Monday, December 22, 2008
pendakap gigi / braces
Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Nabi saw bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .)
“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
races atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
merujuk statement di atas mengatakan harus memakai pendakap gigi kalau nak betulkan kedudukan gigi tapi di malaysia hukumnya haram selagi kdudukan gigi yg tak betul tu tak beri atau mendatangkan mudharat seperti sakit,susah nak makan..
maka katanya boleh pakai pendkap gigi untuk betulkan kedudukan gigi jika ada masalah seperti susah nak makan,sakit(mudharat)
tapi kebanyakkan zaman sekarang ramai yg pakai pendakap gigi walaupun tak datangkan mudharat...tak niat kecantikkan tapi trend..ada juga niat untuk cantik..dan ada juga mengatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit supaya pesakit yakin dengan kita and 1st impression org tengok kita dari senyuman...jadi apa sebenarnya hukum pakai pendakap gigi?
kena memahami apa sebenarnya hukum untuk memakai braces ini,
iaitu apabila
1.Memudaratkan oral cavity.
2.Menyukarkan Pengunyahan.
3.berlakunya Lesion pada mana2 bahagian oral cavity.
dsb-nya.
Di Malaysia,
Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan.maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.
Di Mesir kos rawatan dalam lingkungan LE 3000 atas dan bawah.
untuk atas/bawah shj: LE 2000
kisahnya bermula kenapa saya memakai braces??
saya memilih untuk memakai braces bukan mengikut trend jauh sekali untuk kecantikan.saya membuat keputusan untuk memakainya kerana apabila saya makan, makanan seperti daging akan melekat dicelah-celah gigi yang tidak sama. ini akan membawa kemudharatkan pada masa akan datang. lagi satu canine (gigi taring) saya berada di gusi. kadang-kadang saya terasa sakit.
dah lama berhajat untuk memakai braces sejak sekolah menengah lagi.tetapi queue untuk membuatnya di klinik kerajaan adalah sangat panjang dan ia terhad kepada pelajar sekolah sahaja.hasrat itu terkubur sahaja sampailah saya memasuki dq dan uia.so memilih choice untuk membuatnya di klinik swasta.sekali lagi masa tidak mengizinkan.dan akhirnya saya berpeluang memakainya di mesir.selepas beberapa kali berulang alik ke klinik swasta semasa cuti summer hari itu.
doktor tu pesan supaya membuatnya di mesir kerana untuk mematuhi treatment yang telah ditetapkan sepanjang tempoh tersebut.
kos di mesir jauh lebih murah dibanding dengan malaysia.jika saya diberi pilihan yang lebih baik untuk tidak memakainya saya akan membuat pilihan untuk tidak memakainya kerana ia sangata sakit!!betullah hikmah Allah turunkan supaya tidak menjarangkan gigi kerana untuk menjarangkan gigi adalah sangat sakit.sakitnya sampai ke kepala dan boleh mengundang kemudharatan.
bersyukurlah dengan setiap kejadian yang diciptakan Allah.semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
p/s:
artikel tersebut dipetik dari seorang pemforum di pcmansurah.beliau adalah future dentist.
do pray for my pratical physiology exam today.huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
nsht sy, wat treatment ni, biar smpai hbis.
alang2 buat biar dpt gg sama trus. mksdnya treatment btul2 habis
jgn jd mcm sy, sbb xska dktr pompuan tu, sy xnk pakai dh. sbb pompuan ni buat kasar2. xmcm dktr yg sblm2 tu. lmbut n pnyayang sgt2.
mgkin fktor yg enti jd skit sgt, sbb umur. sy wat time 11taun. jd gg pun sikit n lbih mudah dibaiki sbb msih dlm proses mmbesar.
tp gg sy skrg ad satu cm jd xsma dsbbkn incomplete treatment. menyesal pun xgune dh. tulah sape suh xnk pakai bnde tuh.
sbb itu sy nsht enti.
sy buat sbb pe erk. sbb free, dktr ckp gg sy bnyk sgt. (die nk tumbuh, nk wat cmne kan. kan)
trend k?? bg sy pkai tu, malu nk snyum. xpcially bila time tu org mesia msh krg pndedahan psl braces. jd dpt la gelaran gg besi oleh sorang due yg xbtggjwb. huk3. tu yg mbrntak xnk pakai tuh. heheh
ala. kecik lg time tu..
anyway. slmt memakai.
nk amik artikel ni. leh?
silakan..artikel di blog ini utk manfaat sume.hehe.
baiklah.akan kuturuti nasihatmu wahai sister...
salam singgah.
saya pakai braces juga,baru 3 bulan.seksanya kdg2 menyesal pakai tapi perlu dibetulkan gigi ni.di india kosnya rs4000(rm300) kalau buat kat dental college(training dentist yg buat) tapi rs20000(rm1800) kalau buat kat private clinic.saya psg kat private clinic sbb specialist yg buat.
Salam singgah. Kebetulan pula entri bkaitan dgn dri ni.
Betul la 2, prnh jg kwn2 tnya psl hukum pakai braces ni (swktu sy pkai braces 2thn lps). Dan jwpn yg sy bgikan lbih kurg mcm entri ni. Entri yg bagus!
Apa pn, jg hygiene bl pkai braces, elakkn mknn yg keras2 n pastikan slalu ikut prosedur yg dberi doktor.
ramai je yg pakai sebab kecantikan..hurm...syg dwet...^_^
salam.. alhamdulillah.. da lama tercari2 artikel pasal braces ni...sbb ramai yg tertanya2... thanx sbb post kn artikel ni... at least,ad hujah yang kukuh.. sy mintak kebenaran nak copy n paste dalam blog sy.. moga2 akan memberi manfaat kpd kita semua..
Post a Comment