MENCARI REDHA ILAHI
~cinta ILAHI cinta hakiki,redha ILAHI redha abadi~
Wednesday, December 3, 2008
zulhijjah kembali lagi..selamat berkorban!
gambar unta yang telah terkorban tahun lepas di rumah kelantan
bismillahi walhamdulillah..
zulhijjah kembali selepas berlalunya zulkaedah.rasanya baru lagi menyambul syawal di malaysia.ini menandakan sudah sebulan lebih saya kembali meneruskan perjuangan di bumi an-biya' ini.
eid-adha telah pun terasa kehangatan dan persiapan untuk menyambutnya.bayangkan semalam sudah dimulai dengan takbir raya.masjid-masjid diislahkan (renovate) untuk menyambut raya haji ini.
promosi sambutan yang dilancarkan juga terasa hebat.tahun ini saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk menunaikan ibadat korban.tapi tahun ini memilih mansoura tidak seperti tahun lepas di cairo.tahun ini korban lembu.malas mahu pergi ke cairo.so berkampung je la di rumah untuk mengulangkaji pelajaran yang telah banyak tertinggal.terpaksa.kerana jika tidak masa cuti bila lagi saya akan berkesempatan untuk study.insyaAllah doa-doakan saya sempat mencover semua topic dalam masa seminggu.
Perubatan Cawangan Mansoura telah membuka peluang kepada sesiapa yang ingin melakukan ibadat korban.Lembu dan kambing dengan harga LE800.kerbau pula LE500 manakala kambing biri-biri LE1000.so sesiapa yang berkemampuan bolehlah berbuat demikian.
kalau nak merasa daging unta turunlah cairo ke rumah kelantan pada hari raya ke-2.pada hari yang sama pegawai yayasan terenggganu yang bakal menamatkan perkhidmatan di bumi mesir ini juga turut mengadakan majlis korban pada hari tersebut.tak tahu lagi setakat ini perancangan macam mana.kalau ikutkan hati perancangan saya adalah seperti di atas.jika ada budak-budak yayasan yang ingin turun ke cairo mungkin saya akan turut serta.pergi dalam sehari dan tidak tidur disana.
pada hari jumaat ini ayah dan mak saudara akan menyembelih lembu untuk aqiqah.ayah aqiqah kan 5 bahagian.mak saudara 1 bahagian untuk cucunya sufiah dan pak saudara untuk anaknya batrisya.ayah aqiqahkan untuk abang dan adik lelaki serta adik perempuan saya yang telah meninggal dunia.baru-baru saya telah diminta untuk memberikan nama mereka.Mujahid Lutfi, Ammar Mujahid dan Fatimah Az-Zahra.
tak tahu nak bagi nama apa.so ambil je la apa yang terlintas di fikiran.moga-moga mereka akan memberikan syafaat untuk ummi dan ayah.pada hari raya yang pertama family sebelah ayah akan melakukan ibadat korban.seekor lembu dibahagikan antara mereka adik-beradik.manakala sebelah ummi pula akan buat pada hari raya ke2 kebiasaannya.
ayahanda juga tidak ketinggalan untuk melakukan ibadat korban di kemboja melalui ajen yang bertauliah setiap tahun.moga ibadat korban kami diterima.lihatlah betapa ramai umat islam yang menderita kerana kekurangan makanan.sekurang-kurangnya dengan ada sambutan majlis korban di tempat mereka dapatlah mereka merasai nikmat tersebut.
begitulah meriahnya kehangatan sambutan raya haji di bumi arab tidak seperti di malaysia yang hari raya puasa lebih diagungkan...teringat ketika saya menunaikan haji 5 tahun yang lalu ketika form 4.begitu ramai umat manusia menunaikan ketaatan pada Allah yang satu.memandang kiblat yang sama.Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..walillahilhamd:)
p/s:tunggu crite raya haji tahun ini..
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment