Tuesday, December 2, 2008

Dr.Hussein: Read n Memorise the Quran Before Start Study

bismillahi walhamdulillah..

pagi yang hening,ku ucapkan syukur pada kehadrat ilahi kerana masih meniupkan roh kembali ke dalam diri selepas lena yang sebentar.tasbih tahmid zikir kudus pagi yang damai ini.

hari ini housemate saya balik.suke.lama dia cuti kat malaysia.lama saya tidak menulis.masa yang ada tidak memungkinkan saya untuk menulis.sibuk dengan urusan harian sebagai seorang pelajar.moga Allah mudahkan setiap urusan saya.

Allah kurniakan setiap insan jam yang sama minit yang sama dan juga saat yang sama.tapi terpulang pada mereka untuk mentadbir masa mereka dengan cara yang bagaimana.lalainya insan akan merugikan masa mereka.

termaktub dalam firmanNya: "sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian,kecuali mereka yang berpesan kepada perkara kebaikan dan berpesan dalam perkara kesabaran".(thanks pada yang btolkan..)

moga Allah bantu saya dalam mentadbir masa.ameen.hari khamis lepas saya tertarik dengan lecture seorang doctor, Dr.Hussein Sakr untuk subjek physiology bab central nervous system.walaupun hari khamis adalah hari yang paling penat dengan jadual yang pack..namun hari khamis adalah hari yang paling best kerana dapat motivasi percuma dari Dr.Hussein.

beliau berpesan supaya sebelum memulakan proses pembelajaran atau ulangkaji cuba hafal dan baca quran sekurang-kurangNya 2 ayat untuk 'stimulate' kan neurotransmitter.cuba anda fikirkan susah atau senang nak mula membaca atau stdy.mesti susah kan.tapi once kita dah start sesuatu perkara seperti study dan kita faham apa yang dibaca maka benda tu akan jadi senang.tambahan pula jika makin kita baca makin banyak yang kita faham dan tahu.maka ini akan menambahkan keseronokan untuk belajar.

bersetuju dengan pandangan Dr.Hussein, untuk kita mulakan langkah pertama adalah sangat sukar.tapi apabila sudah pandai berjalan maka kita akan mudah berlari.cuba lihat pada seorang kanak-kanak berumur setahun yang baru hendak pandai berjalan.mesti sangat sukar bukan.beberapa kali jatuh dan bangun kembali untuk mengatur langkah.barulah dia dapat berjalan dengan betul.once dia dah pandai berjalan mulalah dia berlari dan berjalan tidak henti.

begitulah dalam proses kita belajar.ada kala kita di depan dan ada kala kita dibelakang.adakala berjaya dan adakala kita gagal.tapi kegagalan bukan bermakna dunia ini telah berakhir, kerana kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.

saya pernah mengalami pengalaman sedemikian.mula-mula amat payah untuk saya bangkit kembali.namun dengan pertolongan parents dan sahabat-sahabat saya kembali menyusun langkah dan keluar dari mimpi ngeri tersebut.

orang yang selalu dikurniakan dengan nikmat kejayaan ini bukanlah bermakna dalam hidupnya dia berjaya.tapi mereka yang berjaya ini mungkin diuji dari sudut yang lain dalam hidupnya.percayalah bahawa Allah jadikan untuk menguji sejauh mana ketaatan kita sebagai hambaNya. kerana orang yang benar-benar berjaya adalah orang yang berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat...

5 comments:

As said...

huu..best entry kamu nak2 dua last para.

As ade tulis pasal jatuh bangun berjalan budak kecik gak :D

nice sharing, tqvm!

Hasbi said...

entri yang bagus. syahdu. sebab result aritu dapat teruk.

Anonymous said...

Artikel yang baik. Syukran.

"termaktub dalam firmanNya: "sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian,kecuali mereka yang berpesan kepada perkara kebaikan dan berpesan dalam perkara buruk"."

Cuma kalau terjemahan Surah Al-Asr yang awak maksudkan, pada akhirnya ialah: "... berpesan-pesan dengan kesabaran."

Analogi kanak-kanak belajar berjalan memang sangat berkesan. Sungguh cepat kita lupa akan perkara itu...

izzati.abdullah said...

to as:

wlcm..tu guna blog..share knowledge n experiences!
which one?tak terbace kut..hehe

to hasbi:

tu guna xm..nk uji sejauh mane kefahaman kite dalam sesuatu subjek.bayangkan kalu xde xm,camne kite?taw ke kite xfaham bab or tajuk tersebut..

keep on moving..usaha + doa..insyaAllah berjaya.teruskan berjuang!

to rdhanz:

oh silap ek?tq betulkan ust rdhanz..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..hehe

Azura Yasin said...

saye juge suke akan entry ini. informative & reflexive. thanks! =)