bismillahi walhamdulillah...
tidak terlambat kiranya jika saya ucapkan tahniah kepada adik-adik yang menduduki spm 08 yang yang telah berjaya dengan cemerlang.tahniah dan syabas buat mereka.bagi yang kurang berjaya teruskan usaha anda di masa akan datang.gagal spm bukan bermakna hidup anda telah berhenti setakat itu sahaja.mungkin Allah belum bagi rezeki buat anda semua dan mungkin Dia mahu mengurniakan pekerjaan yang lebih baik pada masa depan.teruskan berusaha dalam bidang yang anda minat dan layak dengan result anda.
saya ingin mengutarakan satu persoalan iaitu sejauh manakah genetik mempengaruhi kejayaan seseorang?ramai yang berkata anak seorang doktor,arkitek, atau engineer berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan.tetapi bagaimana pula dengan anak yang ibu bapanya bukan dari kalangan para cendikiawan?contohnya anak seorang nelayan,tukang sapu, dan pencuci tandas?adakah mereka tidak mampu untuk berjaya seperti orang lain.
saya kagum dengan mereka yang hidup susah tapi berusaha semampu mungkin untuk mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.seperti mana dalam al-quran Allah ada berfirman "Aku tidak akan mengubah hidup sesuatu kaum,selagi mereka tidak mengubah cara hidup mereka sendiri".orang yang telah diberi kesenangan maka rugilah dia jika tidak menggunakan kesenangan itu untuk terus berjaya.
jika anak seorang nelayan berjaya adakah di sini genetik memainkan peranan?atau kejayaan anak seorang doktor tu berpaksikan genetik semata?saya jadi takut dengan pernyataan itu kerana saya bakal hadapi situasi itu satu hari nanti.adakah gen-gen para cendikiawan ini boleh diturunkan kepada anak-anak mereka pada masa depan?realitinya ramai yang berjaya hari ini datangnya dari keluarga mereka yang berpendidikan dan mempunyai pelbagai kemudahan serta kesenangan.
lihatlah kejayan nik nur madihah pelajar terbaik maahad muhammadi perempuan kota bharu kelantan anak seorang nelayan mendapat 19 1A dalam spm baru-baru ini(read here).beliau hanya anak seorang nelayan dan tukang cuci (click here) tapi berjaya membuktikan bahawa dia boleh berjaya walaupun dia belajar dalam kekurangan.jadi tidak hairanlah kalau anak seorang engineer juga boleh berjaya dengan cemerlang kerana dia mempunyai kelengkapan yang cukup serta ditambah dengan nilai gen yang ada pada orang tua mereka.
kita harus sedar bahawa dahulu sebelum ibu bapa kita menjadi seorang cerdik pandai dia telah dididik dengan nilai dan ajaran baik untuk berjaya.oleh sebab itu, mereka meneruskan proses ini untuk anak-anak mereka.maka lahirlah anak-anak pintar generasi hari ini.ketika bapa imam syafie ditanya bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi orang yang hebat."aku telah mendidik dia 40 tahun sebelum ini".ini bermakna apa yang kita lakukan kini adalah pemangkin kepada didikan generasi pelapis pada masa depan.
ibu bapa hari ini lebih memburu kejayaan anak-anak dalam bidang pelajaran berbanding kejayaan anak-anak dalam sahsiah dan akhlak.sehinggakan anak kecil yang baru berumur setahun sudah dibelikan alat bantuan belajar supaya cepat membaca dan menulis.tetapi ibu bapa hari ini lupa tentang satu tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab memberi didikan agama yang sebetulnya pada anak-anak.anak-anak dibiarkan gersang tanpa sajian dan makanan rohani.maka lahirlah hari ini pemuda-pemudi yang tempang sahsiah dan rosak akhlak.
ada yang mendidik anak-anak berdasarkan falsafah-falsafah yang diceduk dari barat(read here).kenapa tidak diberikan sahaja ubat-ubat serta ilmu yang datangnya dari ajaran islam.kenapa mesti barat?hebat sangatkah mereka?ketahuilah umat islam zaman dahulu lebih cerdik dan lebih cemerlang serta lebih terbilang dari barat kerana mereka berpegang betul-betul pada tali Allah dan ajaran Rasulullah saw.maka kita sebagai generasi masa depan wajib mengisi diri dengan ilmu-ilmu yang dapat mengembalikan kegemilangan islam.
~quality is better than quantity~
No comments:
Post a Comment