Friday, June 13, 2008


ibu gemilang

Didikan agama sempurna rahsia kejayaan 7 anak jadi doktor pakar

KUALA LUMPUR: Lahir dalam sebuah keluarga Cina yang hidup susah sehingga diserahkan kepada keluarga angkat Melayu sejak usia tiga bulan, tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita untuk mendidik semua tujuh anaknya menjadi doktor pakar.

Anis Abdullah, 65, bekas guru Sekolah Kebangsaan Parit Raya, Muar, menganggap menjadi Muslim memberi rahmat kepadanya untuk memberi didikan agama terbaik kepada anaknya yang terdiri daripada dua lelaki dan lima perempuan.

Kini beliau dan suami, Md Noh Yunos, 70, bekas ketua kerani, berbangga kerana anak dan lima menantunya menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang di hospital kerajaan dan swasta selain ada yang membuka klinik sendiri.

Dua lagi menantunya, bekerja sebagai akauntan dan ahli geologi .

Hasil kegigihannya mendidik anak dengan ilmu agama dan dunia, nenek kepada 21 cucu itu dinobatkan sebagai seorang daripada penerima anugerah Ibu Gemilang pada majlis Anugerah Ibu Malaysia 2008, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Turut menerima anugerah Ibu Gemilang ialah bekas guru dari Perak, Zaharah Mahmoodin dan suri rumah dari Kuala Lumpur, Lim Sai Khim.

Majlis itu turut memberikan anugerah Ibu Cemerlang yang diterima Sajarah Latip, dari Sarawak; Ruminah Nado (Johor); Habibah Abdullah (Sabah); Raseni Suparno (Sabah) dan A Alice Santha (Kuala Lumpur).

Dua penerima anugerah Khas Juri pula ialah Lam Boon Lun dari Kuala Lumpur dan Dayang Rakiah Abang Ali (Sarawak).

Pemenang anugerah Ibu Gemilang menerima wang tunai RM5,000, trofi dan bunga; Ibu Cemerlang (RM3,000, trofi dan bunga) dan Khas Juri (RM1,500, trofi dan bunga) daripada Tuanku Nur Zahirah.

Anugerah yang kali pertama dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia itu adalah bagi mengiktiraf jasa ibu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang di negara ini.

Anis berkata, beliau tidak menyangka menerima anugerah bernilai itu kerana baginya, sudah menjadi kewajipan bagi ibu bapa untuk mendidik anak masing-masing menjadi manusia yang berjaya.

“Sejak kecil, saya sudah beri penekanan agama kepada anak saya dengan mendidik mereka mengaji dan bersembahyang.

“Kejayaan anak saya ini adalah anugerah Allah dan saya serta suami hanya menjadi pendorong kepada kejayaan mereka,” katanya yang juga penerima Anugerah Ibu Mithali Johor pada 1999 dan calon Ibu Mithali Peringkat Kebangsaan, tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah, Raseni, 58, berkata melahirkan 18 anak selang setahun dan dua tahun dengan menanggung pelbagai masalah kesihatan termasuk kurang darah dan sakit gigi, ternyata tidak menjadi masalah baginya.

“Saya dan suami seronok mempunyai anak ramai kerana adik-beradik kami juga mempunyai anak lebih daripada 10 orang.

“Walaupun saya hidup susah, dengan bergantung pendapatan suami sebagai pemandu lori sebanyak RM336 sebulan, ia tidak menjadi penghalang untuk memberi didikan terbaik untuk anak-anak,” katanya yang memegang prinsip biar miskin harta jangan miskin ilmu.

Kini hasil ketabahan mendidik anak, semua anaknya berjaya dalam hidup dengan ada yang bekerja sebagai jururawat, pembantu farmasi, guru, pegawai tentera udara dan polis.


tertarik dengan berita ini..didikan dan kasih sayang ibu bapa tidak mungkin dapat kita balas dengan apa sekalipun.pengorbanan mereka dlm mendidik kita utk jadi insan mulia.mereka sudah tentu mahukan yg terbaik buat kita.malah mereka mahukan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

sebagai anak seharusnya kita mentaati ibu bapa selagi mana mereka masih bernafas di atas muka bumi Allah.dan selagi mereka tidak melanggari batas-batas syariat islam.jika mereka telah pergi meninggal dunia ini, doakan mereka, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka.

"ya Allah ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku.peliharalah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku..hubungkan mereka dengan taliMu"

dan sebagai anak kita kenalah belajar bersungguh-sungguh utk mengembirakan hati mereka.kerana kita tak mungkin mampu untuk membalas semua jasa-jasa mereka.

pesan pada diri..kuatkan semangat utk study..berusaha sehabis baik..kemudian tawakal..

ramai org menunggu dan mendoakan..

from the news above..wanna be like this ibu gemilang n ibu cemerlang..!!insyaAllah ameen...

No comments: