syukur atas kesempatan yang ada.walaupun sebenarnya tak habis baca lagi untuk exam minggu depan.namun saya yakin dan percaya setiap pelajar yang berada di bumi mesir ini sedang dalam fatrah berhibernasi untuk menelan dan menelaah buku-buku dan nota-nota untuk persiapan perang minggu hadapan.moga Allah membantu kita.ameen.
sudah lama saya tidak melontarkan idea di sini.banyak isu yang berlaku kebelakangan ini, namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut.pertamanya kerana kekurangan masa dan paling penting mungkin pemahaman melalui penulisan menyebabkan ramai yang menolah dengan tafsiran pelbagai.lain yang kita tulis namun lain pula yang difahami pembaca.biarlah Yang Maha Mengetahui mengatur rencana terbaik!
berbalik pada pokok persoalan saudari (rasanya macam saudari-kalau salah maaf ye dik). bagaimana mahu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran selepas spm??ramai yang masih ragu-ragu untuk memilih bidang masing-masing.pilihlah bidang anda mengikut minat dan kesesuaian akademik.ini kerana apa yang anda ambil sekarang bakal menentukan hidup anda 10 hingga 30 tahun akan datang.anda bakal bekerja dan hidup dengannya.
janganlah nanti sampai ditengah jalan anda berhenti dan mencari kerja lain.contohnya anda memilih untuk menyambung dalam bidang perubatan, tetapi atas sebab anda gagal dalam peperiksaan atau anda give up semasa HO anda memilih untuk mencari kerjaya lain yang lebih senang.perlu disematkan dalam minda, setiap bidang mempunyai kesusahan masing-masing.cubalah tanya orang yang berada dalam bidang kejuruteraan, sudah pasti mereka mengatakan "tak yah la jadi engineer, susah!!nak-nak kamu tu perempuan".ataupun cubalah bertanya doktor muda di hospital yang baru pulang dari oncall "jangan amik medic, dah la blaja lama, takde masa untuk keluarga, bla2...".tanyalah juga kepada bakal guru "susah la nak didik anak murid zaman sekarang!"...
hanya menyebut beberapa contoh.janganlah pula kamu terlampau mengikut kata ibubapa.betul setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anaknya.tetapi jika kamu ada pendirian nyatakan dan explain secara baik kepada mereka.sudah tentu mereka akan faham.janganlah kamu memberontak apabila kemahuan tidak ditunaikan.kadang-kadang kita tidak tahu apa yang ibu bapa tentukan mungkin yang terbaik.ada dikalangan sahabat saya yang dahulunya kerana dipaksa oleh ibubapa masing-masing untuk menyambung dalam bidang perubatan telah jatuh cinta dalam bidang ini.
itu kalau jatuh cinta.tetapi jika berlaku sebaliknya...janganlah nanti menyalahkan ibubapa kerana menentukan masa depan kita.ambil kertas, renung keputusan peperiksaan, catatkan bidang yang mungkin diminati, tuliskan juga pro n cons nya.kemudian tanyalah abang, kakak, saudara-mara, seniors dan kawan-kawan serta jangan lupa kedua ibu bapa.kalau buntu sangat mintalah bantuan kaunselor sekolah.hadiri seminar kerjaya atau mungkin melayari internet untuk dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang kerjaya anda!
tetapi janganlah pula terlampau mengikut kata dan pendapat orang.biarlah apa pun mereka kata jadikan sebagai pendorong semangat untuk terus maju ke hadapan.moga chacha dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang terbaik.moga dimudahkan urusan olehNya..ameen=)
akhirnya, mintalah kepada Sebaik-baik Perancang untuk meminta petunjuk dan memudahkan urusan kita.selagi anda belum membuat keputusan selagi itu anda mempunyai peluang untuk menentukan arah hidup dan tujuan masa depan.but, once you have decided to do it, just stay on the track and never turning back!!
last but not least,
ampun maaf jika salah bicara.hanya disebutkan beberapa contoh yang dirasakan logik.jika contoh tidak bersesuaian dengan post mohon ampun sekali lagi.
aktiviti menulis akan dikurangkan untuk fatrah exam ini..
mohon doa dari semua untuk exam yang bakal mendatang.GOOD LUCK EVERYONE!!
"cintakan Rasululllah pemangkin biah solehah"
No comments:
Post a Comment