Sunday, December 14, 2008

korban @ mansoura

bismillahi walhamdulillah...

salam eiduladha again utk kesekian kalinya.entry kali ini adalah berkisar tentang sambutan eid-adha saya utk tahun ini.alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk menyambutnya.

raya pertama 8 dec 2008

tidak ke mana-mana.hanya beraya di rumah.pagi itu rumah kami diminta oleh unit kebajikan pcm untuk memasak nasi (30 orang makan) dan acar.nasib baik nasi siap dimasak sebelum saya pergi solat raya.hari itu rumah kami diletakkan dalam jadual untuk solat raya di blok b.imam adalah akhimullah dan khatib ust dari al-azhar university dan diiringi oleh saudara muaz.

kemudian lepas solat terus pulang ke rumah untuk masak breakfast.sebelum itu sempat call malaysia.ummi dan ayah telah selamat menunaikan ibadat korban pada masa itu.mak sedara and pak sedara semua bertnyakan makan ape di pagi raya itu.saya hanya menjawab minum air sahaja.tidak sempat untuk masak lagi pada masa itu.saya hanya memasak mee rebus.kemudian menyambung lena kerana keletihan bekerja.

petang itu kami ke rumah diamond dan rayyan kerana mereka mengadakan open house.jika mahu melihat gambar kami beraya di rumah mereka sila klik sini. sambutan hangat untuk pengantin kita madam yue sampai ada yang sempat mengambil tips.hehe.kami beraya ber3 kerana cik nini beraya di cairo bersama adiknya.

raya kedua 09 dec 2008
di rumah ust mat ropi bersama dengan sumayyah yang comey

hari ini kami pulang ke cairo (kampung) yang hakikatnya adalah bandar kerana menghadiri jemputan majlis korban pegawai terengganu yang akan tamat perkhidmatan di sini tidak lama lagi.best.makan sup tulang, daging goreng dan sayur goreng campur dengan sotong.

sebelum makanan masak kami sempat ke rumah kak hajar di hayyu 3ashir dekat-dekat area rumah terengganu.kak hajar dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.semoga baby yang bakal lahir sihat dan sejahtera comel2 hendaknya.ameen.jantina baby dirahsiakan.kak hajar kata tunggu.

kami pulang ke mansoura selepas maghrib pada malam yang sama.

raya ketiga 10 dec 2008
semoga darah yang mengalir dapat menyucikan dosa-dosaku..ameen!!

korban pcm.10 ekor binatang ditumbangkan dengan seorang tukang sembelih, ustaz salman maskuri.binatang korban itu terdiri dari 4 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 4 ekor kambing.tahun depan ust kata mahu mencari unta kerana unta lebih afdhol untuk dikorbankan dan harganya lebih murah dari yang lain.

kemudian selepas selesai acara penyembelihan saya dan akhowat yang lain ke blok D untuk memotong sayur dan mengupas bawang.manakala ikhwah bergotong-royong melapah daging dan membersihkan perut.terasa macam orang-orang tua yang bekerja sewaktu kenduri.malaysian mode.hehe.rasa macam duduk kat malaysia dengan semangat kerjasama.malam itu operasi memasak bermula.

untuk melihat gambar korban pcm sila klik hidayahamidin's fotopages.nampaknya kena mengaktifkan kembali saya punye fotopages.huhu

raya keempat 11 dec 2008
bersama mr.pres baru..abang wafi dan anak buahnya..

ADHA 08.dimulai seawal jam 730 pagi.takbir raya bergema di solah mughottah istad jamiah.dimeriahkan dengan kehadiran pengarah jpmk Prof.Dr.Jamil dan pengiring.serta exco baru PERUBATAN pusat.kami dapat makan nasi gulai daging dan air sirap.sedaaaaaap.thnk ajk makanan ADHA 08.

selepas acara itu saya bergegas pulang ke rumah untuk berkemas kerana pada petang itu kami budak-budak yayasan terengganu akan ke cairo untuk persiapan majlis perpisahan ust mat ropi pada keesokkan harinya.

kesian dahulu cerita ADHA 08.utk update majlis ust mat ropi : to be continue for the next entry..
wallahu3alam

6 comments:

Hasbi said...

Salam ziarah..:)
tertarik dengan post yg ada gambar lembu ni..seramnya tengok darah tu..:)

mantap post ni..teruskan..~! :)

izzati.abdullah said...

thnks ziarah.
ameeen...doakan sy.ade video malas nak upload..lambat!:)

As said...

abang bie sampai sini pun die ade :P

zaty...perghhh....busy benor raya die :P

kitorang dah nak start blaja da neh..

izzati.abdullah said...

tu la pasai.saya xstdy pun.raya sakan.huhu.sedey pn ade.

ble stat kls?

As said...

takpe..gunakan masa yang ada ni..inshaAllah..

22nd mula :D

Anonymous said...

zaty wat muke poyo ngan adik sumayya tu, but still, u r cute forever~