Saturday, March 7, 2009

sekitar PERUBATAN'S Sports Day

piala muhafazah terbaik=)

bismillahi walhamdulillah...

sudah hampir lima hari saya tidak mengudpate blog.tiada idea untuk menulis.tambah dengan line internet yang demam sejak dua tiga hari ini.dah bayar pun masih tak jadi.so nak buat camne.tunggulah sampai abang cc tu baiki.

so nak berceritalah skit pasal hari sukan Perubatan pada hari jumaat yang lalu.event besar yang menyaksikan mansoura menjadi tuan rumah.julung-julung kali diadakan di luar kaherah mengumpulkan semua pelajar perubatan dan sains kesihatan seluruh mesir.datang dari alexandria,cairo,tanta dan zaqaziq.berhimpun untuk mengeratkan ukhuwah fillah antara 7 buah university yang terdapat di mesir.

semua pelajar berkumpul di istad gamaah mansoura pada lebih kurang pukul 8 setengah pagi.kami menerima kedatangan setiap muhafazah dengan disambut oleh duta-duta kecil yang dilantik untuk setiap muhafazah.tahun ini pihak organizer menetapkan setiap muhafazah memakai baju mewakili muhafazah masing-masing.

merah mansoura,cairo biru,alexandria hijau,tanta hitam,zaqaziq purple.

pada sebelah pagi akhowat ditempatkan jauh di kawasan belakang istad manakala ikhwah di padang depan.dimulakan acara dengan senam aerobik diketuai oleh cik akmal.rasa macam sekolah-sekolah dulu ada baju sukan ikut warna.setiap muhafazah tidak lupa membawa sepanduk dan maskot-maskot untuk menaikkan semangat kumpulan mereka.

kemudian diteruskan dengan acara sukaneka.setiap kumpulan dicampur dari pelbagai muhafazah.objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara muhafazah.then boleh tambah kenalan dari u yang berbeza.

pada masa yang sama ada pelbagai acara sukan seperti basketball,netball,dan futsal di gelanggang yang berbeza.semua orang bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama muhafazah masing-masing bagi merebut gelaran juara.

kemudian acara berhenti rehat untuk memberi laluan kepada solat zohor dan solat jumaat bagi ikhwah.kemudian kami beralih ke padang depan yang dihuni oleh ikhwah pada sebelah bagi.bertukar padang dan acara pada sebelah petang.ikhwah main bola dan basketball.

acara indoor bermula.antaranya sudoku,kakuro,gubahan,win lose or draw.saya main win,lose or draw..johan lagi tuh.hehe..kemudian acara akhowat diteruskan lagi dengan acara persembahan pentomin.syabas buat pelakon-pelakon yang berjaya membawa message kepada penonton.ada yang sampai menitiskan air mata apabila lakonan dipersembahkan.tak sangka ramai bakal-bakal doktor ini mempunyai bakat terpendam.

zaqaziq tampil menjadi juara dengan mengutarakan kisah palestin.cerita seorang doktor yang mempunyai anak perempuan.doktor tersebut telah dihantar bertugas ke palestin.2 hari sebelum dia pulang dia ada mengirim berita dari sana.menceritakan kisah rakyat palestin yang menderita pada anaknya yang mempunyai masalah sosial.kemudian selepas membaca berita tersebut anaknya insaf.dalam pada masa itu dia menerima panggilan mengatakan ibunya telah syahid di sana.

mansoura membawa kisah hidup manusia akhir zaman yang lalai dalam arus dunia.ada yang sibuk mencari harta.ada yang sibuk berfesyen.ada yang sibuk belajar.manusia-manusia ini dilalaikan oleh syaitan-syaitan.sedarlah manusia bahawa hidup ini bukan selamanya.kita ada matlamat iaitu menuju ke akhirat sana.mansoura dinobatkan sebagai naib johan.tahniah buat diva-diva mansoura.

cairo pula mengisahkan mama rock yang mempunyai anak solehah.anaknya yang aktif berdakwah dan berusrah namun mamanya bekerja sebagai penyanyi rock.dia tidak suka dengan pekerjaan mamanya.sampaikan dia selalu berkata kasar dengan mamanya.namun satu hari telah berlaku pergaduhan besar antara anak dan mamanya sampaikan anak tersebut lari dari rumah.mamanya yang mencarinya telah ditimpa kemalangan dan meninggal.kemudian dia telah meninggalkan wasiat buat anaknya yang dia sayangkannya.dia terpaksa bekerja sebagai penyanyi rock kerana tiada kelulusan tinggi selepas suaminya meninggal dunia bagi menyara hidup mereka 3 beranak.

manakala tanta mempersembahkan sebuah coral speaking.bercerita tentang kisah hidup pelajar perubatan di mesir.alex pula mempersembahkan syair dan lakonan.lakonan mereka tidaklah sehebat muhafazah lain kerana mereka tidak sempat membuat persiapan.almaklumlah mereka baru sahaja habis exam sehari sebelum itu.walaupun begitu saya bagi tabik spring sama mereka.hebat dan berkesan.

malam tersebut upacara penutup yang dihadiri oleh pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Prof.Jamil,Dr.Ashraf - vice dean faculty of medicine,Dr.Nisrin - coordinator foreign students.ada sedikit persembahan slide show dari Dr.Nisrin mempromosikan mansoura.kemudian acara menyampaikan hadiah kepada para pemenang.tahniah buat mansoura kerana berjaya membolot juara keseluruhan muhafazah terbaik ikhwah dan akhawat.

ps:

sekalung jutaan penghargaan buat ajk pelaksana.sesungguhnya jasa baik anda hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.masa yang anda korbankan untuk islam akan diganti dengan yang lebih baik.insyaAllah.kalaulah orang lain tahu betapa penat dan susahnya untuk menjalankan satu program..mungkin mereka akan mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus sebagai penghargaan..mohon maaf atas kekurangan yang ada.

sanggup tunggu sampai pukul satu setengah pagi untuk mengambil nasi yang tersangat lambat sampai.kesian dengan sebilangan besar peserta yang kelaparan.almaklumlah mansoura baru 1st time buat event besar.so tak de ustaz yang boleh masak dalam kuantiti yang banyak.makan tengah hari pun petang baru dapat.nasib baik ade gerai unit ekonomi.boleh la mereka menjamu selera dengan lauk pauk yang ada...



tahniah dan syabas buat mereka yang menjayakan PERUBATAN sports day!
kita main lagi tahun depan...

No comments: