Friday, July 23, 2010

jaulah sekitar mansoura

bismillahi walhamdulillah
 nama al-imam di tingkat bawah maqam

semalam saya menyertai jaulah (ziarah/rombongan) ke sekitar mansoura terchenta.aktiviti ini bagi mengisi masa lapang kami sebelum result exam diumumkan.terdapat beberapa tempat bersejarah dan maqam para ulama yang kami ziarahi.selama keberadaan saya di sini saya belum berkesempatan menyertai jaulah ini.

 pintu gerbang sebelum memasuki makam

so this event meet my expectation and change my point of view.menambah ilmu pengetahuan dan menanam perasaan cinta kepada ulama dan sejarah.dalam entry kali ini saya hanya mahu mengulas tentang ulama besar iaitu Imam Al-Sya'rawi.ulama kebanggaan anak jati mansoura khususnya dan mesir umumnya.

 al-quran & gambar di hadapan maqam

mengikut cerita ustaz yang mengikuti rombongan ini, pernah masa hayat imam ini beliau dalam satu persidangan ulama antarabangsa untuk mengubah makam ibrahim di baitullah kesemua ulama-ulama lain bersetuju untuk mengubah makam tersebut tetapi al-imam telah bermimpi berjumpa dengan nabi ibrahim untuk tidak mengubah makam tersebut.oleh sebab mimpi al-imam maka ulama-ulama bersepakat untuk tidak mengubahnya.

Maqam imam al-Sya'rawi.
terletak di kampung Daqadus di daerah Mit al-Ghamr beberapa kilometer (tak tahu jumlah sebenar) dari bandar mansoura. Maqam ini terletak bersebelahan dengan bangunan yayasan Sya'rawi yang ditubuhkkan oleh al-imam bagi membantu masyarakat Daqadus dari sudut pendidikan dan perubatan.bersebelahan maqam ini terdapat juga kawasan perkuburan masyarakat islam Daqadus.

Biodata imam al-Sya'rawi.
nama sebenar ialah Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi.dilahirkan dipertengahan april di kampung Daqadus, daerah Mit Ghamr dalam wilayah Daqahliah.beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di tengah-tengah perkampungan yang dikelilingi sawah dan kawasan pertanian.

beliau telah menghafaz al-Quran sewaktu berumur 10 tahun melalui gurunya Syeikh Abdul Majid.sewaktu hidup al-imam pernah menyebut "masih dalam ingatan apa yang aku alami sewaktu kecilku, kami telah mempelajari menulis dan membaca, kami juga menghafaz al-Quran, sesungguhnya al-Quran adalah jalan kami mempelajari membaca, menulis dan bertutur dengan baik".

bapa al-imam seorang yang sangat mencintai ilmu dan terlalu rapat dnegan ulama serta sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu.oleh sebab itu beliau menghantar anaknya belajar di al-Azhar.

sesungguhnya orang Mutaqqin dimasukkan dalam syurga Naim
Pendidikan al-imam.
pada tahun 1926, beliau telah memasuki pengajian peringkat ibtida'ii (sekolah rendah) di maahad al-Azhar Zaqaziq dan berjaya mendapat syahadah ibtida'ii pada tahun 1932.kemudian beliau memasuki Maahad Sanawi (sekolah menengah).beliau amat menonjol di bidang syair, sastera dan pidato sehingga beliau dilantik menjadi presiden sasterawan Zaqaziq.

al-imam terlibat cergas dalam gerakan al-Azhar.beliau telah memasuki kuliah lughoh Arabiah di University al-Azhar pada tahun 1937 sehinggalah tahun 1940.semasa di universiti, beliau melibatkan diri dalam tunjuk perasaan dan revolusi menentang inggeris.pada tahun 1943, beliau telah berjaya memperolehi ijazah pedidikan.

Career.(from wikipedia)



After graduating in 1940, he went on to earn his teaching certification in 1943. He later graduated from the religious institution of Tanta (ar|طنطا،), before moving to another at Zagazig and then, finally, at Alexandria. In 1950, he moved to Saudi Arabia to work as professor of Sharia in the University of Umm al-Qura
he return back to Egypt in 1959.
However, in 1963, the diplomatic relations between Egypt and Saudi Arabia worsened and it became impossible for him to return to Arabia. Instead, he took the position of manager of the office of the Imam of Holy Al-Azhar, Imam Hassan al Ma'amoon.(mudir bahagian dakwah di kementerian al-Auqaf) till 1978.
Later, he travelled to Algeria as a head of the Al-Azhar expedition, where he stayed for seven years. During his stay in Algeria, the war of June 1967 occurred and Egypt suffered tremendous losses to Israel. Ironically, Imam Muhammad Metwali Alsharawi 'praised' the defeat, saying "Egypt did not gain victory while the hands of communism surrounds them and their religion remains uncorrupted." Later, he did get to return to teach at the King Abdulaziz University in Saudi Arabia.
in 1974, his first television in the program called Nur 'Ala Nur (light upon light=cahaya atas cahaya)
In November of 1976, Mr. Mamdouh Salem, then Prime Minister, chose the members of his cabinet, among them was Imam Muhammad Metwali Alsharawi, appointed Minister of Endowments until October 1978. During this time, he issued a law that helped establish the first Islamic bank in Egypt in 1979. [1] The bank, Faisal Islamic Bank, was approved by the People's Assembly during that time.
In 1987, he was selected as a member of Arabic language Complex.

al-imam telah berkahwin sewaktu pengajian di peringkat rendah dengan wanita pilihan ibunya.al-imam dikurniakan 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.(Sami, Abd.Rahman, Ahmad, Fatmah dan Solehah).
al-imam telah kembali ke rahmatullah pada 17jun1998 sewaktu umur menjangkau 88 tahun.
kata-kata dari anak al-imam

kami juga berkesempatan mendengar cerita dari seorang tenaga pengajar di yayasan / mugammak Sya'rawi tentang riwayat hidup al-imam.beliau juga ada mengajarkan dan membetulkan bacaan fatihah kami sewaktu menziarahi maqam tersebut.maqam al-imam mempunyai 2 tingkat dan dijaga bersih oleh penjaganya.

ps:
tempat lain semasa jaulah akan diupdate kemudian.
perkongsian yang sekadarnya.moga bermanfaat.

~mencintai ilmu dan ulama~

Thursday, July 15, 2010

exam dah habis

bismillahi walhamdulillah..

berakhirnya oral pada pagi tadi maka berakhirlah final exam untuk tahun ini.moga saya dan sahabat-sahabat diberi kejayaan yang cemerlang di dunia & akhirat.moga kami lulus dengan cemerlang dan melangkah ke tahun seterusnya.

maka lumrah pelajar-pelajar luar negara petanda exam berakhir maka surutlah bilangan penghuni di bumi permusafiran ini.berbondong-bondong mahasiswa mengangkat beg untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta menghilangkan rindu di dada.kepulangan juga untuk mengecas bateri semangat dan motivasi untuk teruskan perkelanaan di negara orang sehinggalah tamat belajar.

sungguh belajar di mana-mana pun walhal dalam negara sendiri pun penyakit homesick dan rindu keluarga adalah lumrah.lumrah yang mesti dilentur dengan semangat motivasi yang tinggi untuk terus berjuang.jika tidak dilentur maka emosi menguasai diri, belajar pun entah ke mana.

insyaAllah jika result memberangsangkan maka saya akan terbang pulang akhir july atau awal august ini.doakan saya dapat pulang ke terengganu bersama dengan ayahanda tercinta kerana ayahanda sedang berkhusus di melaka selama 2 minggu.so tahun ni tak payah la saya membayar extra lugage.hehe.ameen ya rabb.

buat sahabat-sahabat yang bakal pulang ke malaysia selamat bercuti bersama keluarga tercinta.jangan lupa doakan kejayaan kita semua semasa dalam flight nanti kerana doa orang musafir mudah dimakbulkan Allah sehinggalah dia sampai ke destinasinya.

buat yang tidak pulang isilah masa kita dengan aktiviti bermanfaat.samada ke kelas agama, diskusi kitab atau pun jaulah.mengisi ilmu di dada sebelum pulang ke tanah air.walaupun exam dah habis jenguk2lah buku-buku kerana otak jika tidak diasah akan tumpul.hehe.peringatan diri sendiri juge=)

jangan lupe juge banyakkan doa untuk result nanti.sandarkan tawakal mu padaNya.let HIM do the rest.moga diberi yang terbaik.janganlah semasa exam sahaja kita berteleku di sejadah.selepas exam sejadah ke mana kita kemana..mohon dijauhkan.bersama-samalah kita menjaga hak Allah tidak kira bila dan di mana sahaja.moga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama~






p/s: sedang membaca laskar pelangi=)...banyaknye buku kat rak minta dibaca!

Saturday, July 10, 2010

ukhuwah yang tidak disangka

bismillahi walhamdulillah...

semalam saya berkesempatan berkenalan dengan seorang tetamu yang datang jauh dari bumi UK.beliau adalah siti fatimah moktar.pelajar cemerlang spm 2006 dari maahad muhammadi perempuan (MMP).beliau juga merupakan waris kepada kak pipah ahmad.

tak sangka btol ye.kecik je dunia ni.patutlah pada mulanya saya seakan familiar sahaja mukanya.difikir dan diingat balik dimana saya pernah bersua dengan mukanya...tetapi tidak ingat.selepas pulang ke rumah, amani cakap tak kenal ke siapa tu??fatimah tu kan pelajar cemerlang spm 06..saya dengan muka terkejut barulah ingat dimana pernah melihat beliau.di kaca TV rupanya..hehe.

beliau datang ke mesir untuk mendalami bahasa arab dan menghadiri talaqqi di sini.beliau datang ke mansoura bersama dengan temannya adila.moga-moga dengan pertemuan singkat itu mampu menjalinkan ukhuwah islamiyyah antara sesama muslim.nanti kalau nak gi UK senang dah ade tourist guide!




saya tinggalkan anda dengan temu ramah bersama fatimah semasa beliau spm dahulu.moga bermanfaat=)

berkawan biar seribu musuh biar satu~

p.s: saya rindu sahabat2 gen 6 DQ..kangen bangat sih!!!

Thursday, July 8, 2010

happy birthday to me!

bismillahi walhamdulillah...

puji dan syukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya selama saya hidup bernafas di muka bumi ini.nikmat umur dan kesihatan merupakan nikmat yang paling indah, kerana tanpanya seorang insan itu tiada di dunia ini.

terima kasih kepada ummi dan ayah atas segalanya.terutamanya ummi yang melahirkan saya, yang setiap titis susunya membesarkan saya.thanks u so much both of u..sayang ummi n ayah sangat-sangat!(tidak boleh menulis panjang kerana air mata mungkin mengalir).

usia 23 tahun, ramai antara sahabat handai yang sudah habis belajar.malah ada yang telah menyambung masters!tidak kurang ramai yang telah berkerja dan berkeluarga.tapi saya masih bergelumang dengan nota belajar yang menggunung tinggi.tetapi tidak mengapalah menuntut ilmu itu jihad!

usia 23 tahun juga disinonimkan untuk mendirikan mahligai impian.bagi sesetengah keluarga kalau tidak menemui pasangan ini sangat merisaukan.namun bagi sesetengah keluarga usia ini masih muda.housemates selalu mengusik saya untuk membuka kaunter mencari jejaka pilihan.

sudah berbuih mulut bertanya ciri-ciri jejaka pilihan saya.namun saya tidak tahu untuk describe ciri-ciri tersebut.biarlah dahulu.mungkin masa yang menentukan siapakah dia yang bakal menjadi imam saya nanti.bukan diri ini tidak mahu mencari, tetapi dirasakan belum cukup ilmu dan belum bersedia!

kalau dikira belum bersedia sampai bila-bila pun tak bersedia kan??ntahlah..sabar menanti je!hehe.mungkin dengan sabar yang sedikit saya dikurniakan si dia yang terbaik buat saya.lelaki acuan al-quran, nakhoda yang bakal melayarkan saya ke arah cinta dan redha ILAHI.

terlebih plak bercerita pasal jodoh kan??jarang-jarang saya ingin bercerita.malu mungkin.orang yang rapat sahaja yang lebih mengenali diri ini.

wish untuk diri sendiri..

gunakanlah usia yang masih bersisa ini untuk menambahkan ibadat kepada Allah.
usia yang bertambah maka dekatnya kita dengan kematian.
carilah ilmu dunia dan akhirat sebagai bekalan masa depan.
under training to be best madrasah buat generasi akan datang.
cuba untuk menjadi yang lebih baik setiap hari.
ikhlaskan niat dalam setiap yang dilakukan...
semoga umur yang masih bersisa ini diberkati Allah..wallahu'alam..<3 ayah n ummi!=)

Monday, July 5, 2010

our SON shine = Fathi

bismillahi walhamdulillah..

tanggal 5 july 2010 maka telah lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini.seorang bayi lelaki yang sihat sejahtera.diberi nama ABDULLAH FATHI B. MOHD IZZAT.Alfu mabruk buat pasangan bahagia aimi dan izzat atas kelahiran cahaya mata pertama.along.bayi ni lahir pada pukul 1223pm dengan berat 3.5kg!

iras ibunya..

kami auntie-auntie ini sangat seronok sebab fathi merupakan baby boy pertama untuk mahasiswa mahasiswi sains kesihatan mansoura.kalau sebelum ini kami diserikan dengan adanya 2 puteri maka kali ini lebih-lebih excited sebab fathi adalah PUTERA untuk PUTERIs (our batch).

so macam2 la hadiah yang aunties belikan untuk fathi.dari baju sampailah kepada peralatan bayi.so cepat2 la membesar dengan sehat untuk main2 dengan aunties n uncles sekalian.

alkisah maka ibunya tidak sempat untuk menduduki exam forensic pada hari berkenaan.sehari sebelumnya 4hb ibunya masih sempat menduduki exam toxicology.semasa ibunya bertarung di labor room, ayahnya pula terpaksa bertarung di dewan exam.moga kejayan milik kita semua.

aunties semua doakan supaya fathi keluar lepas exam forensic, tapi dah nak buat camne kan fathi dah tak sabar nak jumpe dengan kami semua so lahirkan si tecit tomel ni..

auntie jiji..hehe

tahniah buat aimi & izzat 
semoga fathi menjadi seorang mujahid
yang memperjuangan kan agama Allah!

ps: kenapa malas nak membaca untuk oral ni..