bismillahi walhamdulillah..
berakhirnya oral pada pagi tadi maka berakhirlah final exam untuk tahun ini.moga saya dan sahabat-sahabat diberi kejayaan yang cemerlang di dunia & akhirat.moga kami lulus dengan cemerlang dan melangkah ke tahun seterusnya.
maka lumrah pelajar-pelajar luar negara petanda exam berakhir maka surutlah bilangan penghuni di bumi permusafiran ini.berbondong-bondong mahasiswa mengangkat beg untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta menghilangkan rindu di dada.kepulangan juga untuk mengecas bateri semangat dan motivasi untuk teruskan perkelanaan di negara orang sehinggalah tamat belajar.
sungguh belajar di mana-mana pun walhal dalam negara sendiri pun penyakit homesick dan rindu keluarga adalah lumrah.lumrah yang mesti dilentur dengan semangat motivasi yang tinggi untuk terus berjuang.jika tidak dilentur maka emosi menguasai diri, belajar pun entah ke mana.
insyaAllah jika result memberangsangkan maka saya akan terbang pulang akhir july atau awal august ini.doakan saya dapat pulang ke terengganu bersama dengan ayahanda tercinta kerana ayahanda sedang berkhusus di melaka selama 2 minggu.so tahun ni tak payah la saya membayar extra lugage.hehe.ameen ya rabb.
buat sahabat-sahabat yang bakal pulang ke malaysia selamat bercuti bersama keluarga tercinta.jangan lupa doakan kejayaan kita semua semasa dalam flight nanti kerana doa orang musafir mudah dimakbulkan Allah sehinggalah dia sampai ke destinasinya.
buat yang tidak pulang isilah masa kita dengan aktiviti bermanfaat.samada ke kelas agama, diskusi kitab atau pun jaulah.mengisi ilmu di dada sebelum pulang ke tanah air.walaupun exam dah habis jenguk2lah buku-buku kerana otak jika tidak diasah akan tumpul.hehe.peringatan diri sendiri juge=)
jangan lupe juge banyakkan doa untuk result nanti.sandarkan tawakal mu padaNya.let HIM do the rest.moga diberi yang terbaik.janganlah semasa exam sahaja kita berteleku di sejadah.selepas exam sejadah ke mana kita kemana..mohon dijauhkan.bersama-samalah kita menjaga hak Allah tidak kira bila dan di mana sahaja.moga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama~
p/s: sedang membaca laskar pelangi=)...banyaknye buku kat rak minta dibaca!
No comments:
Post a Comment