Monday, February 16, 2009

isnin yg sibuk dan penat

bismillahi walhamdulillah..

akhirnya saya dapat melalui hari yang paling tidak ingin dilalui..kerana kepadatan kelas yang hampir 10jam tanpa break.kalau nak solat terpaksa mencelah waktu lectures..pandai-pandai la curi masa untuk menghadap Ilahi.

hari ini saya belajar pasal kidney (physiology).nasib baik masa sampai tadi doktor baru sampai.saya datang lambat today macam semalam.maybe dah lama cuti so jadi susah untuk bersiap ke sekolah.tapi Dr.Sarhan n some others doctor kat mansoura ni kurang skill dalam bab2 computer.mungkin diaorang kurang pendedahan tentang teknology maklumat.

tapi sejak setahun kebelakangan ini ada kemajuan oleh doktor-doktor ini.mereka telah mula menggunakan computer and slide show untuk menarik perhatian pelajar.al-maklumlah kalau menulis kat black board tu budak-budak malaysia kata tu zaman kita orang sekolah rendah.tapi tak boleh dinafikan kehebatan ilmu mereka,walaupun guna kapur untuk menulis...mereka akan tulis sama sebijik dalam buku.once they begins to write maka akan penuhlah papan hitam itu...subhanallah kurniakan daku hafalan yg baik macam mereka!

masa kelas 1st kidney Dr.Sarhan dia guna Words untuk ajar kitaorang.dah la tulisan kecik and tak nampak.Dia punye suara pun kurang clear and speaking pun berterabur.(bukan nak kutuk dr.sebagai penerangan...astaghfirullah).this new sem dia dah guna powerpoint so ok la skit.tapi masalahnya dia tak buat slideshow just guna window powerpoint tu je.budak-budak ini duk sibuk kata tak nampak.si jejaka-jejaka yang ada kat kelas pun kurang plak dia punye ke'gentleman'an mereka utk bangun dan cakap kat doktor untuk tukarkan window kepada slideshow..

akhirnya dengan tangan terketar dan hati yang bedebar saya pun bangun menuju ke depan mewakili kaum hawa membetulkan keadaan.takut sebenarnya doktor marah.tapi selepas di'explain' doktor pun angguk tanda setuju.huhu.sedey dengan insan yang bergelar lelaki...dimanakah sensitivi mereka??dimanakah sifat gentleman mereka??dimanakah sifat kepimpinan mereka??(sekadar renungan..kalau terasa maaf dihulur)

masa di depan ada plak suara-suara jejaka dibelakang menyatakan maybe doktor tu tak nak kut?tapi kalau selagi kita tak buat demikian nanti orang belakang tak nampak.rugi je doktor nak bagi ilmu tapi kita tak dapat.thanks zura bagi semangat kat saya untuk bangun.she said "bangunlah kakzaty..nadiah pinky pun buat camtu".saya kawal rasa gementar dan takut dengan fikiran 'while others can do why not me'.

sekadar renungan untuk insan bernama lelaki:
dimanakah sifat ketua yang sepatutnya ada dalam diri kamu semua seperti mana dalam firman Allah..AR-RIJALU QOWWAMUNA 'ALANNISA'..kaum adam adalah ketua dan pemimpin kepada kaum hawa.jangankan ingin mentadbir sebuah negara..apatah lagi sebuah bahtera rumahtangga..cukuplah muhasabah kembali diri yang paling dekat dengan anda..adakah anda telah punyai sifat-sifat kepimpinan yang sejati?ajaran dan acuan Rasulullah saw serta Al-Quran telah meletakkan para sahabat boleh menawan sebuah negara dalam usia belasan tahun sahaja.selak kembali lembaran sejarah...


next Dr.Nisrin (doktor yg jaga kebajikan international students) masuk.doktor tanya adakah kami selesa di kelas baru dan jadual baru?results camne?doktor cakap pihak u akan mengadakan majlis untuk budak malaysia yg cemerlang,hari sukan dan culture day.bagusnya pihak u yang makin prihatin dengan kebanjiran pelajar malaysia ke sini.kami hargai usaha anda untuk keselesaan kami belajar.doktor juga menambah mungkin bangunan farmasi yang menjadi lecture hall kami sekarang akan dijadikan bangunan fakulti perubatan pada akhir tahun ini kerana kekurangan lecture hall dengan pelajar yang ramai.

then teruskan dengan kuliah anatomy yang takde doktor masuk.kami pun apa lagi keluar mencari makan la.lapar.hehe.pastu belajar biochem.dah start mengantuk.tersengguk-sengguk.camne lah nak pandai biochem..huhu.kena baca n sedia awal la lain kali.huhu.then lab..
lab hari ini habis awal..suka2..kalau tak mesti terkejar-kejar untuk solat maghrib!

hari ini result dah keluar.tapi yang tak bayar yuran lagi macam saya tak boleh tengok.result kami di 'whitelist'kan dengan liquid paper.huhu.tapi takpelah..n nasib baik orang tak leh tengok result saya.hehe..untuk yang cemerlang congrates!!!untuk yang kurang cemerlang macam saya kena berusaha lebih la.pulun dan aturkan strategi anda untuk final yang bakal menjelang tidak lama lagi..

p/s:

sanah helwah untuk meen.dan 20 pun kamu.smoga pjg umo,murah rezeki,berjaya didunia and akhirat..

4 comments:

Azura Yasin said...

congrats for your bravery! itulah yg kita mahukan! memula cam nak bangun jgk tapi since you've said it firstttt.. hehehe.. org lelaki skrg memang mcm tu ke eh? kontrol ayu dan malu malu kucing gittew bluekkk...

Anonymous said...

lelaki2 skang memang mcm tuh eh?
aiyo..heran2..
patut ah dunia dah nak akhir zaman :P

hehe

patutnya mereka ah yang bangun kan dlm pape hal pun
tapi skang banyak perempuan yang terpaksa bangun berusara..
haiyak..kemanakah kelakian mereka
mungkin bimbang hilang kelakian sbb tu tak bangun ;)

haha saje je provoke..
sabo jelah zaty, bagus ah kita sendiri yang tergerak untuk ubah keadaan. Kalau bukan kita sape lagi! :D

izzati.abdullah said...

to zura:

hehe..thnks bg smgt..xtawla mereka zura.zaman da terbalik kut..org perempuan lagi brani kut..

to as:

yup btol..kalau kite xmerubah keadaan sape lagi kan??so kita yg sepatutnya berubah dahulu sblm kita mengubah seseorang!

Anonymous said...

thanks alot k zaty!

sorry laa baru nak say thanks, sebab lama gt dah xvisit blog k zaty~~ [kantooooooooi]

saaaaaaaaaaaaaaaaaayang kzaty!
muah muah :)

meen.