esoknya atau tidak.saya yang dalam keletihan mampu menolak.hehe.sory as tak dapat teman pagi tu.(nasib baik kini sampai esoknya.kalau tak ayah suh balik petang tu jugak.hari yang sama kini sampai)
1st day
hari itu mereka tidak ada kuliah.except cik as.dia ada lecture or lab i forgot already.pagi-pagi lagi saya bangun melangkah ke blok cik kini dan cik as.blok mereka sebelah je dengan blok aina.blok di uia dibahagikan mengikut course.mula-mula jumpa dengan as agak terkejut jugak tengok mak cik tu da sedikit berisi.huhu.suke.kalu dulu peluk dia hanya Allah sahaja yang tahu betapa kurusnya budak itu.dia tidak banyak bercakap dat time sebab mulut kena ulcer.
then gi la bilik kini yang serba biru.kini da chop dan pesan awal2 kalu mai kuantan WAJIB tidur bilik dia.kini plak semakin kurus.nama je budak diet..ape la kini ni,tak makan ke?duduk la kat bilik kini menunggu nenek tu plak bersiap untuk bawak saya campus tour bersama motorsikal.mula2 cam kelakar la plak.dah lama tak naik motor.dulu naik pun last masa form 5.dia bawak saya melihat pemandangan campus mereka dari kuliyah of medicine (nama glemer KOM) sehinggalah ke hujung kuliyyah of sciences.ada beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan seperti kuliyyah untuk budak farmasi dan tempat sukan.
kemudian kami mengakhiri perjalanan di KOM.singgah di cafe untuk mengalas perut sementara menunggu driver bawak pegi makan.hehe.banyak bercerita dengan kini.best.rindu time masa kat matric bercerita dengan lepas solat di musolla.sempat la tengok koop dan kawasan sekeliling kampus.kalau nak compare kuliyyah tibb di mansoura rasanya tersangat la jauh.tapi mansoura dalam proses mengislahkan dirinya.(u banyak dapat duit dari budak malaysia..huhu.sampaikan setiap pintu besar department telah ditukar dan dicat baru.tapi surau masih belum berubah.kenapakah demikian?)
then lepas as siap kami mengambil jalan keluar dari campus ke bandar kuantan.bermulalah ekpedisi menjelajah bandar kuantan.u know what saya sempat pergi ke 3 mall dalam masa tidak sampai 5 jam.mula-mula kami ke first mall (as betolkan tempat2 ni..lupe la) untuk mencari barang-barang komputer,sweater dan barang-barang yang masih belum cukup untuk dibawa pulang ke mesir.then ke 2nd mall pusing-pusing dan jalan-jalan.ntah ape yang dibuat oleh kami.hehe.dulu duk pj pun tak delah jalan sampai 3 mall.then ke last mall untuk makan dan solat.makan kat kfc then beli donut kat green apple (lupe lagi :P)
hari itu ummi and ayah dah brape kali call tnya dah beli tiket balik ke belum??saya malas mengangkat call.sbb tak nak balik dan sebagai tanda protes!petang itu juga sahabat-sahabat dq dulu sengaja mengadakan perjumpaan khas untuk saya.terharu.tapi tidak sempat dibuat kerana masing-masing sibuk dan budak2 medic n dentistry ada yang exam esoknya.tambahan pula saya dibawak lari oleh skulmate ke tanjung lumpur.
nyam2..jemput makan..thnk sume..nnt leh belanje lagi!
oleh kerana kakyah (cousin) saya tahu saya ke kuantan.nak tak nak terpaksalah saya ziarah ke rumahnya sebentar.si aina jadi driver lepas pulang dari mall.nak gi esoknya tapi kakyah kerja shif pagi di HTAA.so nak tak nak meredah malam pekat ke sungai isap.last skali saya ke kuantan samada saya sekolah rendah ataupun lower form.hampir tidak ingat di mana rumahnya.tapi alhamdulillah selamat la sampai di rumah baru kakyah.cantik.direnovate oleh ayah ngah sendiri.
then saya kami pulang ke campus.
selepas itu, saya meluangkan masa berjumpa dengan hannah (ex-dqmate) di blok budak farmasi.naseb baik bilik hannah rendah je.bercerita ngan hannah banyak perkara.berita terbaru sahabat2 dq.then,hannah bawak jumpa tikah,hajar dan hasanah.tikah adalah rakan baik saya di dq.selalu tdo biliknya.rindu kat kek cokelat mak ko la tikah.sempat bertukar-tukar cerita sekejap dengan mereka.rindukan sahabat hamlatul quran.ukhuwah di dq masih terpahat utuh di hati.ukhuwah yang masih sukar saya cari yang setanding dengan mereka...
hannah kate blok yang dekat dengan bukit ni selalu kera masuk curi makanan.pastu saya ke bilik jah (blok budak medic).penuh dengan buku-buku.yang pasti bilik tersebut mencerminkan betapa sibuknya budak2 medic di malaysia.hehe.then message la cik kini suh amik saya di bilik jah.sebab tak tahu nak balik ke bloknya.dia mai amik dengan sanah.dalam perjalanan ke bilik kini, mereka sempat kenalkan saya dengan blok si islah dan hanis (tak sempat jumpe mereka..sedey).sambung bercerita dengan kini plak.dah lewat malam.tapi tak lama masing2 dah ngantuk..so kena la tdo.kini pun tak sihat time tu.dia demam.saya ajak dia tdo skali tapi dia tak nak.dia suh saya tdo sorang atas katil dia.dia tdo kat katil kak najwa (roomatenya yang belum pulang-she's also my senior in dq).lena saya dalam kebiruan katilnya..
2nd day
tak banyak yang kami lakukan.saya berjanji hari itu untuk keluar dengan kini dan sanah.orang lain tak leh kaco.hehe.mula2 kami keluar breakfast di luar.makan mee hoon sup.then teman sanah ke klinik untuk amik mc.berjalan di sekitar klinik tersebut.masuk kedai keluar kedai.tengok barang.shopping barang..komen itu dan ini.hehe.
lepas itu kami pusing-pusing sekitar kawasan luar campus.cik as bawak tengok tasik yang diaorg jogging.tengok kawasan hostel budak2 lelaki dan kawasan berhampiran.hope to go to dat tasik..tapi tak sempat..kena datang lagi ni!
at last kami balik ke campus untuk saya berkemas.saya tinggalkan mereka sedikit buah tangan.pada mulanya jah nak anta saya.dia tak de kelas pada petang itu.tapi si aina plak last minute ada lab.so saya pun dengan terpaksa turun dan naik ke kereta aina untuk ke terminal dan saya hampir tidak membawa beg.sebelum itu saya berjumpa dengan syikin denan dan anis.amik gambar dan syikin bagi saya 2 biji gula-gula yang saya bawak sampai ke mesir.saya menelepon cik as untuk membawa beg saya ke terminal.hehe.hampir berdalih dan berbohong mengatakan saya tertinggal beg.
padahal mahu menjaga hati budak jah n aina untuk hantar saya.tersepit pada masa itu.as da pesan awal-awal kalau jah aina n mif tak dapat hantar dia nak hantar sebab memang dia tak de kelas pada petang itu.kini da saya salam awal-awal sebelum dia ke kelas.sory ye as.si as ni siap beber lagi kat saya..hehe.tak pelah..last2 dua-dua dapat hantar.sorang hantar tuan beg.sorang hantar beg.si as datang dengan najwa,tunggu sampai saya naik bas.
viva hijau yang berjasa.driver cik as.juge ade spongse bob lagi satu.
sampai malam itu kat rumah dalam keletihan.rupenya ayah teh, mak teh,tokmak dan cousins menunggu di rumah untuk berjumpa saya.sory atas ketidak layanan saya pada malam itu.sedikit bad mood dan keletihan.huhuhu...
berakhirnya cerita saya di uia kuantan, kampus indera mahkota.hope to go there again next time.so saya kena belajar rajin-rajin supaya lulus exam dan dapat pulang awal ke malaysia.tapi ayah dah pesan tak boleh balikt this year?camne nih??
salam rindu dari bumi kinanah buat sahabat-sahabat di kuantan~
do pray for my exam this coming wednesday..mengharapkan sedikit nasihat dan kata-kata semangat dari sahabat sekalian...
ps:
lenguh tangan menulis...harapnya cik as puas hati..apabila rindu bertandang sanggup menulis sampai 5 pages!!!
Thursday, January 15, 2009
sahih atau tidak?
salam mujahadah sempena imtihan yang menjelang.lately semua orang sedang mengadap buku.berjihad untuk tidak membuang masa.kalau boleh buku dibaca semasa tidur saya pasti semua orang akan berbuat demikian.dalam kesibukan kita menelaah pelajaran jangan dilupakan kita pada Pemilik Segala Ilmu dan saudara-saudara kita di Palestin.jangan lupa tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba dan tanggungjawab kepada saudara seislam.updatelah dengan perkembangan dan kronologi yang berlaku.
jangan kita sibukkan diri dengan mengforwardkan benda yang belum tentu kesahihannya.macam yang berlaku kepada saya sebentar tadi.ada orang menghantar satu link yang menunjukkan statistic sokongan kepada israel atau palestin tetapi disebabkan rasa marah dengan kekejaman yang dilakukan israel kepada bumi al-quds saya dengan cepatnya meng'klik'kan link tersebut tanpa usul periksa.ya Allah,kau ampunkan dosaku kerana telah menyumbang untuk mereka yang laknatullah.
selepas ini hendaklah kalian dan saya berhati-hati dalam setiap yang kita lakukan untuk mengelakkan benda-benda tersebut dari berulang kembali.try check di mana dan dari mana berita itu berakar umbi.sila klik link ini untuk pembacaan lanjut.
hari ini baru saya chat dengan seorang ex-skulmate yang akan habis belajar pada bulan april ini.huhu.ini merupakan sem terakhirnya di university malaya dalam pengajian bioteknologi.alhamdulillah.teruskan perjuangan anda dalam medan ilmu.moga dapat terus menyambung master.ameen.ada pula yang tengah membuat di praktikal di syarikat-syarikat dan pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta.nanti kalau dah nak kawen jangan lupa orang di sini ye!
ramai sudah sahabat-sahabat seperjuangan semasa di sekolah dahulu yang telah dan akan tamat tempoh belajar dalam masa terdekat ini.untuk saya yang insyaAllah masih berbaki 4 tahun setengah terasa semacam lama.tapi tanpa sedar bahawa telah lebih dua tahun setengah saya menetap di bumi kinanah ini.serasa baru semalam menjejakkan kaki di tanah arab ini.sekejapnya masa berlalu.doakan saya terus tabah dalam mengutip debu-debu ilmu yang berterbangan di mesir dan akan saya taburkan kembali di malaysia.
"untuk mendapatkan madu kita perlu mengharungi gigitan lebah yang berbisa,seperti itu juga utk mendapatkan kejayaan perlu mengharungi jalan yang berliku"
"manusia ada 24 jam sehari,maka hitungan 8 jam utk ibadah,8 jam utk berehat dan 8 jam berikutnya utk belajar@kerja(imam ghazali) adakah ibadat kita sebanyak 8 jam sehari??
"biarlah susah utk 4 hingga 5 tahun untuk belajar tetapi untuk kejayaan pada jangka masa 50 hingga 60 tahun akan datang"
kepada sahabat-sahabat yang akan exam teruskan perjuangan anda.jangan mudah putus asa.kembalikan stiap usaha, doa dan tawakal anda kepada Allah.jangan merasa keseorangan semasa berjuang (walaupun kita rasa semacam sahabat-sahabat sekeliling meminggirkan kita) kerana kita ada Tuan yang paling dekat dengan kita.mintalah kekuatan dariNya.
sekadar renungan:orang yang menuntut ilmu terbahagi kepada 3 golongan
pertama: orang yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu atau mengaji.selalu menghadiri majlis ilmu tidak kira di mana.dia akan dirahmati oleh Allah.
kedua: orang yang malu-malu dalam menuntut ilmu.dia hadir dalam majlis ilmu tapi dia tidak mengambil tempat di depan.sebaliknya duduk di belakang atau celah-celah dan belakang tiang.disebabkan itu Allah malu untuk mengazabkan dia di akhirat kelak.
ketiga: orang yang berpaling dari menuntut ilmu.dia tidak hadir dan tidak berusaha untuk mencari ilmu.maka Allah akan berpaling dari dia.moga kita dijauhkan dari golongan yang ketiga ini.
sebelum mengakhiri kalam untuk kali ini,sama-samalah kita tengok video di bawah.moga ada sedikit manfaaat.
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
16jan2009
sanah helwah untu izyan izzati mahzan.dah 20 tahun ek kamu?masih muda lagi.hehe.semoga kamu panjang umur murah rezeki berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
sanah helwah juga untuk mama balqis.hehe.nk cubit pipi balqis yang chubby.
14jan2009
hepi belated besday utk faiz di uia kuantan dan najwa anis dan dhamirah.
Sunday, January 11, 2009
sanah helwah
hari ini dikejutkan dengan surprise daripada seorang adik (family yt).hari ini merupakan hari jadinya yang ke 21.sudah dapat kunci kebebasan ye!sepatutnya kami yang membuat surprise, tetapi sebaliknya berlaku.dia message call ciknuT aka kak long untuk budak-budak yt tanya ada tak kat rumah?nak bagi makanan.huhu.ye en.khairi adam.sangat comey lagi baik..
jarang-jarang dibuat orang, belanja sahabat-sahabat makan pada hari jadinya.smoga kamu panjang umur,murah rezeki,berjaya di dunia dan akhirat,kepada sahabat-sahabat yang telah menyambut hari lahirnya.selamat hari lahir dan sentiasa berada dalam rahmat dan hidayah Allah sentiasa.especially to my dear friend yang saya kenal semasa sekolah rendah lagi..nani,anis dan dina.tidak dilupakan kepada en.zulkifli ahmad zainal abidin merangkap head boy smkatj pada tahun 2004.
smoga sahabat-sahabat sentiasa dalam jagaanNya.marilah sama-sama kita mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.(exam mode activate)-9 days more to go..
boycott israel!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
jom kita letak testi or gambar ini di blog,friendster dan di mana sahaja!
Thursday, January 8, 2009
Spinal Cord Lesion
hari ini adalah 11 muharam dan telah hampir seminggu kita dikhabarkan dengan berita tentang saudara seislam kita di bumi Palestin yang diserang oleh israel Laknatullah bermula pada awal tahun baru 2009.semoga Allah bersama jundullah di bumi al-Quds.
hari ini saya belajar central nervous system berkaitan tentang spinal cord lesion.ingatkah kita pada seorang sheikh yang memperjuangkan bumi al-Quds dengan hanya berkerusi roda?beliau telah syahid dibom oleh zionis yang takut kepada beliau.beliau tidak mempunyai perisai yang besar tapi hanya berbekalkan azam dan semangat serta akidah yang mantap untuk mempertahankan bumi al-Quds.beliau adalah sheikh ahmad yasin yang telah syahid dibom ketika beliau pulang dari masjid selepas solat berjemaah.
sheikh ahmad yasin mengalami salah satu keadaan tentang spinal cord lesion.sila ikuti penerangan di bawah:(untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini)
- when the spinal cord is completely transected at the upper cervical segments above the origin of the phrenic nerve; death occurs within few minutes from stoppage of respiratory movements.
- when the transection is below the origin of phrenics, life may be saved, but individual may develop the following stages:-
- stage of spinal shock
- stage of recovery of spinal reflex activity
- stage of failure of spinal reflex activity.
i) permenant loss of all movements mediated by the interruption of desending motor tracts.
ii) permenant loss of all sensations mediated by the interruption of ascending motor tracts.
iii) temporary loss of all reflex activity of the spinal cord, due to interruption of the desending facilitatory tracts.
dalam bahagian pertama yang melibatkan pesakit hilang daya gerakan atau kata lain tak mampu bergerak.aras keratan akan menyatakan kecacatan pada bahagian mana tubuh yang melakukan gerakan (motor).
- quadriplegia: transection of 4th and 5th cervical segments results in paralysis of all four limbs.(lumpuh pada bahagian tangan dan kaki).
- paraplegia: lesion in thoracic region below the 2nd segment spare the motor neurons of the brachial plexus and produces paralysis of the two lower limbs.(lumpuh pada bahagian kaki).
walaupun sahabat-sahabat rasa tidak mampu untuk memberikan apa-apa sumbangan kepada saudara seislam di Palestin namun paling kurang berdoalah untuk mereka.moga doa kita Allah sampaikan pada mereka.ameen!
اللهم ﺇنانجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك
يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
ps:
susahnya nak translate medical terms ke dalam bahasa melayu.macam mana nak terangkan kat pesakit nanti ye.
maafkan jika tersalah info dan sila tegur jika saya salah.
doa qunut nazilah didapati dari blog urwahabadi (link blognya tidak dapat disiarkan atas permintaan pemiliknya)
Monday, January 5, 2009
asyura dan kelebihannya
pejam celik pejam celik sudah hampir 9 hari kita berada dalam tahun baru hijrah dan sudah 5 hari kita berganjak ke tahun baru masihi.sekejapnya masa berlalu.masa pergi tanpa menoleh kembali.sesiapa yang lalai akan merasa rugi jika setiap detik tidak digunakan sebaiknya.
banyak amalan dan kelebihan di bulan mulia ini.bulan yang mana terdapatnya hijrah rasulullah dari bumi berkah makkah ke bumi madinah untuk menyampaikan risalah islam.tanpa mengira rintangan dan halangan rasulullah tetap mengatur strategi dakwah untuk mengembangkan islam.
pada bulan ini:
- 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit
Dari Ibnu Abbas r.a - '' aku tidak melihat Rasullah S.A.W mengutamakan hari puasa yang dilebihkan ke atas hari lain kecuali hari ini, iaitu Asyura & bulan Ramadhan''
Dari Abi Qatadah r.h bhw Rasullah S.A.W ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda ''Menghapus dosa setahun yang lalu''
<>
sahabat-sahabat jom kita berpuasa pada esok dan lusa (selasa dan rabu).smoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada tahun lalu.kenapa kena berpuasa pada 9 dan 10 bukan pada 10 sahaja.kerana puasa pada 10 muharam adalah mengikut orang-orang yahudi.so untuk membezakan antara islam dan yahudi, kita disunatkan untuk puasa pada 9 (tasu'a) dan 10('asyura).9 dan 10 atau 10 dan 11 tidak menjadi masalah.lebih afdhol 9 dan 10.perlu difahami di sini puasa 10 sahaja tidak dibenarkan.
taqaballahu minna waminkum taqabal ya kareem.smoga Allah menerima amalan kita pada tahun2 lepas dan tahun2 akan datang.insyaAllah.