Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya
tertarik dengan artikel ustaz hasrizal yang bertajuk jodoh tidak datang bergolek.setiap kita kena berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.bukannya dengan pengharapan untuk mendapat yang terbaik tetapi tiada usaha walau sedikit pun.umat islam hari ini harus berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap yang dia lakukan.bukan bekerja dengan hanya melepaskan batuk ditangga.tak kiralah dalam soal jodoh hinggalah kepada soal belajar dan soal sekecil-kecil perkara.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya."
kekadang ku hairan dengan diri sendiri..tika diri mengatakan dosaku menggunung..tetapi tetap angkuh untuk bertaubat...tika diri mengatakan aku bertaubat,tetapi berulang melakukan dosa...tika diri katakan islam sebagai matlamat,tetapi tetap longlai tak bersemangat..adakah layak diriku menjadi pejuang agamaMU..adakah layak diriku mendamba syurgaMU... muhasabah buat diriku yang alpa.....
ya Allah bantulah hambaMU..mudahkan jalanku untuk mencari cintaMu..ameen!!!(+_+)
~leraikanlah dunia yang mendiam dalam hatiku~
No comments:
Post a Comment