bismillahi walhamdulillah...
seminggu kebelakangan ini masa saya selalu penuh dengan pelbagai aktiviti, daripada yang berkaitan dengan belajar,keperluan peribadi sehinggalah amanah dan tanggungjawab kepada orang sekeliling.terasa macam 24 jam yang diberi tidak mencukupi.jika diberi pilihan semoga Allah tambahkan lagi 24 jam yang ada.
saya suka berkongsi pendapat dengan sesiapa sahaja apabila perlu terutamanya dalam bab study dan motivasi.sahabat sekeliling selalu menjadi mangsa pertanyaan saya seperti miss counselor kita.sila kliki entry ini di blognya.pertanyaan saya dijawab di pada entry masa.thnks kila.really appreciate it.
kita sentiasa diuji dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah.ciknuT pernah mengingatkan saya sebelum saya menerima amanah sebagai seorang ahli jawatankuasa Unit Pembangunan Insan PCM.dia berkata apabila kita memegang amanah satu kaki kita berada dalam neraka.betapa berat dan besarnya amanah yang dibawa.namun sebagai seorang insan saya tidak lari dari kesalahan.kesalahan itu saya terima sebagai satu pengajaran berharga dalam hidup.pengalaman yang akan mematangkan saya pada masa akan datang.
mungkin saya tidak nampak kegunaan aktiviti berpersatuan pada hari ini.namun besar ertinya nanti dalam lapangan kerja saya sebagai seorang pengamal perubatan nanti.jika hari ini saya tidak mengambil peluang untuk belajar bila dan di mana lagi saya akan belajar perkara ini.saya terdedah kepada aktiviti dan kesibukkan menguruskan persatuan selepas saya keluar daripada sekolah menengah.semasa di sekolah saya kurang terdedah kepada benda-benda tersebut.
banyak yang saya belajar apabila datang ke mesir.namun sebagai seorang pelajar kita hendaklah membahagikan masa dengan sebaiknya antara belajar,keperluan diri dan masyarakat sekeliling.jangan sampai kita mengambil perintah berkurung dari sebarang aktiviti disebabkan kita bosan dengan segelintir perbuatan orang sekeliling ataupun mahu focus kepada studys sahaja.jangan pula lebihkan persatuan sampai kita abaikan study.utamakan priority kita pada paling penting kepada paling kurang penting.
jika kita tidak dapat melakukan semua jangan tinggal semua.contohnya:mengenal junior yang sangat ramai.jika tidak dapat kenal semuanya kenallah sebilangan kecil daripada mereka.kemudian periksa tanggungjawab pada diri sendiri.sudahkan kita lunaskannya.seperti tanggungjawab pada Allah,kedua ibu bapa,sahabat,housemate,guru,rakan dan masyarakat sekeliling.kita akan dipertanggungjawabkan nanti?usah bercakap benda-benda yang besar seperti mahu berjihad untuk palestin jika tanggungjawab pada diri sendiri terabai.[mohon doa untuk saudara-saudara seislam dibumi palestin].
konklusinya semua yang kita pegang akan ditanya nanti.oleh itu laksanakan setiap yang diberi dengan sebaiknya.mohon doa moga Allah mudahkan setiap urusan kita.
buah cempedak di luar pagar,
amik galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan.
beringatkan kita tentang 5 perkara sebelum 5 perkara:
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati
sebagai peringatan untuk diri ini yang sentiasa leka,alpa dan lupa.
p/s: laptop masuk icu.hehe.syafakillah..banyak jam ma.maaf jika terkadang lambat untuk update.banyak cerita dan entry tertunda.kesibukan dan masa yang seakan menghimpit tidak memungkin saya untuk berlama-lama menulis.exam juga tinggal 22 hari lagi.berusaha dan focus.reaching the star~
No comments:
Post a Comment