Thursday, July 8, 2010

happy birthday to me!

bismillahi walhamdulillah...

puji dan syukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya selama saya hidup bernafas di muka bumi ini.nikmat umur dan kesihatan merupakan nikmat yang paling indah, kerana tanpanya seorang insan itu tiada di dunia ini.

terima kasih kepada ummi dan ayah atas segalanya.terutamanya ummi yang melahirkan saya, yang setiap titis susunya membesarkan saya.thanks u so much both of u..sayang ummi n ayah sangat-sangat!(tidak boleh menulis panjang kerana air mata mungkin mengalir).

usia 23 tahun, ramai antara sahabat handai yang sudah habis belajar.malah ada yang telah menyambung masters!tidak kurang ramai yang telah berkerja dan berkeluarga.tapi saya masih bergelumang dengan nota belajar yang menggunung tinggi.tetapi tidak mengapalah menuntut ilmu itu jihad!

usia 23 tahun juga disinonimkan untuk mendirikan mahligai impian.bagi sesetengah keluarga kalau tidak menemui pasangan ini sangat merisaukan.namun bagi sesetengah keluarga usia ini masih muda.housemates selalu mengusik saya untuk membuka kaunter mencari jejaka pilihan.

sudah berbuih mulut bertanya ciri-ciri jejaka pilihan saya.namun saya tidak tahu untuk describe ciri-ciri tersebut.biarlah dahulu.mungkin masa yang menentukan siapakah dia yang bakal menjadi imam saya nanti.bukan diri ini tidak mahu mencari, tetapi dirasakan belum cukup ilmu dan belum bersedia!

kalau dikira belum bersedia sampai bila-bila pun tak bersedia kan??ntahlah..sabar menanti je!hehe.mungkin dengan sabar yang sedikit saya dikurniakan si dia yang terbaik buat saya.lelaki acuan al-quran, nakhoda yang bakal melayarkan saya ke arah cinta dan redha ILAHI.

terlebih plak bercerita pasal jodoh kan??jarang-jarang saya ingin bercerita.malu mungkin.orang yang rapat sahaja yang lebih mengenali diri ini.

wish untuk diri sendiri..

gunakanlah usia yang masih bersisa ini untuk menambahkan ibadat kepada Allah.
usia yang bertambah maka dekatnya kita dengan kematian.
carilah ilmu dunia dan akhirat sebagai bekalan masa depan.
under training to be best madrasah buat generasi akan datang.
cuba untuk menjadi yang lebih baik setiap hari.
ikhlaskan niat dalam setiap yang dilakukan...
semoga umur yang masih bersisa ini diberkati Allah..wallahu'alam..<3 ayah n ummi!=)

1 comment:

syakirah ms said...

sanah helwah kak zati..

mga mjadi muslimah mu'minah yg mampu menggoncang dunia...i'allah

n mga cpat2 dkurniakn imam,,hehee