Monday, June 16, 2008

setahun berlalu..

bismillahi walhamdulillah..

hari ini genap setahun peristiwa yang berlaku di bumi mansoura.ketika pelajar-pelajar yang berada di bumi ini sedang dalam fatrah imtihan tidak kira di pihak al-azhari atau tibbi.kami dikejutkan dengan peristiwa berdarah pelajar malaysia mati ditetak oleh kawannya sendiri.peristiwa itu berlaku lewat petang di mana semua berada di rumah masing-masing..

kembali mengenang detik-detik yang berlaku kejadian trajis ini..

Pelajar Malaysia dibunuh di Mesir, rakan ditahan

PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.

Menurutnya, sehingga kini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut namun difahamkan suspek selalu ke rumah mangsa untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan empat lagi rakan yang lain.

“Pada hari kejadian, suspek telah datang ke rumah mangsa namun disebabkan kawan-kawan mereka telah keluar, dia hanya mengulang kaji bersama dengan mangsa di rumah itu.

“Mangsa yang sedang melihat Internet sambil membaca buku kemudiannya dipukul secara tiba-tiba oleh suspek dengan sebatang kayu. Suspek kemudian mengejarnya sehingga ke dapur sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa dengan bertubi-tubi,” katanya.

Kejadian itu, tambahnya, berlaku pada pukul 7 petang dan jeritan mangsa telah mengejutkan jirannya sebelum mereka menelefon rakan serumahnya.

Zainal Abidin berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan mangsa yang berada dalam keadaan parah dihantar ke sebuah hospital sebelum meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam semalam.

“Mohamad patah tangan akibat dipukul dengan kayu dan tangannya penuh dengan kesan kelar kerana cuba mempertahankan diri sementara badannya penuh dengan kesan tikaman.

“Sementara suspek pula dalam siasatan awal menyatakan bahawa dia tidak tahu kenapa bertindak demikian ke atas mangsa,” katanya yang turut berada di balai polis di situ.

Menurut Zainal Abidin, pihak kedutaan akan menguruskan pengkebumian Mohamad dan jenazahnya akan dibawa ke Kaherah iaitu kira-kira 130 kilometer dari Mansurah.

Sementara itu di Kuala Terengganu, abang mangsa, Husin, 28, berkata, adiknya dipercayai menjadi ‘mangsa lepas geram’ pelajar senior.

“Dia didatangi oleh seorang pelajar senior yang hendak mencari teman serumah adik saya bernama Abdul Kadir.

“Tetapi setelah mengetahui Abdul Kadir tiada di rumah, pelajar tersebut dipercayai dengan tidak semena-mena mencapai sebilah pisau dan terus menyerang biarpun adik saya merayu-rayu supaya tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini hari ini.

akhbar mesir juga melaporkan..

Pelajar Malaysia membunuh kawannya di mansurah kerana enggan meminjamkan wang kepadanya.

Daqahliah(nama negeri dimana mansurah adlah ibu negerinya)-Abdus Salam Abduh

Seorang mahsiswa Azhar warganegara malaysia telah membunuh kawannya dgn 60 kesan tetakan dan tikaman ditubuhnya dgn menggunakan 4 pisau; kerana enggan meminjamkan wang kpdnya setelah mengalami kesusahan. Pihak keamanan Mesir telah menemui tubuh mangsa Muhammad bin Ishak (22 tahun) penuntut kuliah usuluddin di Mansurah; di tempat yg penuh dgn darah dan mempunyai kesan 60 tetakan pisau di tubuh mangsa. Unit siasatan yg di ketuai Jeneral Abdul Hamid as-syanawi Pengarah keamanah cawangan Daqahliah telah meyatakan bahawa suspek adalah .............. penuntut kuliah pengajian Islam dan suspek meminjam wang dr mangsa tetapi mangsa enggan.Ini menyebabkan suspek pergi ke rumah mangsa dan menyerang mangsa dgn pisau sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.

Suspek telah ditahan pihak polis dan telah disoal siasat dgn bantuan wakil kedutaan Malaysia. Pendakwa raya MUSTAFA kHATTAB telah memerintahkan suspek direman selama 4 hari dan membedah siasat mangsa serta menyerahkan mayatnya kpd Kedutaan Malysia.

Terjemahan dr Surat KAbar al-Wafd 16 Jun 2007.



Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya.

kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli.

Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Maka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli.

mangsa sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; mangsa menjawab: "Dia tu gila" kemudian mangsa dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

Catatan peristiwa kejadian

1. Mangsa suka main bola sepak di padang kuliah; tapi petang tu dia enggan keluar bermain.
2. Mangsa sedang melihat gambar kereta di komputer; bukannya internet kerna umah tu takde internet.
3. Kejadian bermula di komputer; dan kedudukan pc terletak sebelah pintu dan mengadapnya.
3. terdapat kesan darah di komputer dan darah di dinding belakang komputer.
4. ade kesan tapak tangan berdarah dipintu (mungkin mangsa nak keluar kemudian dihalang)
5. Arab yg berada dipasar naik ke rumah yg tingkat 2, merempuh pintu dan mengalahkan suspek dgn kayu.
6. Suspek dan mangsa kurang mengenali antara satu sama lain.
7. Mereka tidak mengulangkaji pelajran kerna exam sudah habis dan mereka berlainan kuliah.
8. Jenazah dikebumikan di malysia dgn biaya kerajaan Terengganu.
9.perbuatan melambat2kan penyelenggaraan dan memindahkan mayat adalah dilarang dlm Islam.
Al-Fatihah..

sumber berkenaan maklumat di atas saya petik dari laman blog ustaz salman maskuri..
  1. bumi mansurah diselebungi kesedihan
  2. berita dari akhbar mesir
  3. catatan peristiwa
apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah berita sedih itu telah menyebab kami takut utk keluar rumah.namun begitu saya dan housemate telah ke pasar ke esokkan harinya utk membeli barang keperluan rumah.keadaan pasar pada hari itu tidak semeriah biasa.suram dan sunyi.semasa saya membeli sayur dengan seorang mak cik..dia tanya 'ley?ley?ley?'(kenapa?). mungkin mak cik itu adalah antara yang melihat kejadian tersebut.

dalam minggu kejadian tersebut ada jiran arab meninggal..entah kenapa sayu melihat jenazah di usung.di mesir susah utk melihat kejadian orang meninggal.kerana mereka akan cepat menguruskan dan mengebumikan jenazah.

dan dalam minggu itu juga ada di lorong kami ada seorang arab kristian meninggal.pada malam sebelum arab kristian itu meninggal..housemate saya dikejutkan dengan jeritan dari hujung jalan.dengan perasaan takut (trauma dengan peristiwa souq) dia mengejutkan housemate yang lain utk melihat apa yang berlaku.apabila pintu dibuka didapati sudah ramai arab yg tinggal di lorong itu membuka tingkap dan pintu utk melihat apa yang berlaku.rupanya arab kristian itu meninggal.mama arab depan rumah kami suruh mereka masuk kembali ke rumah seakan faham dengan trauma yg kami hadapi.

apa yang ingin dikongsikan begitu ketara perbezaan antara pengurusan jenazah orang islam dengan orang bukan islam.islam menggariskan janganlah kamu meratapi kematian seseorang itu dengan jerit pekik dan lolongan yang melampau.bersedih itu tidak salah, malah rasulullah sendiri bersedih atas kematian anaknya ibrahim. berdasarkan apa yang dilihat si arab kristian itu menjerit terlolong sehingga boleh didengari sepanjang jalan tempat kami tinggal.

setahun berlalu peristiwa berdarah itu.ia akan tetap segar di ingatan setiap insan yang pernah berada di sini.buat sahabat-sahabat mangsa semestinya mereka akan mengingati peristiwa ini sehingga akhir hayat mereka kerana kehilangan sahabat tersayang.

bertalu-talu message dan call dari sahabat-sahabat dan keluarga di malaysia yang ingin bertanya lanjut peristiwa itu.mereka risaukan keadaan kami di sini.sampai ada yang pesan suruh beli stok sebulan utk keperluan rumah.tidak ingin memberi kami keluar rumah selepas kejadian itu..

terdapat banyak percanggahan dalam dengan berita di malaysia dan di mesir.kami pun mendapat banyak cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.tapi apa pun hanya Allah yang lebih mengetahui..al-fatihah utk muhammad bin ishak.smoga ruh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.ameen!!

No comments: