Sunday, April 25, 2010

Exam Fever Campaign!

bismillahi walhamdulillah...

alhamdulillah puja dan puji syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah habis exam post mid term dan exam practical.demam exam sudah bermula rata-rata di university seluruh mesir.selamat menempuh imtihan semua!teruskan usaha dan doa anda semoga kita semua berjaya dengan cemerlang.

meneruskan misi kempen unit akademik PCM, exam fever campaign - 7 hours of study.set kan target anda setiap hari.kalau anda mampu study lebih dari 7 jam itu terpulang kepada kemampuan masing-masing.lebih banyak lagi baik.setiap checklist dan target wajib dipatuhi.ini akan mendisiplinkan diri anda.

kemudian bagi sesiapa yang memilih untuk melanjutkan pengajian di mesir dalam bidang sains kesihatan anda haruslah bertanya kepada sesiapa yang lebih berpengalaman ataupun sekurang-kurangnya bertanya senior atau mereka yang sudah berada di sini.begitu juga untuk mereka yang bakal menggunakan perkhidmatan ajen seeloknya bertanyalah kepada yang pernah menggunakannya.

saya tidak berminat untuk mengulas lanjut memberi komen kepada mana ajensi.ataupun anda bolehlah membaca di sini (cara dan syarat melanjutkan pelajaran ke mesir - bindang sains kesihatan).bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menyambung ke dalam bidang yang dikehendaki, berdoalah moga Allah bagi pilihan yang terbaik buat anda walaupun anda terpaksa memlalui jalan yang jauh untuk memenuhi cita-cita anda kerana Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

selain itu, kempen lifeline for Gaza juga rancak dijalankan.moga setiap wang yang kita dermakan mampu menjauhkan kita dari api neraka.setiap insan yang menerima nikmat mereka akan berasa seronok.tetapi tidak semua yang apabila ditanya tentang nikmat mereka akan gembira.musuh utama dalam diri adalah nafsu yang mampu mengawal ke mana dan untuk apa nikmat itu diinfaqkan.

i miss ini budak tecit n his siblings
wazif<3


ps: bagi sesiapa yang ingin contact saya bolehlah melalui email kerana yahoo messenger mengalami banyak masalah (internet yang slow)

No comments: