Wednesday, July 23, 2008

::going back to malaysia::

bismillahi walhamdulillah..

ampun dan maaf dipinta kerana beberapa hari ini tidak berkesempatan untuk meng'update' blog.sibuk menguruskan banyak hal sebelum berangkat pulang.

bercerita pasal pulang.tahun ini saya memilih singapore airlines (SIA) selepas dipromote oleh housemate.bukan sedikit mahal tapi beza dengan egypt air yang saya naik tahun lepas adalah seribu genih.tapi SIA akan murah apabila ade promotion.masa promotion telah tamat kerana sebelum ini saya bercadang mahu pulang selepas result.

tapi tahun ini result keluar terlalu awal tidak seperti tahun sebelumnya akhir bulan julai.alhamdulillah saya lulus semua subjek.tahun depan memerlukan usaha yang lebih kuat kerana subjek tahun depan agak mencabar.

teringat kisah ahmad imtihan...saya berjaya menempuhi dan melalui dengan baik.tapi bagaimana tahun hadapan?mampukah saya melakukan yang terbaik seperti tahun ini?puja dan puji kepada Yang Memberi kejayaan..kerana tanpa DIA saya tidak mampu melakukannya..tanpa kekuatan dan ilmu yang diberi oleh DIA saya tetap tidak akan berjaya.
alhamdulillah...

berbalik kenapa saya memilih SIA adalah kerana saya ingin merasa airlines lain tahun ini.bila lagi jika mahu merasa jika tidak sekarang?boleh dijadikan pengalaman untuk masa hadapan.dan saya juga tidak mahu transit terlalu lama di negara-negara tertentu.hanya ada SIA dan egypt air sahaja.airlines lain tidak pula diketahui berapa lama transit.

kilo untuk bagasi juga diambil kira.maklumlah duduk jauh dari family.balik pun setahun sekali.memerlukan kilo yang banyak untuk bagasi.memborong hadiah souvenir kepada sanak saudara dan sahabat handai.dan jika mahu pulang semula ke mesir sudah tentu memerlukan ruang yang banyak kerana mahu membawa stok makanan dan apa yang tidak ada di mesir untuk setahun.

bercakap pasal kilo hari tu ada la sahabat pulang dengan emirates.tidak tahu pula emirates punya kilo hanya 20kg.sama macam untuk penerbangan domestik biasa.mahu tak mahu kawan tu terpaksa la bayar hampir LE2000.tu pun nasib baik diberi kelonggaran tambahan 5kg.kalau tidak mereka terpaksa bayar banyak lagi.dan mereka telah timbang beg secara grouping..tapi nak buat camne lagi kan..tak kan la nak buang barang yang ade dalam beg tu.nak tak nak bayar je la..

kemudahan yang disediakan.housemate kata SIA sangat best.bagus dari segi layanan dan makanan.tidak sabar rasanya mahu merasa fly bersama SIA.bersama egypt air dulu ok la..not bad.berpuas hati.tapi selepas dari saya naik hari tu ramai yang complain cakap tandas egypt air kotor.serik nak naik lagi.belum masuk bab bergegar lagi.bunyi enjin cam nak tumbang.sekadar mengingati apa pandangan sahabat-sahabat yang merasainya.

penerbangan saya mengambil masa 11jam dari cairo ke singapore.transit dalam sejam dan kemudian terus ke klia.sampai di klia keesokkan harinya 24hb jam 810am.petang itu saya terbang pula ke terengganu..tidak sabar mahu melihat airport terengganu berwajah baru.

doakan keselamatan saya.moga selamat sampai.buat sahabat-sahabat yang terpaksa tangguhkan perjalanan pulang mereka kerana exam..buatlah yang terbaik.saya doakan semua orang najah.rezeki di tangan Allah.mohonlah dariNya.jangan penat dan letih berharap dengan Allah..kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita.

p/s:

terpaksa tinggal blog untuk beberapa hari..insyaAllah bertemu kembali..biiznillah..

Monday, July 21, 2008

Prophet Muhammad (saw) never critized any food

Food, Meals Bukhari :: Book 7 :: Volume 65 :: Hadith 320 Narrated Abu Huraira: May Allah be pleased with him]


The Prophet [salla'lahu alaihi wa sallam] never criticized any food (he was invited to) but he used to eat if he liked the food, and leave it if he disliked
Surah Isra 17 verse 80 Say: "O my Lord! let my entry be by the Gate of Truth and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant me from Thy Presence an authority to aid (me)." Ameen

Transliteration :Wa qur rabbi adkhilni mudkhala sidqiw wa akhrijni mukhraja sidqiw wa-j'al li mil ladunka sulta_nan nasira_(n).

Al- Tirmidhi HadithHadith 2482 Narrated by AbuHurayrah (May Allah be pleased with him)Allah's Messenger (peace be upon him) used to say, " O Allah, grant me benefit in what Thou hast taught me, teach me what will benefit me, and increase my knowledge. Praise be to Allah in all circumstances. I seek refuge in Allah from the state of those who go to Hell."Tirmidhi and Ibn Majah transmitted it, Tirmidhi saying this is a tradition whose isnad is gharib.Ameen

Saturday, July 19, 2008

menangislah..

bismillahi walhamdulillah

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)
Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman, Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.

Monday, July 14, 2008

rahsia selawat dan kisah kubur

Ayah Si Pemuda Menjadi Himar

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”

Wajah mayat bertukar jadi himar
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”

“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”

“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.

“Saya yang terpilih (Muhammad).”

“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”

Rahsia selawat 100 kali

“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.

“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”


biarpun maulidur rasul telah lama berlalu..namun kisah kelahiran manusia agung itu masih segar di ingatan.sebagai tanda cinta kita pada baginda marilah sama-sama kita berselawat kepada baginda..

" Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallim.."

sikit-sikit asal istiqomah..banyak-banyak tapi jarang-jarang tak boleh juga..amalkan dgn niat ikhlas krn Allah..semoga setiap amalan kita dibalas dengan kebaikan..

pengalaman yg mengerikan

bismillahi walhamdulillah..

pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan syukur alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah.memberi kita oxygen supaya kita masih bernafas di dunia ini.

hari ini dalam sejarah saya melihat satu kemalangan betul-betul di depan mata saya.ketika saya dah sahabat-sahabat pergi ke airport (mator) di alexandria.bukan tidak pernah melihat kemalangan sebelum ini.bezanya hari ini saya melihat kemalangan di mesir.yang pada biasanya jarang sekali berlaku kemalangan.kerana pemandu arab terkenal dengan kelajuan mereka membawa kenderaan.

kehebatan mereka dalam memotong setiap kenderaan dan kehebatan pemandu lori trailer dlm membuat pusingan u..sesempit mana pun jalan mereka boleh melakukannya..berbalik kisah kemalangan tadi.

kami dalam perjalanan menghantar asma,syakila,firdaus dan apang pulang ke malaysia.mereka naik emirates yg berlepas melalui borg al-arab airport alexandria.biasa ajen menyediakan perkhidmatan bas ke sana.tapi di sebabkan mereka ini sedikit sahaja bilangannya ajen tersebut tidak menyediakan bas.so mereka mengambil inisiatif menyewa tremco (van) untuk ke sana.

ketika 2 jam lebih perjalanan kami penuhi dengan gurau senda dan sakat menyakat..wan syazani aka ja penyeri sepanjang perjalanan.tiba-tiba terdengar bunyi 'boom' letupan dari arah yg berdekatan.sebelum tu ammu (pak cik) tremco tu ingin memotong sebuah lori kecil yg membawa lembu.rupanya bunyi letupan tadi datang dari lori kecil tersebut.disebabkan lori itu sangat laju driver tersebut tidak sempat menekan brek menyebab lori itu hampir terbabas dan berpusing 2 3 kali sebelum terbalik.

2 ekor lembu telah terlepas dari ikatan semasa lori itu berpusing dan se ekor lembu mati disebabkan terseret.se ekor lagi sempat ditarik oleh orang ramai sebelum berjaya lari.driver lori itu berjaya mengeluarkan diri dari lori yang terbalik tadi.orang ramai menolong mengangkat lori itu ke tepi jalan untuk tidak menghalang laluan.

nasib baik ammu tremco sempat brek..kalau tidak kami hampir melanggar lori tadi.paling kurang kami akan terbabas ke dalam parit.alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kami.Allah sayangkan kami.kita hanya mampu berkata 'kalau' padahal semua itu ketetapan dan ketentuan Allah.'kun fayakuun'..jadi maka jadilah..

selepas dari itu semua orang tidak jadi tidur di dalam tremco kerana takut kejadian yang sama berlaku.kami meneruskan perjalanan ke airport.pak cik tremco yang baru pertama kali membawa penumpang ke airport alexandria telah tersalah airport.nasib baik kami sampai awal di alex.dalam pkul 9.mereka akan check in dalam pukul 11 lebih kerana penerbangan emirates akan berlepas pada pukul 2 petang.airport yang kami nak tuju tu orang kata tidaklah secantik airport yang kami sesat ni.kerana airport tu di padang pasir dan merupakan markas penerbangan ketenteraan.

yang paling best ammu ni sangat suka bertanya.hampir semua orang yang lalu di jalanan menjadi kaunter pertanyaan."syukran ya gameel"..terima kasih wahai si kacak..kata ammu pada seorang pemandu van..sampai di satu jalan kami membuat pusingan sebanyak 3 kali kerana ammu mungkin confius dengan instruction dari banyak orang.

sampai di satu simpang empat..ammu tu tidak tahu arah mana menuju ke airport.tunggu punya tunggu orang yang lalu lalang tidak kelihatan.orang yang ditahan tidak berhenti.lalulah seorang pemandu yang berkata 'ala tul'..staight atau terus..untuk ke airport..

sesampai di tempat yang di tuju..betullah kata-kata orang yang pernah ke sini.airport tersebut terletak di tengah padang pasir.hampir tidak ade orang.hanya kami sahaja yang ada.dan pekerja airport terbabit.betapa kelakarnya..international airport tu..

makan tengah hari dengan bekal nasi yang dibawa dari rumah di airport.selepas selesai semuanya kami berangkat pulang ke mansoura.masa kami pulang masih tidak ramai penumpang yang akan terbang bersama mereka.hanya ada 2 3 orang pelancong asing.

takjubnya dengan process penghasilan garam yang dapat kami lihat di sepanjang perjalanan.kami melalui lautan sawah kebun dan ladang.membuat hati bertambah rindu pada kampung halaman.melihat lembu kambing yang berkerja meragut di kawasan yang berumput.rindunya pada malaysia..

perjalanan pulang terisi dengan lena..5 orang lelaki 4 orang perempuan semuanya lentuk di buai mimpi..hnya ja sahaja yang tidak tidur dan juga ammu..trauma katanya melihat kemalangan tadi..

pengalaman yang menarik dan tidak mungkin dilupakan..sepanjang menghantar dan menjemput orang dari airport..

p/s to asma:

jangan rindukan kak zaty ye..(dia call semasa kami dlm perjalanan pulang menyatakan dia sudah mula merindui mesir.tidak mempercayai dia akan pulang ke malaysia hari ini)

balik ambil semangat dan habiskan cuti dengan family..

to syakila, apang n pdah:

have a nice holiday with your beloved family..

Sunday, July 13, 2008

pahala sedekah

bismillahi walhamdulillah


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.


Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:

Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.

Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh. pahala tujuh ribu.

Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.

Keempat, sedekah yang memperolehi

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.

Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.

Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.

Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.

Diposting oleh Jawatan Kuasa Pusat Pengajian Pondok Umumi Al-Hidayah Tanah Kebun Parit Buntar.


artikel ini saya dapat memlalui seorang teman maya di ym. syukran padanya kerana memberi artikel yang bermanfaat ini.sama-samalah kita memperbanyakkan sedekah di bulan mulia ini untuk melatih kita menghadapi ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..

marilah kita memperbanyakkan sedekah..smoga stiap amalan yang kita buat niat ikhlas kerana Allah mendapat balasan pahala yang berlipat ganda.tidak luak pun harta yang ada pada kita jika kita bersedekah.

harta yang ada pada kita hari ini belum tentu milik kita pada esoknya.tapi harta yang ada pada kita hari ini jika kita sedekah kan ia sudah menjadi milik kita..moga-moga pahala sedekah yg kita beri Allah akan ganti dengan yang lebih baik.tidak di sini di akhirat sana..ameen!!

Saturday, July 12, 2008

khutbah terakhir Rasullullah saw di padang Arafah

Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada', Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida' itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, "Ya Allah! Saksikanlah." Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

"Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis. Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

p/s: Bagaimanakah dengan kita??? apakah kita layak tuk bergelar umatnya? tepuk dada tanya iman masing2.

DQ menangis: akan sampaikah waktu itu?









Friday, July 11, 2008

anda belum matang sekiranya..

bismillahi walhamdulillah


Menghabiskan nilai kad prepaid (top up handphone) untuk berSMS atau berbual dengan kekasih sedangkan wang untuk membelinya adalah kiriman ibu bapa anda

Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal sukar untuk membaca al-Quran dan buku pelajaran walaupun satu muka surat dalam tempoh sejam

Susah hati jika tidak menerima kiriman surat, email atau sms daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi sms kepada ibu bapa di kampung

Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya daripada terkenang wajah ibu ayah yang berada jauh di kampung yang sudah lama tidak bersua..

Lebih banyak mengucapkan kalimah I love you berbanding kalimah zikrullah seperti subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar!!


Kita tidak boleh mencintai orang lain

Sebelum mencintai diri sendiri

Dan

Kita tidak boleh mencintai diri sendiri

Sebelum kita mencintai Allah

Tuesday, July 8, 2008

080708

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

p/s: Lagu tema untuk ulang tahun sahabat baik ku yang ke-21: BerKorban demi cinta.

Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

Puji-pujian buat-Mu Tuhan...
Lantaran menjadikan aku seorang muslim,
seorang perempuan, seindah kejadian..
21 tahun sudah bermusafir di dunia,
adakah sedar bahawa akan pulang kepada-Nya?
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah aku hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.

Namun, walaupun telah kusemai bibit-bibit ilmu..
Namun, belumku mampu mencongak,
adakah setiap putik akan menjadi bunga dan berbuah?
atau terus gugur menyembah tanah kemarau yang merekah?

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(QS al-Mujadilah: 11)

Hmmm, alangkah jahilnya diri,
alangkah kerdilnya,
alangkah hinanya,
namun...kenapa masih lalai?
kenapa masih ingkar?
kenapa??kenapa??

Wahai diri,
Yang digubah dengan kekuatan perasaan,
Mengatasi panjangnya akal fikiran,
Sebagai fitrah dan anugerah kejadian,
Seringkah kau mencari jalan??
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu ..

Diri..
Tentu dirimu menyedari bahawa,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,..
Oleh itu diri, tekadkan keyakinan,
Ingatlah, kau umat pilihan,

Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan sebaik-baik amalan..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan..

Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah diriku!!!
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup derita dengan usaha,

Kelak, inshAllah akan di mulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.

Tinggallah diriku di dunia..
inshAllah sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
sebagai muslimah yang solehah ...

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan alah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (QS At-Taubah: 59)

Umur makin menganjak, setapak ke belakang ke alam kubur. (^__^)

adapt from my bestfriend blog

7:37 am ,08072008

beiyt hannan

mansoura

misr..

21 tahun sudah bermusafir di dunia

Bismillahi walhamdulillah

Pertama dan selamanya syukur setinggi-tinggi ke hadrat ilahi kerana limpah dan rahmatNya masih mengurniakan nikmat kesihatan kepada saya.masih memberi ruang untuk saya bernafas di dunia ini.masih menganugerahkan nikmat yang paling besar dengan sifat ar-rahman dan ar-rahimnya iaitu iman dan islam.

Hari ini genap 21 satun saya berkelana di bumi yang fana ini.belum tahu bila saya akan dijemput untuk menghadapNya.hari ini esok minggu depan atau beberapa saat lagi.begitulah hikmah yang Allah kurniakan pada hambaNya.Dia menyembunyikan saat kematian kita kerana Dia sayangkan kita.Dia tidak mahu hambaNya hanya akan beribadat padaNya pada saat akhir kematiannya.

Kerana kita diutuskan ke dunia adalah untuk menjadi hambaNya.untuk beribadat padaNya.sedarilah insan hidup di dunia hanyalah sementara.tempat kembali kita di alam sebelah sana itulah yang kekal abadi.

Setiap detik umur kita bertambah.pertambahan umur kita menunjukkan bahawa makin dekat kita untuk menghadapNya.makin dekat waktu kematian.sudahkah siap kita bersedia untuk menghadapinya?sudah banyakkah amal kita untuk di bawa ke sana?

Semoga dengan pertambahan umur setiap detik umur kita semakin banyak amal yang lakukan.semakin bertambah matang.semakin banyak waktu yang kita luangkan untuk menagih kasih ilahi.bukan semakin banyak lalai dari mendekatinya.

Doakan semoga saya :

Panjang umur

Murah rezeki

Berjaya di dunia dan akhirat

Menjadi anak solehah

Bakal isteri dan ibu mithali

Menjadi doctor yang baik

Thursday, July 3, 2008

party batch

bismillahi walhamudillah..


Pada 26 june hari tu kami telah mengadakan jamuan batch.sepatutnya party batch pada 24 hb tapi disebabkan masalah teknikal ia ditangguhkan.dan pada mulanya party itu mengabungkan antara ikhwah dan akhwat.namun akhirnya ia hanya melibatkan akhwat sahaja.

Tahun ini kami memilih untuk mengadakan di luar.selalunya setiap aktiviti yang melibatkan makan sama ada ia dibuat di rumah dengan hidangan masakan sendiri atau di luar seperti pizza party.tahun lepas kami telah buat di pizza party.so tahun ini mahukan kelainan.

Tempat pilihan adalah di hadiqoh di tepi sungai nil.cuaca yang membahang sejak mesir berarah ke musim panas membuatkan kami susah untuk mencari tempat yang sesuai.lagipun di sini tidak sesenang Malaysia jika hendak membuat sesuatu aktiviti.jika di Malaysia boleh la menempah hotel atau pun catering untuk menyediakan makanan.tapi di sini sangat susah.mungkin menyediakan makanan boleh dikira senang kerana hanya perlu membeli fast food.

Tapi yang mengalami sedikit masalah jika inginkan tempat berkumpul.kerana orang asing jika berkumpul secara beramai-ramai mungkin pihak keamanan mesir mencurigai apa yang kami lakukan.seperti hendak mengadakan kelas agama.hendaklah mengaburi pihak keamanan mesir dengan mengatakan bahawa bukan kelas agama sebaliknya muzakarah kitab kuliah.

Selepas zohor saya keluar rumah bersama dengan adilah.pergi ke rumah kak azah dan kak ida.kerana kami perlu pergi membeli pizza di pizza party (pizza paling best dan murah) dan membeli hadiah.setiap orang diminta untuk menyediakan hadiah masing-masing untuk ditukar.dan tema untuk party kali ini pink merah dan putih.

Buat kesekian kalinya pink lagi menjadi pilihan.hehe.bagi yang kurang menyukai warna favourite ini terdapat sedikit rungutan.mungkin sudah biasa agaknya kerana setiap kali ada program warna mesti tidak lari dari polar ini.

Selepas itu bayaran masuk untuk satu kepala adalah LE 0.50.murah.menunggu kedatangan setiap orang sehingga majlis boleh bermula pada kira-kira jam 6 petang.menjadi jaga bersama kak azah di depan pintu utama.kerana ramai yang sesat,tidak tahu tempat dan tersalah tempat.sehinggakan ada yang terpaksa berjalan jauh. Di sini terdapat banyak hadiqoh.susah untuk menamakannya dan setiap hadiqoh tidak mempunyai nama specific.kerana sepanjang sungai nil terdapat banyak hadiqoh.

Selepas hampir semua orang sampai maka saya dan yang lain berjalan masuk ke tempat yang telah di cop oleh orang yang datang lebih awal.saya agak terkejut kerana kawasan yang kami duduk dikelilingi oleh orang-orang arab.mereka mungkin tidak pernah melihat kami berada dikhalayak ramai.semacam kami ini alien.dikerumuni oleh mereka menyebabkan kami lemas.excited tengok kami berparty di luar dengan makanan yang banyak.

Nadiah pinky (disebabkan ramai yang nama nadiah dan si pinky ini sangat suka pink) telah melabel hadiah sambil dibantu oleh aida dan adilah.majlis baru bermula 15 minit.makin ramai pula yang mengerumi.dari rimas sudah menampakkan riak panas.selepas ucapan ketua batch (nadiah pinky) dan bacaan doa oleh ain solehah kami mula makan.rimas dengan arab menyebabkan kami mahu majlis habis dengan cepat.

Saya mula naik marah dengan mereka.dari anak-anak sampai ke mak-mak mereka.mendekati kami kerana mahu meminta sedikit dari juadah yang kami bawa.sangat menyedihkan.tidak pernah terjadi di Malaysia.halau sekejap tapi tidak sampai beberapa minit datang kembali.sampai dah ada yang meninggikan suara mengatakan “aib kida” (ini aib), “barrah” (pergi kamu). termasuk saya menghalau mereka.bukan niat hendak membuat demikian kerana mereka sudah menganggu ketenteraman kami.membuat bising.

Di sebalik kekalutan itu ada antara budak-budak kecil telah mencelah dan mencuri air yang kami bawa.ada pula lawak..'mereka ini nak kata tak cukup makan tapi badan semua besar-besar tak kurus keding'.ada pula family yang duduk berhampiran kami malu dengan masyarakat mereka yang meminta.family itu melarikan diri jauh dari kami.selepas itu, kami bungkus mana-mana makanan yang tidak habis.melipat tikar.makin dekat mereka dengan kami.mana-mana makanan yang kami rasa tidak habis kami bagi pada mereka.sudah bagi bukan hendak mejauhkan diri.tapi makin menghampiri.makin meminta yang lain.minta lebih banyak.

Sebelum itu kami membahagikan hadiah mengikut no yang telah kami cabut semasa makan.saya mendapat no 1.ada sebahagian hadiah yang dapat pada tuannye sendiri.ada juga hadiah yang kembali ke rumah sendiri.seperti yang dibeli oleh housemate dapat kat housemate mereka.

Then masa untuk bergambar.bergambar mengikut tema warna.ada yang merah mengambil gambar yang pink dan yang pink mengambil gambar yang merah.time bergambar pun mereka hendak masuk sama.”sawor ma’ana” (amik gambar bersama saya).ada juga yang meng'snap’ gambar kami tanpa mendapat keizinan kami.yang paling nak marah tu budak lagi amik gambar menggunakan handset.nak buat apa dia dengan gambar kami.kami bukan artist.tapi mereka meperlakukan kami semacam artist.

Semasa kami bergambar semua tiba-tiba datang satu pak cik yang membawa video cam..datang mengambil gambar.rupa-rupanya pak cik itu jurukamera untuk satu pasangan pengantin.mula pak cik tu cakap tassawor ma'a 'aress (amik gambar dgn pengantin).kami pulak naik excited nak bergambar dengan arab.tadi si arab yang excited tengok kami.

Majlis berakhir kira-kira jam 730 petang.masing-masing membawa haluan mereka ke rumah.

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat saya untuk belanja mereka makan.seperti tahun lepas.walaupun tahun ini letih dengan karenah arab tapi kami gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama.satu kuliah tidak memungkinkan kami berkumpul seperti itu.sibuk dengan lecture.study.tugas persatuan.hanya 3 orang (nuT,pura dan yam) sahaja tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

insyaAllah tahun depan ada rezeki lebih saya belanja lagi.tapi tidak di hadiqoh.tempat lain.letih.sedih.marah.semua ada.kenangan yang mungkin tidak dilupakan.minta halalkan mana yang terlebih terkurang.ada yang terlebih yang teramik bawak balik tu minta halalkan semua ye.

p/s: dengan tema yang berlainan

Tuesday, July 1, 2008

visa

Bismillahi walhamdulillah..

Walaupn dah habis exam.namun banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.ingatkan selepas exam saya akan dapat update blog setiap hari tapi sebaliknya berlaku.start je sehari selepas exam saya mula tidak lekat di rumah.ikutilah kembara saya untuk cuti summer kali ini.hajat untuk menuntut ilmu dengan ust.salman tidak tercapai untuk kali ini kerana beliau terpaksa pulang ke Malaysia.

Sepatutnya start awal julai ini kami ada kelas dengan beliau sampai bulan ogos.kita merancang Allah juga merancang..sebaik-baik perancang adalah dari Allah.bumi mesir kan bumi ilmu.tidak kisah la dengan siapa kita ingin menuntut.asalkan ada kelapangan dan keinginan insyaAllah dapat.dia mana-mana ada sahaja orang membuat kelas tafaqquh fi deen tidak mengikut musim.yang penting carilah ia..

untuk entry kali ini ingin berkongsi cerita berkaitan visa.yang sebagaimana maklum tinggal di negara orang memerlukan visa.semacam kad pengenalan atau id card.di mesir ni..process untuk membuat visa memerlukan kesabaran yang tinggi.kalau di malaysia kita hanya memerlukan sehari atau kurang atau paling lama tidak sampai seminggu.namun di sini tidak begitu.bermula dari tahun lepas pihak imigresen mesir meletakkan syarat supaya setiap warga negara asing perlu ke pejabat polis negeri (amnu daulah) sebelum process yang lain diteruskan.

saya telah memulakan projek membuat visa seawal bulan april yang lalu.sebelum kitaorang dapat membuat visa tersebut kami kena mendapatkan tasdiq kuliah semacam sijil yang mengesahkan kami adalah pelajar university di mesir.untuk mendapatkan tasdiq tersebut setiap pelajar perlu membayar yuran.bagi yang datang dengan persendirian semua itu hendaklah di uruskan sendiri.bermula dari mengeluarkan wang yang berpuluh ribu genih dari bank dan pembayaran kepada university diuruskan sendiri.

bagi budak-budak tajaan yuran mereka dibayar oleh pihak yang menaja mereka sendiri.pihak yayasan terengganu telah memasukkan duit yuran seawal bulan januari lagi.tapi masalah yuran tidak dapat diselesaikan.dimanakah silapnya?pihak malaysia atau pihak mesir?

selepas tiap-tiap hari menghadap student department (syu'un tulab) akhirnya kami dapat apa yang kami hajati.kemudian proses seterusnya ialah pengambilan borang dan pembelian setem.setiap hari hanya tidak sampai 15 keping borang diproses.betapa lambatnya proses di sini.setiap kerja yang dilakukan adalah secara manual.dari sekecil-kecil pejabat sehingga kepada sebesar-besar pejabat semua kerja dilakukan secara manual.kalau diceritakan memang tidak akan habis.

selepas siap urusan penghantaran dan pemprosesan borang tersebut seminggu kemudian kami dikehendaki menunjukkan muka di pejabat amnu daulah.di sana kami ditanya mengenai alamat rumah tempat kami tinggal.berakhir check point ke dua.proses seterusnya adalah sebulan kemudian untuk kembali ke gawazat.disebabkan dalam fatrah imtihan saya hanya dapat menyelesaikannya 24 june baru-baru ini.

untuk visa setahun kami diminta membayar sebanya LE91.50.yang mana LE11.50 dibayar semasa pengambilan borang.dan baki seterusnya selepas ke gawazat kali kedua.untuk pelajar azhari mereka hanya membayar 11.50 sahaja.begitulah istimewanya pelajar-pelajar azhar di sini.kebanyakkan urusan mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh budak-budak bukan dari al-azhar.

peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah pada pagi 24 hb itu kami telah membayar harga setem sebanyak 300 untuk 3 setem.tapi disebabkan masih tidak ramai yang membeli setem so pak cik pakai baju kuning tidak mempunya baki.kami pun pergi berjalan ke dirasat kerana visa kami hanya siap 2jam kemudian.

selepas 2jam kami kembali semula ke gawazat dgn harapan visa sudah dicop.tapi sebaliknya.kerana hari itu hanya seorang pakcik sahaja berkerja.dan diminta datang kembali pkul 23o ptg.hanya Allah sahaja yang tahu.betapa panasnya hati saya.sepanas hari itu.sebelum pulang ke rumah.kami minta baki yang tidak diambil pada pagi itu.

disebabkan pakcik yang lain menjaga kaunter pada waktu itu dia tidak ingin memberi baki wang tersebut.puas kami memujuk.puas kami bertekak.puas kami marah.dia tidak bagi juga.kerana dia cakap dia tidak tahu.kami ditolak dengan pembaris untuk menjauhi kaunter.kami mengambil inisiatif untuk call ust-ust supaya dapat menolong kerana pada waktu itu tidak ada orang malaysia lain yang boleh membantu.

lama kami menunggu barulah pak cik yang pakai baju kuning pagi tadi datang.dan dengan senangnya dia memberi baki tersebut.tapi dia masih marah kat kami kerana kami tidak sabar.oh hanya Allah sahaja yang tahu hati ini.jika berpihak pada kami suruh sabar..jika berpihak pada mereka (arab)..tidak pula perlu bersabar..

jika lambat datang borang tidak akan dapat diproses.first come first surve la..pengalaman mengajar erti kesabaran..

gawazat dan amnu daulah jumpa lagi tahun depan!



saudara!

As-syahid Syed Qutb

Saudara!


Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Dan di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh ini
Nyalakan obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya


Saudara!


Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindui
Taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi


Saudara!


Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini pasti disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun disana fajar memancar lagi..


(Ditulis seketika sebelum menemui syahid)