Monday, June 23, 2008

::exam histology::

bismillahi walhamdulillah..

sory kerana lambat update..ampun dan maaf kerana tidak sempat mengupdatekan post untuk last exam saya yang berakhir 2 hari lepas..

banyak benda yang perlu disettlekan..kemas bilik..basuh baju..kemas nota buku dan segalanya..bilik sudah menjadi semacam tongkang pecah..sudah tidak macam rupa bilik..hehe..masa tidak menyempatkan saya untuk berbuat demikian..

hari last itu juga merupakan hari birthday housemate saya amani..hepi belated besday ye cik amani bucuk..

dalam hidup ada mula ada akhir..ada beginning dan terminationnya..exam saya sudah sampai ke penghujung.alhamdulillah..apa-apa pun semuanya telah berakhir untuk tahun ini.doa dan tawakal!!

bermula kisah histo..jom kita jelajah saat akhir peperangan exam!!

hanya 6 hari sahaja 'gap' selepas exam physiology hari itu.banyak yang nak kena baca.banyak yang nak kena hafal dan ingat. Light microscope (LM), Electron Microscope (EM), stain,nucleus shape dan sebagainya..menuntut segala effort untuk menghafal dan mengingat semua benda yang seakan sama.

betapa hebatnya kebesaran Allah dalam menciptakan manusia.setiap cell ada function dan jenis yang berbeza..bentuk juga berbeza."ahsani taqweem" sebaik-baik kejadian..hebatnya manusia..
tapi manusia jarang bersyukur..

dalam gap tersebut mood saya tidak berapa ok.hanya memerap dalam bilik.tak banyak cakap.senyap.rasa nak marah.rasa alone.segala macam rasa ada.namun ku gagahkan jua diri untuk terus melangkah..

ditambah dengan budak-budak tajaan yayasan terengganu ditawarkan bercuti ke ismaelleya pada sehari sebelum bermula exam.hati saya bernada cemburu.sedih.sebak.rasa macam ditinggalkan.tapi bila mengingatkan bukan saya seorang yang tidak pergi hati saya sedikit terubat.dalam batch yang datang bersama dengan saya hanya 4 orang yang tidak pergi.3 orang lagi adalah budak-budak dentist..hanya saya seorang budak medic..tibb bashari.

kuatnya penangan histo..nampak seakan mudah sahaja untuk subjek ini.mudah jika hafal dan ingat dengan baik.jika tidak ia akan menjadi susah..saya seakan trauma untuk exam kali ini.entah mengapa..tidak seyakin physiology..saya melangkah untuk exam histo ni..

21st june (first day)

pagi itu saya bangun seperti biasa.mengosok baju.bersiap dan solat dhuha sebelum pergi.kali ini saya tidak pergi bersama dengan amani dan farah.sebab mood saya kurang ceria lagi pagi itu.ditambah dengan rasa cuak untuk exam histo ini.pada masa yang sama ada ain di rumah kerana dia datang study di rumah saya.so mereka bertiga pergi bersama.

saya membeli air mineral di dalam perjalanan ke dewan exam kerana cuaca yang panas menyebab cepat rasa haus.sesampai di dewan exam tidak ramai lagi yang datang.kerana cuaca yang panas walaupun baru pukul 10 saya terus masuk ke dalam hall.duduk dan membaca nota-nota yang saya bawa.

exam bermula pukul 10.dijawab dengan bacaan doa dan bismillah.
alhamdulillah pukul 1 exam berakhir.selepas exam terus pulang ke rumah.panas terik tidak memungkinkan diri untuk terus berada di luar lama-lama.bahangnya hanya Allah yang tahu.dengan debu yang berterbangan..sesak!

untuk written saya sangat tidak berpuas hati dengan apa yang saya jawab.tidak ingat apa yang dibaca dan dihafal.namun saya ubati hati kerana ilmu itu milik Allah..bukan milik mutlak kita.Dia akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakiNya.yang penting tawakal..percaya dan yakin dengan Allah.husnu zhan denganNya.

sesampai di rumah saya dapat miskol dari cik didi yang ingin menghantar kami pergi exam pagi tadi.sedikit terlupa dengan mereka yang ingin menghantar memberi semangat kepada kami sebelum exam.tidak sempat berjumpa dengan mereka yang menghantar kerana saya hanya keluar selepas exam berakhir.maaf ye..

ada juga message dari cik nuT yang berada nun di ismaelleya memberi kata-kata semangat untuk housematenya yang exam.

22nd june (second day)

hari kedua mcq.tidak banyak yang boleh diceritakan di sini.bermula pukul 1 ptg.berakhir 30 minute kemudian.

ok la soalan dia hanya berkisar apa yang ada dalam buku mcq itu.alhamdulillah dan tawakal.

23rd june (third day)

hari last exam.oral.ramai yang exam hari ini dalam 400 orang.membuatkan department histo zahamah (sesak).

saya dan 3 orang lagi budak malaysia di'group'kan dalam kumpulan 12a.selepas tahu kami kena oral dengan dr mana kami menunggu giliran di depan bilik dr tersebut.tunggu punya tunggu pak cik tu kata tu Dr.Azzah duduk dalam bilik lain.beralihlah ke bilik itu.

sambil tunggu tu kami membaca mana-mana yang tidak ingat lagi.tiba giliran yam dengan zura masuk dulu bersama dengan seorang budak arab.sebelum itu giliran amani.

tiba giliran saya dan ghazi masuk.Dr.Azzah mulakan oral dengan tanya soalan pada ghazi.saya tidak dapat menulisnya dalam bentuk dialog kerana tidak berapa mengingati apa soalan yang di tanya.kebanyakan soalan yang ditanya berkisar tentang soalan written kami.

sedih bila mengenangkan saya tidak dapat oral.semua soalan yang ditanya tidak dapat dijawab dengan baik.kecuali satu soalan sahaja.function of type 1 pneumocyte (alveolar epithelium).semua soalan dan point yang saya ingat sudah dijawab oleh ghazi.sedih.bila doktor tanya pada saya, saya sudah kehilangan punca untuk menjawab.so senyap je la.

masih terbayang-bayang di mana letaknya jawapan untuk soalan itu dalam buku teks.namun ilmu itu milik Allah.tiada rezeki untuk oral histo kali ini.

buat akhirnya..sedih dan kecewa..

tawakal..doa banyak..moga-moga Allah tolong saya.saya mahu pulang awal menghadiri walimah ex-schoolmate saya.sudah lama tidak berkumpul bersama dengan kawan.

mohon doa dari kalian semua agar saya najah!!

bismillahi tawakal 'ala Allah..He knows best..


2 comments:

Anonymous said...

salam...
kamu faham ini ujian kn?
redhalah sambil mencari kunci buat membuka simpulan ini...
dlm situasi ini, pemeriksa exam oral ialah 'ahmad imtihan', ya, dia benar2 menjelma...bkn lg khayalan...
bkn masalah kita x baca atau kita lupa, tp kita dilupakan oleh ALLAH yg ingin menguji atau oleh hati yg tidak tenang ketika bersemuka dgn pemeriksa...
berfikirlah positif...sprtimana kita hadir exam oral utk kumpul markah, pemeriksa plak dtg utk sedekah markah, ALLAh pula pemegang kunci ketenangan dan barakah...

-idil-

izzati.abdullah said...

salam.
thnks -idil-
begitulah manusia.sentiasa tidak cukup dengan apa yg ada.
syaitan pula sentiasa membisikkan hasutan yg membolak balikkan hati untuk menyesali setiap ujian.
thnks again..