sudah lama saya mencari idea untuk menulis mengenai tajuk ini.alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk saya berkongsi ilmu dan pendapat dengan anda semua.bulan ini saja saya mendapat 3 warkah yang mengandungi kata sombong!saya kembali berfikir..benarkah saya sombong?kalau memang betul saya terima teguran itu dan ia sebagai peringatan yang Allah berikan kepada saya untuk membaiki diri.alhamdulillah..
message pertama:
saya terima dari seseorang sahabat kerana pada masa itu saya tidak mahu bercakap dengannya.entah kenapa saya pun tidak mengetahui sebab kenapa saya berbuat demikian.pada masa itu emosi saya kurang stabil tambah-tambah dengan stress musim exam.saya rasa hendak melontarkan amarah apabila saya bercakap dengannya dan untuk mengelak dari saya marah saya memilih untuk mendiamkan diri.ampun dan maaf buat insan itu yang terpaksa menghadapi karenah saya.
message kedua:
dari seorang sahabat yang berada jauh dibumi malaysia.saya terima message itu melalui testimonial di friendster kerana tidak meninggalkan komen di pagenya selepas saya 'view'.bak kata orang tidak meninggalkan jejak.sorry to her.speecless dan tak tahu nak tulis apa pada masa itu.hehe.sorry yep!=)
message ketiga:
dari ummi.terkejut amat sangat dalam message itu ummi kata nasihat.message itu mengandungi nasihat2 lain dan jangan sombong pun tertulis di situ.saya sedikit terkejut kerana ummi yang bagi.saya terfikir ada saya buat kesalahan ke sampaikan ummi menghantar message sedemikian.sudah lamakah saya tidak call atau message ummi bertanyakan khabar sampai ummi me'label'kan dan menghantar message jangan sombong!
terus mendail evoiz untuk call malaysia.tanya kenapa ummi menghantar message tersebut.ummi cakap dia ada dengar ustaz dekat masjid bercerita masa dia mula-mula nak datang belajar kat mesir dahulu ada seorang orang kampung memberi dia nasihat jangan sombong.pakcik tu kata "awang,pakcik takde duit dan apa-apa nak bagi.cuma satu pesan pakcik jangan sombong".begitu dalam makna dan nasihat pakcik itu.
jika mereka yang baru mengenali saya pasti ada tergerak hati dia ni sombong la.betul saya tahu kelemahan saya apabila first time berjumpa dengan orang saya kurang mesra.it takes time to me untuk mesra dengan orang.tapi once saya dah mesra anda akan tahu siapa saya!
terima kasih Allah kerana masih sayangkan saya.alhamdulillah.atas wasilah yang Engkau bagi aku kembali memuhasabah diri tentang sombong.kerana sombong iblis dikeluarkan dari syurga.kerana sombong firaun ditenggelamkan di laut merah.kerana sombong harta qarun ditenggelamkan...jauhilah aku dari sifat mazmumah ini!
jika dilihat ramai orang yang mempunyai sifat ini tanpa sedar ataupun tidak.ilmu yang sedikit sudah mahu menunjuk-nunjuk.harta yang sedikit sudah mahu bermegah.sebagai muhasabah siapakah kita mahu sombong dengan Allah.Allah yang mempunyai kekayaan dan kerajaan ini masih memberi kepada hambaNya walaupun hamba itu lalai dari melakukan tugasnya sebagai seorang hamba.Allah yang mempunyai ilmu seluas lautan sentiasa bermurah dengan hambaNya.kalau nak dibandingkan ilmu kita dengan Allah hanya titisan yang jatuh apabila dicelupkan jari ke lautan.subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..
cukup setakat ini dahulu penulisan saya.entry ini adalah peringatan untuk tangan menulis dan mata yang melihat juga sebagai muhasabah kita bersama(read this).takut pada masa akan datang saya akan ada sifat ini.mohon nasihat dan doa dari sahabat-sahabat supaya ingatkan saya pada masa depan supaya jangan sombong.
~ku akui kelemahan diri,ku insafi kekurangan ini~
No comments:
Post a Comment