Tuesday, November 11, 2008

election day for PERUBATAN..mansoura

bismillahi walhamdulillah..

last week,there was an election day for muhafazah mansoura.the election was held at the Dewan Persada Jazirah al-Ward,Utubis Jadid,Mansoura.the election time started from 730am until 1130am on 7th November 2008.

semua ahli perubatan cawangan mansoura diwajibkan keluar mengundi (2nd year,3rd year and 4th year sahaja yang dibenarkan mengundi berdasarkan syarat yang telah dikeluarkan oleh jpp dan termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN iaitu setiap perwakilan yang layak membuang undi mestilah telah menetap dan mendaftar sebagai ahli PERUBATAN selama setahun-correct me if i'm mistaken)

pada hari itu juga merupakan hari Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-2.bermacam benda dibincangkan.pembentangan laporan oleh setiap unit dalam PCM.dimulakan dengan unit sukan dan aktiviti luar.berkisar tentang aktiviti yang diadakan sepanjang tahun antaranya family day untuk ikhwah dan akhowat,futsal,lawatan,taaruf day,sure raya dan lain-lain lagi.thanks to Faisal dan Milah kerana berjaya melakukan tugas dengan baik.

kemudian diteruskan dengan unit kebajikan dibawah Nabil dan Syakila.unit kebajikan ditugaskan menjaga kebajikan ahli PCM khususnya dan ahli PERUBATAN mesir amnya.ini kerana berdasarkan motto dan teras utama kenapa Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia Mesir yang sebelum ini namanya Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir.aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan kutipan tabung kasih sayang (TKS) dan mengutip derma kilat jika terdapat ahli PCM atau muhafazah lain yang ditimpa musibah.TKS dikutip dari pelajar-pelajar yang mendapat tajaan seperti JPA,MARA,yayasan negeri dan wilayah.kutipan dilakukan secara berkala iaitu 3 bulan sekali selepas pelajar-pelajar ini dimasukkan wang atau check.

selesai unit kebajikan, unit ekonomi mengambil alih.unit ekonomi dibawah pimpinan Mujahid dan Qayah mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan kerana berjaya mengutip untuk sebanyak LE5270.25.hasil keuntungan daripada jualan t-shirt,evoiz,ym dan macam-macam lagi.tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan tahniah juga kepada ahli PCM kerana anda telah menyumbangkan untuk keuntungan PCM.teruskan usaha anda untuk memberikan keuntungan kepada PCM.

selepas itu, unit penerangan dan penerbitan diberi masa untuk membentangkan laporan.unit ini dipegang oleh Affan dan Ain.unit ini banyak membantu PCM dalam mempromosikan PCM di alam maya menerusi blogspot PCM.unit ini juga ada mengeluarkan risalah untuk tarbiyyah dan informasi terkini.mengedarkan tibbians keluaran perubatan pusat dan mengedarkan penjualan album kenangan as-syifa yang memuatkan alamat dan gambar ahli perubatan seluruh Mesir.tahniah pada mereka.majulah blog PCM untuk kebaikan ahli.

mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan oleh unit perumahan.ketua unit perumahan tidak dapat hadir kerana masih bercuti di malaysia.laporan unit ini dibentangkan oleh bendahari pcm (ikram) dan timb.ketua unit iaitu aimi.unit ini banyak membantu ahli untuk mencari rumah.tugas unit ini sangat berat kerana terpaksa keluar untuk mencari rumah kepada junior baru sehingga tertubuhnya skuad unit perumahan pada cuti summer yang lepas demi mencari rumah untuk adik-adik junior yang bakal sampai.merekalah yang banyak deal dengan arab tentang sewa rumah dan barang-barang yang perlu tuan rumah beri seperti dapur,sakhonah(water heater),katil dan almari.mengeluarkan pekeliling perumahan kepada ahli demi masa depan,takut-takut nanti ada yang menyewa rumah dengan harga yang tidak berpatutan.LE2000 untuk rumah yang tidak mafrusyah(furnished).namun oleh kerana sangat ramai pekeliling ini hanya berjaya dalam 60% sahaja.kekangan harga minyak dunia yang naik secara mendadak menyebabkan banyak rumah telah dinaikkan sewa.tahniah sekali lagi untuk unit ini.(ramai ajk unit ini meshi-meshi arabnye..hehe)

sebelum berhenti rehat untuk solat jumaat, unit akademik dibawah pimpinan Safwan dan Dayah mengambil alih.unit ini banyak membantu ahli dalam pelajaran.memantau kuliah,mengadakan study group dibawah pimpinan senior,talk show,medical check-up,taklimat akademik,bookmark sebelum exam dan kad semangat untuk ahli yang mengulang tahun.tidak dilupakan unit ini telah menubuhkan unit kaunseling untuk kemudahan ahli yang tidak tahu kemana mahu menyalurkan masalah.selain itu unit ini telah mengumpul dan menganalisa markah exam ahli yang mana seramai 34 orang 1st year tidak dapat naik ke tahun 2.seramai 8 orang tidak dapat naik ke tahun 3 dan 3 orang tidak dapat naik ke tahun 4(failure is a delayed success-untuk entry yang akan datang).unit ini juga ada mengedarkan risalah Kempen Kecemerlangan Kendiri (KKK) yang dilancarkan selama fatrah exam.akhirnya semoga exco tahun hadapan lebih mementingkan akademik dan kebajikan pelajar-quote from syakila.

mesyuarat berhenti rehat untuk memberi laluan kepada solat jumaat dan lunch.roti sardin dan shai(tea) diberi pada sebelah pagi dan nasi ayam bersama asir mangga untu lunch.tq unit makanan MTC-->unit saya dibawah ketua:abdullah tahir dan timb:asma

mesyuarat bersambung kembali sekitar jam 2 petang.kali ini laporan disampaikan oleh unit yang paling berat(unit Pembangunan Insan-UPI),membantu tarbiyyah dan biah solehah dikalangan ahli PCM dan telah dipegang dengan jayanya oleh Izzat Hadi dan Irhaam.banyak aktiviti yang dilakukan oleh mereka secara berkala dan tidak berkala.aktiviti berkala seperti smart circle (muzakarah bersama ustaz dan ustazah dirasat), diskusi kitab dan risalah hibrul ummah.manakala program tidak berkala pula seperti kempen biah solehah,kempen true muslimah,the sacred night of love,intro-colloquium (IQ) dan perasmian beyt muslim.marilah kita sama-sama menolong UPI dalam membentuk dan mencorakkan tarbiyyah di bumi mansoura.amal-makruf nahi mungkar.

kemudian diteruskan dengan jabatan bendahari, jabatan setiausaha, dan majlis pengerusi.jabatan perbendaharaan diterajui oleh bendahara PCM 07/08:saudara ikram dan bendahari: saudari amani.jabatan ini memyimpan rekod keluar masuk wang PCM.menguruskan hal berkaitan beras dan aset PCM.tahniah kerana berjaya menjalankan amanah.

jabatan setiausaha pula dipegang dengan penuh dedikasinya oleh saudara Muaz dan Saudari Yana.merekalah antara orang yang paling sibuk.ke sana ke mari menguruskan borang keahlian perubatan, menyampaikan maklumat dan pengumuman terkini PCM dan menyimpan rekod ahli.syabas untuk jabatan ini.tapi ada yang mempertikaikan kenapa nama tidak ada dalam senarai yang boleh mengundi.masa orang mintak borang tak nak hantar,masa orang kutip yuran tak nak bayar.tapi time nak mengundi baru duk sibuk nak datang.keluhan kekesalan kepada mereka yang tidak mengambil berat hal ini.borang keahlian sebenarnya hendaklah dimohon bukan untuk dihantar kepada ahli.isu ini bertambah berat kerana kebanyakan ahli yang datang melalui ajen tidak memberikan kerjasama kerana mereka telah di'brain wash' oleh agensi berkenaan.kesian kat setiausaha turun naik imarah(bangunan yang penempatan) berjalan ke sana ke mari minta borang dihantar.

majlis pengerusi diterajui oleh saudara Izzat Kamal (Rais) dan saudari Husna (Raisah).dibawah majlis ini terdapat 2 unit lain yang dipantau iaitu unit beyt muslim dan unit Hisbah.walaupun kedua-duanya masih belum menjadi ahli beyt muslim.hehe.insyaAllah ameen..moga-moga Allah mudahkan urusan mereka yang ingin menjadi ahli beyt muslim.unit beyt muslim diketuai oleh nik fareez dan isterinya husna zainy.unit ini berkeahlian seramai 4 pasangan.mungkin akan bertambah pada masa hadapan.insyaAllah..ameen3x.unit Hisbah pula ada mata-mata yang akan memerangi maksiat.ajk unit ini dirahsiakan demi keberkesanan untuk mencegah maksiat.jika terdapat maklumat ada yang melakukan maksiat boleh menghubungi ketua dan timbalan (abdullah tahir dan azzah hanim) melalui no hp.

mesyuarat kemudian beralih kepada pembahasan usul.panjang pula kalau hendak diceritakan.usul berkenaan mewujudkan jawatan timbalan pengerusi I untu ikhwah dan timbalan pengerusi II untuk akhwat bagi membantu pengerusi menguruskan persatuan.namun usul ini terpaksa dibawa ke mesyuarat agung perubatan kerana jika diwujudkan maka melanggarkan perlembagaan perubatan 07/08.kemudian usul yang ke-2 iaitu memperkasakan unit hisbah demi masa depan PCM yang semakin bertambah ahlinya.usul yang ke-3 pula adalah menyerapkan (bermaksud bernaung) Mansoura Manchester Medical Community (MMMC) dibawah majlis pengerusi.usul ini sangat lama dibahaskan dan akhirnya dibawah kesepakatan undi maka MMMC telah diluluskan dan bernaung dibawah majlis pengerusi.last but not least, usul yang ke-4, mengubal syarat untuk calon yang carry subjek tidak boleh menjadi calon untuk election.tetapi usul ini telah ditarik balik oleh pencadang kerana ingin dibawa ke mesyuarat agung perubatan.(naseb baik ditarik balik.kalau tak confirm habis lagi lambat..huhu)

sebelum sampai ke penghujungnya sesi cadangan dan muhasabah daripada perwakilan untuk membantu meningkatkan kualiti dan kebajikan PCM.mesyuarat berakhir dengan ucapan daripada setiap exco.

JPP section

inilah masa-masa yang ditunggu oleh setiap perwakilan.the result of election day.walaupun masing-masing sudah keletihan,namun apabila sampai pada waktu ini ramai yang kembali bersemangat.pengumuman exco baru PCM 08/09 yang mana pada tahun ini mengabungkan student medic conventional,mansoura-manchester (PBL) dan dentistry.keputusan ini disampaikan oleh Zulhakimi pengarah JPC mansoura.nama pengarah dirahsiakan demi ketelusan jawatankuasa ini sehinggalah di'ekpose' pada hari pengundian.keputusan penuh boleh anda lihat di sini.gambar exco baru sila rujuk gambar dibawah.
sekalung tahniah dan takziah untuk barisan kepimpinan baru PCM.selamat menjalankan amanah dengan sebaiknya.walaupun tanggungjawab anda telah bertambah satu lebih dari orang lain tapi ingatlah bahawa anda terpilih kerana anda telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakannya.selain persatuan janganlah diabaikan perkara utama kenapa kita datang ke sini iaitu STUDY.study adalah yang pertama tapi persatuan bukan ke-2.moga Allah membantu kalian.peringatan untuk diri ini juga..

sekian melaporkan
pemberita bebas
-beyt hannan-
955am
11-11-08

p/s:good luck to all spm candidates..kak lang n arham do ur best ye!!!kakok @ kak nurul doakan yang terbaik utk kalian..rabbuna najahkum..

6 comments:

As said...

heh kat sini lum wat election :D

afifah.ahmad said...

haa ini diaaa~pemberita PCM terbaru mansurah~ =p

izzati.abdullah said...

to as:

hehe..masuk u baru taw menda2 cam gini..da buat nnt crite yep.tu baru kat mansoura blom kat cairo utk perubatan seantero mesir

to kakpah:

hak2..hak2..saje bile mata mengantuk idea datang..wakla menda ni..hehe.nnt leh tlg kakpah tulis berita!!

Jepah said...

bakpe gambor aku xdop dlm pencalonan ni???? hmmm...

Anonymous said...

panjangnyaaa!!!! wahh siyes ada bakat jadi pembaca berita! hehe ;D

izzati.abdullah said...

to jepah:

eyt perasannye..nk wak menda gmbo mg wahai jpah..aku nk gmbo kat tanjung lumpur ari tu..nway slmt berhol la..amik gmbo reunion byk2 k??

to zura:

hahaha...lenguh tangan nulis berita.camnela reporter akhbar tulis news ek??sape suruh bace sgt..keke.jasamu dihargailah wahai pembace..teruskan jadi pembaca setia