Sunday, June 15, 2008

Ahmad Imtihan + Nur Imtihanah

bismillahi walhamdulillah

tertarik dengan artikel mr.presiden tentang imtihan.siap ada nama lagi..ahmad imtihan..saya tambah sedikit jadi nur imtihanah..boleh jadikan pembangkit semangat utk kembali meneruskan perjuangan di medan menuntut ilmu yang tidak lari dari nama imtihan.

tidak kiralah sesusah mana pun imtihan yang kita hadapi jangan putus asa kerana imtihan dijalankan menguji setakat mana ilmu yang ada dengan kita.setakat mana kemampuan kita menguasai sesuatu subjek.berusaha setakat mampu..dan serahkan selebihnya pada Allah.

ikutilah kisah ahmad imtihan..moga bermanfaat..kepada penulis dan mr.presiden..thnks a lot for such a very good article..may Allah bless u all..

Tulisan Idil untuk dikongsi dengan semua...


Setiap soalan ada jawapan jika sungguh-sungguh dicari. Kita perlu menjawab beberapa persoalan hidup agar jawapan kepada persoalan-persoalan itu nanti mampu menjadi pemandu yang akan membawa kita ke destinasi impian semua; kejayaan.

Bagaimana anda memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.

Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan, membuatkan akalku ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Aku pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Aku yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan.

Setiap hujung tahun aku ingin menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun kubulatkan sebesar-besarnya agar aku sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapanku harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang aku menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkahku yang lesu dan kaku. Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usahaku mestilah dari awal sehingga akhir!

Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikanku kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluanku yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas aku berlari semakin dekat aku diekori. Saat aku berenggang dengan Tuhanku, aku pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu!

Cukuplah catatan ringkas ini aku garapkan. Hajatku agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan. Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita. Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Aku malu jika dilabel sehina itu!

Seandainya aku mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa aku sudah menjual seluruh hidupku untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelahku. Malah aku pasti, redha Tuhanku lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan. Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan!

(Dedikasi kepada tuan blog dan sahabat dunia akhirat yang lain)

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. saya telah menemumi imtihan dalam hidup saya. dan tentu di antaranya ada yang sangat berharga untuk terus dijadikan ibrah dalam menapaki hidup ini.

mungkin tidak ya manusia hidup tanpa imtihan?

Anonymous said...

saya sudah bertemu imtihan dalam dua bentuk sekaligus. ini berat juga bagi saya. ada saran?

izzati.abdullah said...

to maginda:

persoalan pertama:pendapat sy mungkin ada sesetengah yang bisa hidup tanpa imtihan dan mungkin juga tidak.tapi yang pasti hidup ini juga adalah imtihan ataupun ujian.

ujian utk menguji iman dan taqwa kita kpd Allah.utk kita dihadapkan di imtihan terbesar manusia iaitu imtihan di hari akhirat.sudahkah kita bersedia utknya?

kita selalu bersungguh utk imtihan dunia..tp imtihan besar itu selalu dilupakan.

saran sy lihatlah imtihan dari sudut yg +ve.nilai dan teliti setiap yg berlaku.pasti ada hikmat yg tersembunyi.pasti ada aturan dan perancangan yg tbaik buat Allah utk kita.

'ihfazillah yahfazka'.jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu.