Sunday, December 30, 2007

--future doctors should try this--

The medical specialty for you is.... Surgery

Surgery is the best of all specialties. As a surgeon, you will work hard and be paid well for your efforts. Now that all your cutthroat behavior is finally paying off, you will obtain extreme satisfaction from opening up peoples' bodies and thereby saving their lives. Every once in a while, you'll accidentally sew up the body with your wristwatch inside, but no one will be the wiser.

To find out what specialty best fits your unique personality, go to:

What Medical Specialty Is For You?

dun know da test is true or not.but u should try it.wak suke2..n da test is not the matter...but we should stdy hard to achieve our ambition n continue for da specialty..insyaAllah lets pray for all future doctors..n balik berkhidmat utk agama bangsa n negara..

Friday, December 28, 2007

--Fadhilat Menuntut Ilmu--

1-surah ali-imran ayat 18:

Allah menyatakan bahawa tiada tuhan yg selain Dia;(demikian pula) para malaikat dan org yg menuntut ilmu yg menegakkan keadilan;tiada tuhan selain Dia,Yang Mahaperkasa,Mahabijaksana.

Allah memuliakan org yg menuntut ilmu pada tangga ke-3.yg pertama adalah Allah.yg kedua adalah malaikat.

2-surah al-mujadalah 11:

wahai org2 yg beriman!apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2,"maka lapangkanlah,nescaya akan memberi kelapangan utkmu.dan apabila dikatakan,"berdirilah kamu,"maka berdirilah,nescaya Allah akan mengangkat (darjat) org2 yg beriman antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat.dan Allah Mahateliti apa yg kamu kerjakan.

Friday, December 21, 2007

--eid di mansoura--

salam eid adha 1428 pd sume..

rasenya dah tulis ari tu..tp ntah cam mane hilang..kuasa Allah..
kepenatan setelah pulang dari cairo..sampai di rumah kira2 pkul 10 lebih..mata dah mmg xboleh bukak.hnya ingt bantal katil n saratoga sahaja..

alhamdulillah esknya kami dijemput ke rumah hamra'1 n rumah kak tuna n ust nasir..hamra'1 kami makan laksa penang.sedap sekali..nk tmbh malu..coz teringt rumah yg satu lagi..pas asar kami ke rumah kak tuna.mulanya kami xkenal n xtahu pn rumah kak tuna kat mane.tnya punye tnya rupenya2 rumah kak tuna tu satu lorong ngn rumah hamra'1 kat dirasat..jln dpn aswaq yaseen..di sana kami dijamu dgn mee kari..alhamdulillah kenyang..kak tuna join venture ngn rumah sorg lagi madam kak ti..kak ti ni dh sarat..tunggu mase nk bersalin je..

alhamdulillah hari ni hari ke3 raya kami dijemput ke rumah mantan ydpah atau naib pengerusi hewi dpmm 06/07.rumah ibu n kak tirah (ex-dq diploma).kami dijamu ngn mee..xtahu kuah dia nk dikategorikan sbg ape..sbb dia ade dua rasa..cam kuah laksa penang n kuah kari..huhu..sedap..then pegi pasar beli ikan...xramai sgt kedai yg buka..tp the most thng i hate is when it's raining in egypt it's going to become so becak..especially souq..huhuhu..kotor..geli nk jln..then kami meneruskan kembara ke rumah kak zara (ex-housemate kak rohazlina)..makan nasi bubur n soup..best!!makan begedil aka bedegil..suka sngt benda ni..teringt kat uia dulu ade rumate yg suke makan begedil ni (syazlin)..


then kami pulang ke rumah..b4 dat sempat memborong 2kg sunkist..hehe..winter ni..adalah syurga buah..hehe dapat makan faraulah (strawberry) n burtual (orange) dgn harga xsampai LE5..kalu kat dikira duit malaysia bout RM3..bak kate junior..egypt i fall in love with ornge..gege..


raya2 jugak..stdy tu kena..xm dah dekat ni..xsmpi sebulan dah..tp jadual xm xkluar lagi..huhuhu..so kena sedia awal n prepare for da best,k??

chayok..here you go..aja2..basha..fighting..mumtaz..ameen!!!

Thursday, December 20, 2007

~qurban at cairo~



ni lagi satu pict..sembelih dlm pagar rumah..malaysia mane ade..sbb kat egypt ni xde kawasan lapang or padang except hadiqah yg dijadikan taman2 utk bersiar2 n berjalan-jalan di hujung minggu.kasihan kat budak2 nk main..xde halaman rumah..diorg punye rumah ni cam apartment kalau diistilahkan kat malaysia.tp apartment yg low skit dr apartment kat mesia..bkn nk kutuk or ape..itu kenyataan..tp best n syukur pada Allah dpt kenal bumi nabi musa n firaun ni..negara arab biasa eid adha lagi meriah lagi eid fitri..kalu kat cni arab tyme eid fitri dia jalan2 kat hadiqoh..xde la buat open house..juz bersiar2 n ziarah family..hbskn mase ngn kluarga..



lembu yg telah terkorban..arab ni main sembelih depan rumah.xyah pakai daun pisang or or daun kelapa..main ciang kat atas lantai or jalan2 kat dpn pintu rumah mereka..amazing story in egypt..smpi darah mengalir di depan pintu n jalan2..diorg sembelih xde la gotong royong cam kita..kalau kambing tu sorang je yg jd tukang sembelih..main pegang kambing punye leher then sembelih..arab ni kalu kambing sorang seekor pn boleh hbs..sape2 yg ade darah tggi tu hati2 makan daging kambing ni..nnt darah naik..




unta yg bakal dikorbankan..sy amik satu bahagian..dats my unta..

Sunday, December 16, 2007

--ape itu bid'ah??pendapat izzuddin assalim(sultanul ulama'=sultan kpd ulama'2)--

alhamdulillah syukur seinfiniti dgn nikmat kurniaan Allah pada kita semua..nikmat yg paling besar dlm hidup ini adalah nikmat iman n islam..alhamdulillah..

skadar perkongsian ilmu yg sy dpt dr kawan yg menghadirkan diri utk kls tafsir n tawheed yg diadakan stiap pg oleh ust salman..

syukur krn walaupn xdpt pergi ke kls tersebut pg td kerana Allah amik nikmat kesihatan sekejap..namun masih ade kesempatan bg sy utk mendengar ilmu tersebut dr org lain..alhamdulillah..

bid'ah

dari segi bahasa bermaksud apa2 yg direka tanpa ada wujudnya sbelumnya itu.
dari segi syariat bermaksud apa2 yg diperbaharui yg menyalahi syariat.

dibahagikan kpd 5:

(1)-bid'ah wajib: iaitu bid'ah yg wajib dilaksanakan sprti contoh pembukuan al-quran dlm mashaf.ia tidak dilakukan di zaman rasulullah.sbaliknya hanya ditulis di atas kulit2 kayu n batu utk tujuan penghafalan.atas initiatif oleh khalifah uthman bin affan al-quran telah dibukukan dlm satu mashaf yg diambil name sempena nama beliau iaitu mashaf uthmani.tujuan pembukuan al-quran ini adalah utk mengekalkan al-quran supaya boleh diturunkan oleh kpd generasi akan dtg.disbbkan oleh ramai para huffaz telah syahid di medan perang khalifah uthman takut akan hilangnya al-quran di muka bumi.namun Allah telah menetapkan bahawa salah satu mukjizat al-quran ialah kekal hingga akhir zaman dan Allah akan menjaganya supaya xhilang dari muka bumi ini..
berkat cetusan idea oleh khalifah uthman dan mukjizat al-quran kita masih lagi dpt membaca al-quran yg di turunkan kpd nabi saw.

(2)-bid'ah haram: iaitu org jahil xmempercayai ulama.lebih mengagungkan artis pelakon dari ulama.mereka kadang2 mencaci,menghina dan mengabaikan ulama dalam menetapkan hukum syariat.tidak menghormati org tua.skrg ramai antara org2 yg berjaya mengabaikan ibu bapa mereka.ada yg sanggup menghantar mereka berdua yg telah bersusah payah membesarkan,menyekolahkan,memberi wang shingga berjaya ke rumah2 org2 tua dan membiarkan mereka tnpa dijenguk.sama2 lah kita menjauhi perkara ini..

(3)-bid'ah sunat: iaitu seperti solat terawih berjemaah pada bulan ramadhan di masjid2.krn para sahabat yg menlakukan perkara tersebut.krn rasulullah saw xmewajibkn perkara tersebut.jika baginda saw mewajibkan maka akan menyusahkan ummatnya..maka yg disarankan adalah dgn berjemaah di rumah di mana suami menjadi imam kpd isteri dan anak2..ape salahnya kita ikut benda yg baik,selain dapat bertaaruf dgn jiran2 di masjid kita jugak boleh beriktikaf di masjid yg mempunyai pahala dan ganjaran yg besar.

(4)-bid'ah makruh: menetapkan hari utk melakukan ibadat2 tertentu.contohnya menetapkan tiap2 malam jumaat sahaja perlu membaca surah yaasin.tidak pada malam2 yg lain.jika benda tu baik.maka kita hendaklah istiqamah melakukannya.tidak hnya menetapkan pada hari2 atau waktu2 tertentu sahaja.

(5-bid'ah harus: dalam bab makan dan minum.rasulullah saw hanya makan 1/3 sahaja dari perut baginda.baginda apabila baginda lapar dan berhenti sebelum kenyang.kita boleh amik pengajaran dari perkara ini kerana kita makan untuk hidup dan bkn hidup utk makan.manakala 1/3 untuk air dan minuman dan 1/3 lagi utk udara.

wallahu'alam..
smoga jadi iktibar dan pengajaran.

kitab nur zhulam..

Friday, December 14, 2007

--busy--

salam pertemuan kembali buat sahabat yg berada di bumi malaysia n mesir..n xkirala di mana mereka berada sekarang..

disebabkan byk tanggungjawab yg perlu dilaksanakan..dah lame kiranya sy xupdate blog ni..

byk dugaan yg terpaksa di hadapi sejak kebelakangn ni..
sabar n tabah wahai diri..sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar..
sabar tu ade manisnya..sabar tu ade nikmatnya..

berjuang di jalan Allah ni byk ujian..sedangkan rasulullah saw pn diuji dgn macam2 inikan pula kte insan biasa yg sudah pastinya byk ujian utk menaikkan darjat..

ya Allah tabahkan hatiku...moga ku sabar dlm meneruskan perjuangan ini..

Tuesday, November 20, 2007

--cara menutup aurat yg dituntut oleh islam--




BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »



d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

adapted from:


by
nur_izz

Sunday, November 4, 2007

--HE knows BEST--



jgn bersedih jika anda tidak mendapat ape yg anda inginkan..tp bersyukur lah dgn ape yg ade..keep on praying..He will answer your prayer within da suitable time He decide not wat u r decide..insyaAllah..

spt dalam firmannya...berdoalah kepadaku..nescaya aku akn kabulkan..tidak di sini kte akan dapat balasan di sana..insyaAllah..

Thursday, November 1, 2007

--ikhlas--

ikhlas...satu perkara yg kadang2 kte sbgai insan yg bergelar muslim hanya memandang enteng perkara ini.kdg2 terfikirkah kalian bahawa terima atau tidaknya satu2 ibadah dan amalan kte adalah dgn ikhlas kepada Allah..selain niat..ikhlas merupakan satu elemen penting dalam ibadah.


ikhlas patut diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian..namun,bercakap atau menyebutnya begitu senang..n cukup payah untuk dipraktikkan..kerana ikhlas merupakan ibadah hati..hanya Allah yg menilainya..tidak pada manusia..manusia hnya mampu mem'gred'kan pekerjaan seseorg dgn A+..A..B..C..mumtaz..jayyid jiddan..jayyid..bagus..ahsan..baik..dan sebagainya..tp yg menilainya hanyalah Allah..

oleh itu kte sbg sorg hambaNya perlulah ikhlas melakukan amal dan pekerjaan supaya mendapat ganjaran yg baik di akhirat kelak..

sbg contoh..ikhlas kan niat kte dalam menuntut ilmu Allah ini..ape yg kte korbankan dan perjuangan dalam menuju jihad ilmu ini biarlah hanya Allah yg menilai..buat la ape sahaja yg kte mampu tp ikhlaskan niat kpd Allah..biarla ape yg org nk kate kat kte..tp yg penting Allah lah yg menilainya..

pesanan buat tngan yg menulis dan mata yg melihat juga..smoga kte same2 amalkan..muhasabah la stiap amalan kte..

Thursday, October 18, 2007

--tiupan roh perjuangan buat sahabat2 seperjuangan di mana sahaja mereka berada di bumi Allah ini--

saat aku makin lemah,
makin tunduk dengan kelemahan diri,
kau hadir menghulurkan bantuan,
kau tak jemu menanamkan azam..

ya Allah,
kuatkanlah & tabahkanlah hati
hambaMu ini,
sesungguhnya aku kerdil di hadapanMu

kekadang terasa,
aku harus berhenti di sini...
penat!!!perit!!!

tapi,
KAU tiupkan janjiMu...
seorang tabibah yg menjaga aurat
dan kebajikan saudaranya,
akan didoakan oleh 70 000 malaikatMu...
ALLAH..

aku ingin menjadi salah seorang dari
insan bertuah itu..

mampukah aku???
layakkah aku???
layakkah aku meminta dariMu sedangkan
aku sering lupa & alpa padaMu..

ya Allah,
sesungguhnya aku tak kuat..
untuk hadapi semua ini keseorangan..
ampunilah aku,bantulah aku ya KAREEM!!!

kurniakanlah aku seorang sahabat yg mampu
membantu aku meniupkan roh semangat perjuangan..
moga2 kami menjadi muslimah doctors yg berjaya..
di dunia dan akhirat..

sesiapa yg berusaha mencari ilmu malaikat akan payungi dirinya dengan sayapnya..same cam kte menghadiri majlis ilmu tak kira ilmu duniawi ataupn ukhrawi..yg penting ilmu itu berguna utk semua..

mempelajari ilmu tibb adalah fardhu kifayah & yg terbaik bagi perempuan kerana di sisinya aurat dan tarbiyyah akan terjaga..smoga kte menjadi salah seorang darinya..muslim doctor..not doctor muslim only!!

sesiapa yg mendampingi,membantu orang sakit, Allah kurniakan padanya rahmat dan hidayahNya, menurunkan 70 000 malaikat mendoakan kesejahteraannya..

Friday, October 12, 2007

salam eidulfiitri 1428H

Create your own banner at mybannermaker.com!


buat keluarga di terengganu..especially ummi n ayah,tok,mak sedara n pak sedara,cousins n anak sepupu..
buat sahabat2 di smka tok jiring,uia pj,uia kuantan,ex-dq..
guru2 n lectures..
n sape2 yg kenal diri ini..

selamat hari raya eidulfitri..
maaf zahir dan batin..
makan ketupat lemang rendang kueh raya tu ingt kat org yg jauh jugak yep..
salam kerinduan dari bumi an-biya'..

Tuesday, October 2, 2007

"kenapa anda mahu jadi doktor?"

adapted from:www.saifulislam.com

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
”Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
”Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.

”Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

”Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan kemudahan untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ’termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
”Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ’melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, CEO kita adalah Allah. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

--Ujian yg Maha Hebat--

ya Allah tabahkan hatiku dan sahabat2 semua yg dipilih olehMu utk diuji sekali lagi..aku bersyukur ya Allah..atas ujianMu..aku redha ya Allah..moga2 dgn ujian ini meningkatnya imanku kpdMu..aku bersyukur kerana Engkau kurniakan kepadaku sahabat2 yg membantu..alhamdulillah..

cuma skrg aku perlu mencari balik semangat yg telah hilang,perlu digilap kembali semangat yg telah pudar..bantulah hambaMu ini ya Allah..

aku lemah tanpa kekuatan dariMu..
aku tempang tanpa pimpinanMu..

bukan sedikit yg perlu aku korbankan..hanya kpd Engkau aku berserah segalanya..Engkau lebih mengetahui ape yg terbaik buat hambaMu..Engkaulah sebaik2 perancang..ya Allah tabahkan hatiku..

ya Allah..jika ujianMu ini merupakan wasilah untukku supaya kembali kpdMu,kembali istikhoroh apakah ini yg terbaik buatku atau sebaliknya..Kau tunjukkn lah petunjukMu supaya aku tidak sesat..Kau berikanlah aku panduan apakah ini pilihan terbaik buatku..tunjukkan lah ya Allah..

Allah..
Engkau lah tempat aku mengadu..tempat aku berserah..

Thursday, September 13, 2007

--ahlan ya ramadhan--

ramadhan kareem..
kullu sanah waantum tayyibin..
kullu am waantum bikhair..

Send this free eCard
Send this eCard !

Sunday, September 9, 2007

ya Allah...

aku serahkan semuanya padaMu..
moga2 Kau berkati aku dan beri aku kejayaan..ameen!!!

i miss my family..frens..n malaysia..

ya Allah...

aku serahkan semuanya padaMu..
moga2 Kau berkati aku dan beri aku kejayaan..ameen!!!

i miss my family..frens..n malaysia..

Sunday, September 2, 2007

--kawan2 saya--


apabila mereka2 ini jumpa pantai...cantiknye view ni..subhanallah..misz u lots frens..

Saturday, September 1, 2007

--haPpY aNniVeRsArY malaysia--




selamat menyambut kemerdekaan yg 50..
merdeka!!merdeka!!merdeka!!
i'm proud to be malaysian..

Friday, August 31, 2007

~selamat pengantin baru nurul & imran~



selepas akad nikah



kenduri

smoga berbahagia hingga ke negeri abadi..
sentiasa berada dalam rahmat n hidayah Allah hendaknya..

August,18,2007

Wednesday, August 29, 2007

--stiap yg berlaku ade yg Maha Perancang--

ape yg berlaku tu ade yg merancang..
kite sbgai manusia ni kena berusaha n berdoa..
moga2 ape yg kite usahakan itu berjaya..

tp kalau ape yg kite dah usaha kan itu kurang berjaya..
sabar n tenanglah hadapi ujian itu..
stiap ujian adalah tarbiyyah..
staip yg berlaku itu ada hikmahnya yg tersembunyi..

Allah xuji org yg xkuat
Dia xpilih org yg Dia sebarang..
insan terpilih merupakan insan yg Dia sayang..
Allah xbebankan benda yg kite xsanggup pikulnya..

ya Allah kuatkan semangatku
utk meneruskan perjuangan di bumi kinanah ini...

Monday, August 27, 2007

ya Allah..aku berserah padaMu..

ya Allah..

perkenankan segala doaku...
bantulah aku dalam menempuh cabaran n dugaan hidup ini..

ya Allah..

permudahkan semua urusan hidupku..
jauhilah aku dari fitnah dunia..

ya Rahman,

berkatilah usahaku dlm menempuh perjuangan hidup ini..
kurniakan ilmu dan hikmah yg banyak tersimpan di bumi Mu ini..
kurniakan aku secebis ilmu yg Kau berikan pd umat manusia yg diibaratkan same seperti mencelup jari di tengah launtan..
fahamkan ape yg aku pelajari..
ingtkan ape yg aku hafal..

ya Rahim,

aku tak taw setakat mane usahaku,
tp aku telah memberikan ape yg mampu utk kulakukan..dgn kudrat yg Kau pinjamkan padaku..
bantulah aku..supaya aku dapat membantu org lain..

ameen..ya rabba 'alameen...

Wednesday, May 30, 2007

sembunyi_misha omar feat andy





best gak lagu ni...

Monday, May 28, 2007

..fiNaL exams..

salam..

buat sahabat2 sekalian sory kerana dah lame xupdate my blogs..lots of thngs n byk sgt tanggungjawab yg kena laksana..lagipun skrg dalam fatrah imtihan..
dah lame stat exam..tp xhabis2 lagi..xtaw la ble nk hbs..hehe

ape2 pn doakan sy n sahabat2 yg same2 tgh xm ni..last paper 28jun..insyaAllah akn terbang pulang ke malaysia 1july..smpi klia..2hb..malam flight ke trg..insyaAllah

doakan sy slmt smpi di malaysia..n sume urusan penerbangan balik diselesai n dipermudahkan olehnya...

n not to forget..
SELAMAT PENGANTIN BARU buat kak tie & abg mie..smoga berkekalan hingga akhir hayat..ameen!!!xsabo nak balik jumpa sanak saudara n sahabat2...

Friday, March 16, 2007

song for mums all over da world(^_^)



specially dedicated to my umi..really miss n love u umi..

Friday, February 23, 2007

_tanggungjawab jihad_

Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1

Huraian..

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):


"Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar" *2


Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah ayat-ayat berikut:

Firman Allah :


(maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:

(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan".




Pengajaran Semasa

1. Umat Islam hari ini adalah bertanggungjawab untuk membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia. Jihad dalam peringkat sebegini boleh mencapai ke peringkat fardu `ain, terutama ke atas bahu para pemerintah umat.


2. Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita hendak berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.


3. Antara tanda umat Islam berazam membela saudara mereka yang tertindas ialah dengan cara membina kekuatan persenjataan negara-negara umat Islam dan memastikannya berada di tangan mereka yang berhasrat membela umat.


..diri kita di mana...?

adaptasi..
nur_izz

Thursday, February 22, 2007

_mission n vision_



my mission n vision..

Tuesday, February 20, 2007

..kepenatan berganda..

alhamdulillah syukur pada ilahi setelah hampir 2 minggu igazah(ijazah=cuti=holiday) telah masuk ke semester kedua tahun pertama kuliyyah.

walaupun result mid year xm xberapa power..tp syukur ku padaMu ya Allah kerana masih kurniaan kan secebis kejayaan.alhamdulillah.

naik sem baru..jadual tersangat la pack.almost everyday lecture start pkul 8 sampai 4.ponat..ponat..tp ku gagahkan jua untuk org tersayang n amanah yg dibawa..

ya Allah,
kurniakan aku kekuatan untuk menempuh mehnah dan duri perjuangan.pandulah aku supaya xterbabas dari garisan sebenar.tolonglah aku,permudahkan segala urusanku..

kurniakan kejayaan kepadaku..bantu lah aku dalam urusan pembelajaran ku..permudahkan segalaNya..

ya Allah..ameen!!!

Thursday, February 1, 2007

_inspiration(^_^)

to the sun that brighten everyday and fill world with love..

to the moon that lighten the darkness and helps others find their way..

to the great heart that captured all small heart..

i give my admiration,respect n love...


adapted from web dr adel bondok www.abondok.jeeran.com

_doa seorang kekasih_

lirik utk dihayati..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diriMu tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Hajar dan Mengapa didamba teman
hidup sesempurna Muhammad .......

oh Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia milikku..
tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dgn hatiku...
titipkanlah kebahagiaan

ya Allah..
kupohon ape yg telah Kau takdirkan
kuharap dia adalah yg terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu

ya Tuhanku yg Maha Pemurah
beri kekuatan jua harapan
membina diri yg lesu xbermaya
smaikan stulus kasih dijiwa
kupasrah kepadaMu kurniakan aku
pasangan yg beriman bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
kembara cinta yg Engkau redhai

ya Allah..oh tuhan..
seandai dia menjadi milikku
satukanlah

ya Tuhan ku yg Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
dgrkan rintihan hambaMu ini
jgn Engkau biarkan ku sendiri
agar ku bisa bahgia walau tanpa bersamanya

gantikanlah yg hilang
tumbuhkan yg telah patah
kuinginkan bahagia di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan ku phon segala

hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadirnya cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan ilahi

lembut tutur bicaranya..
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yg resah ini

ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dgn hatiku
jika dia bukan milikku
damaikan lah hatiku dgn ketentuanmu

dialah permata yg dcari selama ini...
baru kutemuai
tp ku xpasti rencana ilahi
apakah dia kan kumiliki
tidak sekali dinodai nafsu
akan kubatasi sgn syariatMu
jika dirinya bukan untukku redha hatiku dgn ketentuaanMu

ya Allah tempat ku bergantung harapanku
kuharap diriku sentiasa di bwah rahmatMu

andainya dapat engkau mendgrkan suara
dihatiku melagukan rindu
kiranya engkau mampu mentafsirkan setiap
bait kata-kata yg terucap..

pasti dirimu kan memahami harapan kasih yg terbina
sekian lamanya disudut hatiku hanyalah untukmu
bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
namun bimbang diri kan terleka..
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
singga terabai segala cita
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan
sebagai mahar hantaran
apakah mungkin engkau mengerti
setiap cinta yang dilafazkan
bukanlah sekadar mainan
tetapi sebuah janji
hanyalah untuk mu..

jika ada kelemahan
pada dirimu dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikkan
Carilah kebaikkan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dapat dipertemukan dengannya dan
Berdoalah agar dia menjadi milikMu selama-lamanya. .....Amin.

-ayat ke-58 surah yaasin-

ﺴﻟﻡ ﻘﻮﻻ ﻤﻦ ﺮﺐ ﺮﺤﻴﻤ

diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.

Friday, January 26, 2007

..life in matric uia..

what can i say about diz topic..
hm..the memory that i can't also delete in my life..

the story begin..hehe

bermula al-kisah,tanggal 3hb disember tahun 2005..ana telah mendaftarkan diri di pusat matrikulasi uia (matriculation centre iium,mciium)atau now centre for founfation studies iium(cenfos)..hebat namenya..

for 3rd intake..mula2 pendaftaran..lepas tu pendaftaran mahallah..or 1st yg saya jumpa kat sana..cik nurhasanah mazalan @ lebih dikenali cik kebaikan..masa tu dia baru balik bercuti (final sem 1)..dihantar oleh ayah dan ibunya..tu la my 2nd time jumpa dia..tp still dapat cam dia..n petang tu masa makan jumpa la pulak cik nailah..

then dapat la duk zainab college..zc 215c..skali dgn fiqa.saya suka panggil dia pikacu..sgt la minat hindustan..dia ni amik ben(bachelor of english).then dgn syazlin(engin) dan sya(ben)..

then start la taaruf week..yg sgt la boring..tp lagu matrix yg paling best..semangat gitu..thanks to our former dean..lepas tu kitaorang kena amik test apt n ept..english n arabic placement test..susah gle..arab tu boleh tahan la..english xdapat bayangkan.tinggi sgt level dia..medical check up kat uia..sume la..

2 3 ari lepas tu amik result..english level 5..arab exempted..lepas tu bermula pncarian nak settle pasal kelas n subject..pening kepala eden nak settle sume tu..lepas tu sanah cakap cik sakini (cik ketenanganku) pun dapat 3rd intake kat uia ni..ana terkejut..tp dalam hati berdebar..sbb xpernah jumpa dia..1st time kami kenal pun sbb ana call dia..nak tnya something..

then kami pun jumpa la..masa last night taaruf week..kini pun duk sebelah ana..terkejut,terharu,berdebar,sume ada dalam hati..1st time jumpa..xpernah jumpa sebelum ni..juz call..takut pun ada..maklumla dia ni pernah jadi orang penting masa kat sester dulu..tp tu la uniknya ukhwah kami..dia amik biosc..ana engin..

lepas tu bermula kembara ilmu di matrix uia..best jugak belajar kat sini..tp yg ana sedih..sbb dah lama ana tinggal kan study so masa masuk uia ni jadi lambat pick up sikit..org lain yg dah pernah p matrix laju je..

selalu je bilik kini n sanah..bilik diaorang ni kat puncak dunia..susah jugak.tp rumate kini ni best..akak2 yg best..rumate sanah pun same..best..

vacation..lecture..study week..final exam..habis final xm kita pun cuti..hehe..lepas tu result sem 1 kuar.alhamdulillah..masuk sem 2 (short sem)sem ni amik 2 subjek je..english level 6 n physics lab..orng lain dah sem 3..masa short sem ni pindah bilik kat level 1 sbb madam xbagi guna level 3 & 4..so duk la kat bilik 125c sama dgn lin n fiqa.sya xamik short sem sbb dia nak tolong mak dia..bagus anak yg baik.

masa short sem ni la best..xbyk subject n contact hour skit..byk masa dihabiskan dgn mengarut..main game..p borak2 bilik kini n sanah..diaorang pun duk bilik sekali..tmbah dgn kak fatin n kak yuyu..kelakar bgt kat yuyu..sempoi je tp gmpak amik medic tu..masa sem ni kini n sanah dah tukar course..kini(allhs)..sanah(biosc)..

kini pun selalu je menziarahi bilik gue..pernah la jalan2 n makan same2..best sgt time tu..masa sem 1 ari tu ada isi borang nak tukar bilik (akhir sem tu semua orang kena isi form nak tentukan bilik sem 1 2006/2007..sblm junior mai..
isi punye isi duk la dgn cik sanah,cik kini,n cik nailah..maka naiklah ana ke puncak dunia level 4..wow..letih teramat masa pindah bilik..berapa kali naik tangga pun xtau la..letih pun letih la..janji barang siap diangkut ke atas..sbb lepas ni cuti final sem..

zc 410c..chup..punye chup..ana pilih duk sekatil dgn kini..ana kat atas kini kat bawah..katil sebelah nael n sanah..nael jiran sebelah ats..cuti punye cuti..3 minggu kejap je..
then ana pun daftar la 4 sem baru..time ni jumpa ramai budak2 dq batch ana..diaorang baru masuk daftar kat sini..add n drop subject time..masa ni lagi letih..sbb ana dah dapat tukar course allhs..sanah pun dapat tukar gak time ni..letih..turun naik dept..rasanya xtau la berapa kali duk ulang alik tawaf sc building n dept of sciences..

byk pengalaman suka duka kat bilik ni..dapat tgk kolam dari sini..dapat tgk menara telekom..n pemandangan petaling jaya..n for diz sem...nael dipilih jadi presiden hisbah..n ana entah sape punye keje xtau la..name ana pun kena jugak..n ana ditaklifkan sebagai asst.head 1 dakwah n tarbiyyah bureu of the hisbah..hehe..kelakar plak rasa..diri sendiri xtertarbiyyah nak tarbiyyah org lain..

mula berjinak2 dengan ta'alim ust.imran.best..bagus sgt ust.byk dapat ilmu kat sini..n hati ni pun terdetik nak p cari ilmu kat bumi mesir..

satu hari tu..kini p amik borang mahallah representative comittee(MRC)..nael pun sama..dia nak elak jadi presiden hisbah..sanah pun dapat interview matriculation students comittee(MSCC)..teman sanah p give talk 4 dat mscc walaupun time tu ada kelas bio..teruk betul..tp demi nak bagi sokongan kat rumate kupergin jua!!..wahhh..my rumate mmg gempak..lepas all over the interview..yg nael nak elak jadi presiden hisbah..dapat terus jadi presiden mahallah..hebat..kini..jadi s/u mrc..sanah plak asst.head disipline bureau (MSCC)..hebat2..

lepas dari ari tu..ana letak la tittle bilik VVIP 4 410c..maklumla lepas ni sume orang akan bz dgn meeting,prog,..lecture..tp semua tu dah tinggal memori..tanggal 12 sept ana meninggal 'the gate of garden knowledge n virtue'..untuk mecari mutiara ilmu di bumi an-biya',mesir...

Sunday, January 7, 2007

...exam...

salam mujahadah exam...

selamat berjuang buat sahabat2 yg akan menduduki exam tidak lama lg especially buat budak2 medic mansoura university yg exam pada 17th january 2007 (physiology), 21st january 2007 (anatomy), 23rd january 2007 (biochemistry), 25th january 2007 (histology)..

n selamat berjuang juga buat sahabat2 yg berada di tanah air tidak kira dalam ape jua bidang sekalipun..n sesiapa je yg memperjuangkan agama Allah..

SALAM JUANG buat semua..ikhlaskan niat keranaNya..insyaALLAH syurga tempat kita dan redha ALLAH milik kita..

Monday, January 1, 2007

--happy new year 2007 everybody--

Send this free eCard
Send this eCard !



HAPPY NEW YEAR 2007..
May HE shower all of u with HIS love n joy throughout your life..