bismillahi walhamdulillah..
sekadar peringatan untuk diri sendiri dan untuk penambahbaikan dari yang baik kepada yang lebih baik dan yang lebih baik kepada lebih lebih lagi baik..
1) kesilapan dan kegagalan membuka peluang mencari penyelesaian baru. ada masanya penyelesaian baru ini jauh lebih baik dan lebih berkesan daripada pendekatan sebelumnya. contohnya, anda mungkin tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan setelah berusaha gigih. tapi itu bukan penghujung sebuah kehidupan. bangunlah kembali, susun strategi, ambil langkah seterusnya dan jadikan kegagalan lalu sebagai batu loncatan untuk terus berjaya."gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya".
2) kesilapan dan kegagalan memberikan kita pengalaman. ramai orang takut mencuba kerana takut gagal. apabila begitu bagaimana kita mahu memperoleh pengalaman. apabila kita banyak kali mencuba dan banyak kali gagal, menjadikan kita orang yang lebih berpengalaman dan mampu membuat keputusan yang lebih bijaksana. cuba anda fikirkan siapakah yang lebih baik, seorang yang menjawab 1000 soalan dan salah 400 ataupun seorang yang menjawab 100 soalan dan salah cuma 40? ramai mengatakan 40 salah itu jauh lebih baik daripada 400 salah. tetapi cuba anda teliti, pelajar yang menjawab soalan 1000 soalan itu mempunyai 1000 pengalaman.oleh itu, jawablah seberapa banyak soalan yang boleh dan usah bimbang bagi melakukan kesilapan atau kegagalan.
3) kesilapan dan kegagalan membina peribadi. apabila anda gagal, anda dapat menyerahkan segalanya pada Allah kerana itu adalah yang terbaik buat anda yang telah diaturkanNya. anda seharusnya memilih untuk berundur sekejap, melakukan post-mortem, membuat penilaian mengenai usaha anda dan melangkah semula dengan lebih bergaya. ingat! berundur bukan bererti kalah, mengalah bukan bererti lemah. oleh itu, adakah anda mahu membina peribadi sebagai seorang yang gagal ataupun sebagai seorang juara?pilihan di tangan anda.
4) kesilapan dan kegagalan menyedarkan kita mengenai kekurangan dan kelemahan. dengan pengalaman ini kita dapat memperbaikinya dan jadi jauh lebih baik selepas itu. ia juga megelakkan diri kita daripada bersikap ego, sombong dan takbur. sekiranya anda gagal, bersyukurlah ada masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada. sekiranya anda tidak diuji dengan ujian ini anda mungkin masih lalai lagi dan tidak tahu sejauh mana kemampuan sebenar dan persediaan anda.
adapted from:
buku motivasi alihan pelajar
by Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad
PTS Millennia Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment