Friday, July 23, 2010

jaulah sekitar mansoura

bismillahi walhamdulillah
 nama al-imam di tingkat bawah maqam

semalam saya menyertai jaulah (ziarah/rombongan) ke sekitar mansoura terchenta.aktiviti ini bagi mengisi masa lapang kami sebelum result exam diumumkan.terdapat beberapa tempat bersejarah dan maqam para ulama yang kami ziarahi.selama keberadaan saya di sini saya belum berkesempatan menyertai jaulah ini.

 pintu gerbang sebelum memasuki makam

so this event meet my expectation and change my point of view.menambah ilmu pengetahuan dan menanam perasaan cinta kepada ulama dan sejarah.dalam entry kali ini saya hanya mahu mengulas tentang ulama besar iaitu Imam Al-Sya'rawi.ulama kebanggaan anak jati mansoura khususnya dan mesir umumnya.

 al-quran & gambar di hadapan maqam

mengikut cerita ustaz yang mengikuti rombongan ini, pernah masa hayat imam ini beliau dalam satu persidangan ulama antarabangsa untuk mengubah makam ibrahim di baitullah kesemua ulama-ulama lain bersetuju untuk mengubah makam tersebut tetapi al-imam telah bermimpi berjumpa dengan nabi ibrahim untuk tidak mengubah makam tersebut.oleh sebab mimpi al-imam maka ulama-ulama bersepakat untuk tidak mengubahnya.

Maqam imam al-Sya'rawi.
terletak di kampung Daqadus di daerah Mit al-Ghamr beberapa kilometer (tak tahu jumlah sebenar) dari bandar mansoura. Maqam ini terletak bersebelahan dengan bangunan yayasan Sya'rawi yang ditubuhkkan oleh al-imam bagi membantu masyarakat Daqadus dari sudut pendidikan dan perubatan.bersebelahan maqam ini terdapat juga kawasan perkuburan masyarakat islam Daqadus.

Biodata imam al-Sya'rawi.
nama sebenar ialah Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi.dilahirkan dipertengahan april di kampung Daqadus, daerah Mit Ghamr dalam wilayah Daqahliah.beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di tengah-tengah perkampungan yang dikelilingi sawah dan kawasan pertanian.

beliau telah menghafaz al-Quran sewaktu berumur 10 tahun melalui gurunya Syeikh Abdul Majid.sewaktu hidup al-imam pernah menyebut "masih dalam ingatan apa yang aku alami sewaktu kecilku, kami telah mempelajari menulis dan membaca, kami juga menghafaz al-Quran, sesungguhnya al-Quran adalah jalan kami mempelajari membaca, menulis dan bertutur dengan baik".

bapa al-imam seorang yang sangat mencintai ilmu dan terlalu rapat dnegan ulama serta sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu.oleh sebab itu beliau menghantar anaknya belajar di al-Azhar.

sesungguhnya orang Mutaqqin dimasukkan dalam syurga Naim
Pendidikan al-imam.
pada tahun 1926, beliau telah memasuki pengajian peringkat ibtida'ii (sekolah rendah) di maahad al-Azhar Zaqaziq dan berjaya mendapat syahadah ibtida'ii pada tahun 1932.kemudian beliau memasuki Maahad Sanawi (sekolah menengah).beliau amat menonjol di bidang syair, sastera dan pidato sehingga beliau dilantik menjadi presiden sasterawan Zaqaziq.

al-imam terlibat cergas dalam gerakan al-Azhar.beliau telah memasuki kuliah lughoh Arabiah di University al-Azhar pada tahun 1937 sehinggalah tahun 1940.semasa di universiti, beliau melibatkan diri dalam tunjuk perasaan dan revolusi menentang inggeris.pada tahun 1943, beliau telah berjaya memperolehi ijazah pedidikan.

Career.(from wikipedia)



After graduating in 1940, he went on to earn his teaching certification in 1943. He later graduated from the religious institution of Tanta (ar|طنطا،), before moving to another at Zagazig and then, finally, at Alexandria. In 1950, he moved to Saudi Arabia to work as professor of Sharia in the University of Umm al-Qura
he return back to Egypt in 1959.
However, in 1963, the diplomatic relations between Egypt and Saudi Arabia worsened and it became impossible for him to return to Arabia. Instead, he took the position of manager of the office of the Imam of Holy Al-Azhar, Imam Hassan al Ma'amoon.(mudir bahagian dakwah di kementerian al-Auqaf) till 1978.
Later, he travelled to Algeria as a head of the Al-Azhar expedition, where he stayed for seven years. During his stay in Algeria, the war of June 1967 occurred and Egypt suffered tremendous losses to Israel. Ironically, Imam Muhammad Metwali Alsharawi 'praised' the defeat, saying "Egypt did not gain victory while the hands of communism surrounds them and their religion remains uncorrupted." Later, he did get to return to teach at the King Abdulaziz University in Saudi Arabia.
in 1974, his first television in the program called Nur 'Ala Nur (light upon light=cahaya atas cahaya)
In November of 1976, Mr. Mamdouh Salem, then Prime Minister, chose the members of his cabinet, among them was Imam Muhammad Metwali Alsharawi, appointed Minister of Endowments until October 1978. During this time, he issued a law that helped establish the first Islamic bank in Egypt in 1979. [1] The bank, Faisal Islamic Bank, was approved by the People's Assembly during that time.
In 1987, he was selected as a member of Arabic language Complex.

al-imam telah berkahwin sewaktu pengajian di peringkat rendah dengan wanita pilihan ibunya.al-imam dikurniakan 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.(Sami, Abd.Rahman, Ahmad, Fatmah dan Solehah).
al-imam telah kembali ke rahmatullah pada 17jun1998 sewaktu umur menjangkau 88 tahun.
kata-kata dari anak al-imam

kami juga berkesempatan mendengar cerita dari seorang tenaga pengajar di yayasan / mugammak Sya'rawi tentang riwayat hidup al-imam.beliau juga ada mengajarkan dan membetulkan bacaan fatihah kami sewaktu menziarahi maqam tersebut.maqam al-imam mempunyai 2 tingkat dan dijaga bersih oleh penjaganya.

ps:
tempat lain semasa jaulah akan diupdate kemudian.
perkongsian yang sekadarnya.moga bermanfaat.

~mencintai ilmu dan ulama~

No comments: