Friday, November 14, 2008

Arab MESIR yang ...!!!!

bismillahi walhamdulillah...

Renungan Hamba - Missile

hayati lirik dan lagu di atas.renunglah apakah kita sudah benar-benar menjadi hambaNya yang bersyukur dan menunaikan semua perintahNya.

di bawah ini saya bawakan satu kisah yang berlaku baru semalam.mungkin tidak berkait dengan lagu tersebut atau mungkin ada sedikit yang berkait.

begini kisahnya...

hari khamis merupakan hari yang paling best kerana esoknya cuti.oleh itu khamis adalah hari yang paling bersemangat untuk saya menghadiri kuliah.walaupun jadual semalam adalah sangat pack..bermula dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 3 petang dengan rehat yang hanya sejam.kami enjoy kuliah pada hari tersebut dengan kepala yang terasa penuh semacam...absorb..masuk je segala jenis informasi.

ketika mana semasa rehat semalam.seusai menunaikan solat zohor di musolla jamiah saya meneman seorang sahabat pergi membeli makanan.saya hanya membeli air kerana makanan saya sudah minta tolong orang lain belikan.selepas itu masuk kembali ke musolla untuk makan dan berehat.ini kerana kekurangan tempat yang boleh kami duduk untuk makan.walaupun makan dalam musolla kami tetap menjaga kebersihan tempat ibadat tersebut.

sambil makan kami bincangkan segala macam topik yang berkait pelajaran ataupun tidak.tiba-tiba datanglah seorang mak cik arab kepada kami bertanyakan tentang handphone.mulanya kami ingatkan dia mahu meminjam telefon.lama selepas itu, barulah kami faham bahawa telefonnya telah dicuri orang.dia mengesyaki salah seorang daripada kami (biarlah saya gelarkan ia A) mencuri telefon tersebut.ini kerana A telah duduk di satu tempat berhampiran rak kasut di mana tempat mak cik arab tadi percaya handphonenya telah dicuri.

oleh kerana kelas yang seterusnya akan bermula dalam 1o minit lagi,kami mengemas bag dan malas hendak peduli tentang mak cik tersebut kami meninggalkannya.sebelum itu kami terangkan padanya bahawa itu bukan handphone miliknya sebaliknya milik si A.namun dia masih tidak percaya.masih mengatakan bahawa handphonenya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan si A.nasib baik dekat belakang handphone tu ada sticker yang menandakannya milik si A.kalaulah tidak ada sticker tersebut mungkin makcik tersebut akan mengatakan telefon itu miliknya.kemudian kami berlalu ke kelas.hanya tinggal si A dan B di belakang.masuk ke kelas untuk subjek physiology - central nervous system.saya ingatkan sudah tamat episod handphone tersebut di situ.

tamatnya kelas physiology tersebut,dengan muka keletihan semua orang hendak pulang menuju destinasi masing-masing.tiba-tiba ada 2 orang arab ni (makcik tadi dan seorang lelaki mungkin suaminya) berlari mengejar si B.mungkin dia nampak si B.B yang terkejut terus mencari si A dan berteriak supaya si A lari.nasib baik kelas kami di tingkat 2 yang mana menempatkan pejabat dean faculty of medicine.so si A pun berlarilah ke dalam ruang pejabat tersebut.kecoh di luar pejabat dengan pertanyaan makcik dan pakcik arab yang bertanyakan kenapa ada orang mengejar budak malaysia.kami bagitahu bahawa ada orang mencuri telefon di surau pada zohor tadi.

rupanya selepas kami naik ke kelas si A dan si B masih menjawab pertanyaan daripada makcik arab tersebut dan beberapa orang pelajar yang curious tentang kejadian itu di musolla.budak arab terbabit siap bertanya siapa speed dial yang berada dalam handphone si A.

kisah di dalam pejabat dean pula.ada seorang arab ni yang membuka dan meneliti telephone tersebut.kemudian dia mengatakan bahawa telefon tersebut adalah dari malaysia kerana kalau dari mesir mestilah mempunya tulisan arab.namun ada lagi pakcik-pakcik kat situ yang tidak percaya meneliti lagi telefon tersebut.kemudian barulah dia bertanya makcik tu no handphonenya.mak cik tu dengan muka selamba menjawab saya tidak ingat.boleh ke percaya.biasanya orang tidak ingat apabila menggunakan no baru.tapi tak tahu la mak cik tu berbohong ataupun tidak.hanya Allah sahaja yang tahu...

si A mesti dalam trauma.dikejar oleh arab yang menuduh dia mencuri.padahal si A tu di kalangan kami memang terkenal dengan sifatnya yang lembut dan tidak ambil peduli dengan keadaan sekiling.ya Allah jauhkan kami dari fitnah dunia...

kejadian mencuri makin menjadi-jadi sekarang.tidak kira di mana di bumi mesir.pantang nampak berharga pasti diambilnya.ada seorang sahabat hilang telefon canggihnya di farmasi ketika dia sedang membeli ubat.sedikit kealpaan sahabat itu yang tidak ingat telah mengundang manusia yang tangan panjang mengambil dan menyebabkan dia kehilangan telefon pemberian ayahnya.ada pula yang tengah sibuk menaip message di jalanan,tiba-tiba telefonya disambar oleh arab lalu lesap.kemudian baru-baru ini, rumah junior mara yang terletak berhampiran istad (stadium) jamiah telah dipecah masuk.banyak juga barang yang dicuri.make up,perfume and comforter.namun yang peliknya laptop tidak dicuri..yang dicuri make up,perfume..adakah pencuri ini perempuan??

saya juga pernah kehilangan purse ketika di alex.hilang semasa menaiki tremco.ketika hendak turun ada 2 orang arab yang menghalang laluan.kemudian selepas tremco itu berlalu, tengok bag telah dibuka zip dan ringan.nasib baik rezeki handphone masih ada.ketika kejadian saya memang tidak sedar dan macam tidak tahu apa-apa..

bermacam taktik dan teknik yang digunakan oleh pencuri moden.mereka mencuri mungkin akibat tekanan hidup yang memerlukan kos yang tinggi.pukau salah satu cara yang digunakan oleh pencuri.oleh itu, sahabat-sahabat sekalian berwaspadalah kita pada sesiapa pun walau di mana anda berada...selalulah mohon doa dengan Allah moga kita dijauhi dari sebarang kejadian yang tidak diingini dan semoga Allah menjaga kita..

doadoadoa

5 comments:

As said...

I leave to Allah to take care of you :)

Anonymous said...

Oh, tak pernah lagi saya alami peristiwa macam ni di Mesir... Memang menaikkan darah. Pernah tengok video pencuri yang tertangkap di Rumah Terengganu?

Sebelum bertawakkal, perlu ada usaha. Jenayah berlaku kerana adanya peluang. Jadi, ambil la langkah berjaga-jaga.

(Oh, idea untuk post baru!)

afifah.ahmad said...

akk lak, pas kasik speech mase orientation, tinggalkan beg kt blkg stage, then bile amek beg balik, bile nk amek duit nk byr duit evoiz, terkesima jap, duit lesap sama skali dalam purse, tinggal satu ringgit msia aje.. :(( ilang almost 200geniih! semoga Allah gantikan dgn perkara y lebih baik~ :)

izzati.abdullah said...

to as:

ameen..tq for the prayer..

to rdhanz:

tulis2.nnt da siap bg link sy bace..btol.beringat sebelum kena.kalau da kena moga Allah ganti yg lebih baik..

to kakpah:

ye ek kakpah?orientation ari tu ke??sape suh tinggal kat situ tanpa penjaga..u need to be more beware next time yep..jgn tggl daging kat pasar lagi!!!!

Anonymous said...

http://rdhanz.blogspot.com/2008/11/penulis-bebas.html

Lepas ni nak tulis pasal Pow (mugging) pulak... ISA.