alhamdulillah kerana masih dikurniakan 2 nikmat iaitu iman dan islam.dan masih dikurniakan nafas untuk terus bernyawa di dunia ini.bangun pagi tadi saya dikejutkan dengan berita pengeboman di masjid husin kaherah mesir.read this.boleh juga baca post ust.salman.
selepas selesai membaca berita tersebut saya mendapat call direct dari malaysia.ummi call.jarang dia call kalau takde apa-apa yang penting.then saya call balik tanyakan kenapa.ummi risau kut sebab dari ayat dia "takde ape-apekan".lama jugak saya bercerita dengan ummi..
then sampailah kepada cerita ayahanda.ummi kata ayah dah makin kurus.sibuk dengan kerja.ada kawan ummi cerita ayah dibebankan dengan pelbagai projek atas kesanggupan pengarah.huhu.sedey la plak dengar.balik rumah dah petang.tak sempat nak rehat terus ke masjid.malam of course la dah tidur.so dah lama jugak kiranya saya tidak bercakap dengan ayah.sebab kalau call mesti dia dah tidur.
ummi kata doalah supaya ayah tidak ditukarkan ke tempat yang jauh.baru-baru ini ada ura-ura akan ditukarkan ke bintulu,sarawak.tapi my nanny tak bagi.biasa la orang tua tak nak bagi menantu kesayangan dia tu duk jauh then nanti susah nak jumpa dengan anaknya.ummi kata pengarah mahu ayah ditukarkan ke ibu pejabat di kuala lumpur.
saya cakap pergilah ummi nanti boleh jadi warga kota.takpun mintak tukar jadi pengarah di kota bharu selepas jabatan kimia kelantan akan dirasmikan tak lama lagi.hehe.the reality i don't want my dad to transfer to another branch.paling kurang pun ke kota bharu.boleh la saya melunaskan janji dengan orang-orang kb.paling best boleh makan nasi kerabu everyday.yeay!hehe.berangan je lebih.ape pun moga ayah ditukarkan ke tempat yang terbaik.
kesian kat ummi dah lama tak pergi bandar.kalau nak balik rumah tok (nenek) pun ayah hantar je then dia akan ke pejabat.di akhir talian saya dengar ada sendu...dan suara ummi pun dah lain.so cepat-cepat saya mencari alasan untuk menamatkan talian.tidak mahu sendu itu terus menjadi tangis...
hari ini kelas yang sangat penuh.sebelum ke kelas saya sempat meneguk satu mug nescafe untuk bekalan supaya tidak mengantuk didalam kelas.blaja kidney yang pening.so kena belajar balik.blaja embryo dengan Dr.Gamal yang strict (not enter after me) dan sangat best.belajar biochem yang menarik.then terus lab.
hari ini semua orang lapar.sebab kelas takde gap so tak sempat nak memborong bekalan.sampaikan doktor buat analogy untuk lab biochem sebut pasal jelly semua orang telan air liur.dan tidak kurang yang tersasul menyebut CREB menjadi KRIB (makanan arab macam lempeng yang ada inti or lauk kat dalam).
need to stop here.banyak keje nak buat.
p/s:
salam takziah untuk nana atas pemergian ayahnya dan intan atas pemergian ibunya.smoga kamu berdua tabah dalam menempuh ujian Allah.setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.smoga roh mereka ditempatkan bersama dengan para nabi,solihin dan mujahidin.al-fatihah.
do pray for my dad.smoga dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak ditukarkan ke tempat yang jauh.
ummi i miss u so much...
~F.O.C.U.S untuk M.U.M.T.A.Z~
No comments:
Post a Comment