Tuesday, December 9, 2008

sanah helwah ya abi!!!


bismillahi walhamdulillah..

sanah helwah ya abi..

smoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia and akhirat. di bawah rahmat and hidayah Allah selalu.ameen.doa

takde hadiah untuk ayahanda dari anakanda.cuma doa kupohonkan smoga Allah sentiasa menjaga ayahanda dan bonda.you are the greatest dad in the world.

panjangkan umurnya ya Allah untuk kubuktikan kasih sayangku padanya.lovethanks ayah atas segala kasih sayang, duit dan segalanya yang ayah berikan untuk besarkan anakanda.akan anakanda balas dengan kejayaan.

nasihatmu penguat semangat untuk kuteruskan perjuangan yang masih panjang ini.ketabahan mu semasa kecil sumber inspirasiku untuk mengatur langkah dan menyusun startegi.

respek dan hampir menitiskan air mata tak kala aku mendengar cerita kisah hidupmu pada waktu kecil.berjalan kaki berkilo meter demi menuntut ilmu.melalui denai, sawah padi, hutan belukar demi mengubah hidup keluarga.terkadang menjual kuih.balik dari sekolah berjuang pula di pantai menolong tokki.tidak ke pantai, mungkin di sawah padi memberi makan lembu. lumpur adalah teman karib.berbasikal dari rumah ke padang midin yang jaraknya sangat jauh.berbekalkan duit yang tidak sampai 50sen.

ayahanda mengajarkan anakanda satu sikap supaya jangan boros dan sentiasa bersederhana dalam hidup.setiap kali pulang ke rumah tok mak (nenek sebelah ummi) ayah pasti akan mengomel kerana makanan di rumah tok mak sangat banyak dan selalu tidak habis.akan suruh ummi untuk bawa pulang.

bangga denganmu kerana engkaulah anak kampung pertama yang menjejakkan kaki ke menara gading.walaupun ditawarkan bidang perubatan,tapi engkau menolaknya demi cintamu pada chemistry kerana di situ jodohmu bertemu..

ayah,
kakak sayang ayah.
hepi besday yang ke-50.

950pm - 091208
deep from my heart.
hannan,
samanoudy street,
el-mansoura,
a.r.e (egypt)
lovepelukroscium

No comments: