Friday, December 5, 2008

dunia hanya pinjaman...

bismillahi walhamdulillah..

baru pagi ini Allah turunkan pelangi..namun ia hanya pinjaman.Dia yang Maha Berkuasa kepada hambaNya.Ya Allah betapa kerdilnya kami, betapa besarnya keagunganMu.Dia telah menarik kembali nikmat dan keindahan pelangi itu.

kelu tanpa kata bila terkenangkan peristiwa yang menimpa pasangan husna dan nik fareez.moga Allah gantikan dan kurniakan yang lebih baik untuk kamu berdua.mereka baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama awal pagi tadi namun dengan kebesaran Allah,Dia telah ambil kembali bidadari syurga itu setelah Dia pinjamkan tidak sampai sehari..innalillahi wainna ilaihiroji'un..

baru pagi tadi amani kejutkan saya memberitahu husna telah selamat bersalin.si kecil itu siap menangis bagai memanggil-manggil untuk kami pergi menengoknya.tapi selepas saya bangun dari tidur selepas penat ke souq membeli barang rumah kakpah ym tanya dah tengok belum baby.saya dalam kemamaian pun menjawab belum.then kakpah kata dah tahu berita terbaru..jantung berdegup kencang.kakpah cakap baby dah meninggal.sekejapnya ya Allah..

si kecil itu saya lihat tadi semasa orang sedang mengafankan, bagaikan lena dalam mimpi yang indah.wajahnya bercahaya penuh dengan senyuman.moga dia adalah bidadari syurga seperti namanya..tabahkan hati pasangan mereka ya Allah.kuatkan mereka.Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

bayangkan bagaimana hati seorang ibu yang sarat menanggung beban, kesusahan demi kesusahan (rujuk surah Luqman) semasa pregnant dan selamat melahirkan anaknya.namun belum sempat ia memberikan kasih sayang telah diambil kembali.ya Allah...kerdilnya kami.saya tidak tahu bagaimana perasaan ummi semasa kehilangan abang dan adik-adik.begitu juga cik su yang kehilangan anak sulung lelakinya yang both of them (abang n anak cik su) dah cukup 8 bulan.al-fatihah..

...

P/s:

siapa ada pandangan dari segi medical sainstifik or any suggestion, kenapa bayi yang lahir 8 bulan (32 weeks) biasanya hayat hidupnya tidak lama?menurut orang-orang tua bayi yang lahir 8 bulan susah nak hidup.tapi 7 bulan kalau dipanjangkan umur still boleh survive dalam inkubator.

tapi apa pun kembali kepada Allah.Dia yang Maha Berkuasa.Apabila telah sampai ajal seseorang itu tidak boleh lewat atau awal sesaat.tak kira dimana mereka berada.

Ya Allah...jadikanlah dia bidadari syurga dan pemberi syafaat buat kedua ibu bapanya.

9 comments:

izzati.abdullah said...

check this link also..

http://dinaer.blogspot.com

Jepah said...

xtau sgt psal premature...
tp, mungkin di sebabkan fungsi organ yg belum terbentuk dgn sempurna...

anak yg mati ketika kecil (belum balgih) adalah pemberi syafaat kepada ibu bapanya... =)

NMAMR said...

takziah buat nik fareez dan husna.. setiap yg berlaku ada hikmahnya.. betul kata jepah.. :)

Anonymous said...

assalamualaikum..

sy ade borak2 ngn faris.die kate,dah cukup 9 bulan ,cume ade beberape minggu saje lagi utk complete 9 bulan 10 hari (sepatutnya atau lebih dpd itu).jadi,byk spekulasi kate x cukup bulan,sepatutnye ltk dlm incubator n so on.etika doktor juga dipersoalkan di sini.dan ade juga psgn2 yg dah menimang cahaya mata di mesir ni yg x diletak dlm incubator selepas dilahirkn.sepatutnye xde masalah.pon nk bg komen dari segi medical,tp blom cukup ilmu.insyaallah lps2 ni.tp papepon,ni sume ketentuan Allah...


Allah telah menetapkan nik huriyyah raudhah sebagai penghias taman syurga..~
goreng-gitar.blogspot.com

Anonymous said...

em

sy ade borak2 ngn faris.katenye,dah cukup 9 bulan,cume blom ckup beberape mnggu or hari (utk ckup 9 bln 10 hari sepatutnye or maybe lebih).jadi,sepatutnye baby tu dlm keaadaan ok.n sepatutnye mslh premature x tmbul.nk komen psl medical maybe blom cukup ilmu.tp etika kerja doktor pon perlu dipertikaikan.yg penting,allah telah menetapkan nik huriyyah raudhah sebagai penghias taman syurga~


goreng-gitar.blogspot.com

Farah Nazneen said...

tak berani nak assume, we did not get a full history.

*semangat membuka buku forensic*

hehe

As said...

zaty my mum said the same..
if lahir kandungan usia ganjil akan hidup, macam 7 bln and 9 bln..

but if genap cam 8 bulan takkan hidup..

dalam Islam cakap camtu ah, sebab bila usia ganjil, bayi akan lembut semula..

izzati.abdullah said...

to all:

thnks for da respond.hm..kena buat kajian ni.bagi hadam ilmu embryology dulu.btol2..kita xtaw history..msg2 blm cukup ilmu.

kalau ikut waqi' kat mesir ni kan,baby arab ni mmg besar so kalu da 8 bulan mmg diaorg xmasukkan kat dalam inkubator.

apa pn peristiwa ini memberikan kita pengalaman.semua orang blm cukup xperiences dlm bab benda ni.kita sbg future dr or any1 yg involve in medical field should take note about this history..

thnk u again..any info plz comment back!

Anonymous said...

sy sokong!!!!!~



ilmu kepunyaan Allah~