Wednesday, February 18, 2009

Right and not Perfect,ok?

bismillahi walhamdulillah...

ingin bercerita mengenai kisah doktor neuroanat kami hari ini.the most favourite doctor!DR.ADEL BONDOK.hari ini doktor ajar spinal cord.pastu between the slide ade la dia letak gambar comey untuk menjadikan pengajaran dia kat kelas menarik.

tertarik dengan satu gambar pengantin tua.dalam gambar tu semua pengantin adalah warga emas.so doktor pun cakap la..jangan jadi macam mereka.kita selalunya memilih.memilih untuk yang sempurna lahir dan batin.tapi sepatutnya kita memilih pilihan yang tepat dan betul.

doktor membuat analogi tentang kisah train.kita menunggu sebuah train sampai tapi bila train tu sampai kita tak naik pun sebab train tak cukup sempurna.then the next train pass by.tak naik lagi.another train plak pass by.tak naik jugak.sampai bila kita akan terus menunggu?ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..buatla keputusan dengan baik..but its never too late!

teringat kembali kisah yang diceritakan oleh umi (medicmesir)pada malam kerana cinta tentang kisah cintanya sewaktu belajar di UK dahulu.beliau merupakan seorang pelajar yang datang daripada keluarga yang susah.hanya tinggal di rumah setinggan.

kemudian atas kecemerlangan beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang accountancy.aim beliau selepas spm hanya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut untuk membaiki taraf hidup keluarga.

dalam masa setahun, beliau save duit scholar dan dapat membeli rumah untuk family dia.beliau hanya menyewa rumah yang murah untuk menabung.cukup sekadar sebuah meja belajar dan sebidang tilam tanpa katil yang ada dalam bilik beliau dan almari pakaian terpaksa diletak diluar bilik.(bolehkah saya jadi macam umi?ni sikit-sikit nak merugut..rumah camtu la.camni la)

nasihat beliau masa belajar kena focus..focus..dan focus..betul-betul focus!tula yang beliau buat masa beliau belajar dulu.sampailah beliau dapat habiskan degree dengan cepat.by da time 21 beliau dah habiskan degree dalam accountancy.then sempat la kerja kat sana setahun.

beliau punya prinsip jika mahu berkahwin beliau mahukan lelaki yang terus mengajak berkahwin tanpa perlu melalui cabang-cabang cinta.kawan-kawan,cintan-cintun tak main ye..saya kagumi prinsipnya!

on her 22nd birthday ada la seorang jejaka call.but before that dan masa dia belajar dah ramai yang berminat tapi kesemuanya tidak serius untuk berkahwin.so beliau tidak mengambil cakna tentang hal tersebut.berbalik pada jejaka tadi.si jejaka cakap mahu berkenalan dan if everthing ok dia nak kahwin terus dengan umi.

then they decide to meet each other.mereka pilih satu tempat kat tengah-tengah antara London and Newcastle untuk berjumpa.umi tak nak si jejaka tu datang tempatnya takut orang salah anggap dan pandang seorang mengatakan mereka telah ber'couple'.mereka berjumpa di rumah kawan-kawan mereka yang dah berkahwin.

after that meeting umi call her parents cakap nak kahwin.then si jejaka tu pun cakap ngan parents umi 'saya nak kahwin dengan anak pakcik'.kemudian setelah urusan keluarga diselesaikan seminggu kemudian mereka membuat keputusan untuk pulang bertunang di malaysia.balik malaysia pun asing-asing.tak macam muda-mudi alaf baru,kalau dah couple tu yang duduk oversea nak balik satu flight.umi cakap takut terlentok masa kat atas flight yang perjalanan mungkin memakan masa hampir 10jam lebih.

then mereka bertunang seminggu kemudian.akad nikah dan majlis walimatul urus seminggu selepas bertunang.umi ada cerita dia hanya jumpa husband dia 3 kali sahaja.first masa meeting yang mula-mula di rumah kawan.second masa majlis tunang.third masa akad nikah.pesanan umi yang akan saya ingat 'solat hajat banyak2..doa supaya Allah bagi RIGHT person at the RIGHT time'.

cerita di atas sekadar renungan dan mungkin boleh diambil teladan dalam kisah hidup kita seharian.
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendak

p/s:hepi belated besday utk zura (17feb).smoga bjaya didunia n akhirat=)
~study smart,plan your study,pray hard~

No comments: