esok ada lagi berbaki satu paper untuk post-midterm (mood menulis datang bila nak exam.time tak exam tak nak datang plak dia).sudah beberapa hari ura-ura dan khabar angin datang melanda mengatakan jadual exam akan berubah lagi.ini sudah mungkin kali ketiga atau keempat jadual diubah.huhu.tapi yang pasti jadual tahun ini 1st time dibuat di mansoura.ada yang mengatakan bahawa ini arahan dari kementerian pendidikan mesir untuk menyelaraskan semua U di sini.
jika dahulu mansoura akan menghabiskan satu subjek meliputi exam written dan oral.practical exam dihabiskan bulan april kecuali anatomy yang mengiringi exam written dan oral.jadi tahun ini semua subjek dibuat exam written dahulu physiology,histology,anatomy,biochemistry,pathology,parasitology,pharmacology dan microbiology.kemudian baru diikuti oral exam.
sistem exam ini sudah diamalkan di Cairo U.terdengar ramai ungutan dari pelajar-pelajar di sini yang mana tidak boleh menyimpan buku atau menutup buku satu subjek untuk mulakan subjek yang baru.pendek kata sentiasalah refresh ilmu didada anda.huhu.tetapi apa pun mungkin itu yang terbaik.rungutan kita tidak kemana.sebaliknya berusaha sehabis baik untuk menjadi yang terbaik.jangan nanti menyesal dikemudian hari.
jadual berubah tidak akan mendatangkan kesan apa-apa jika kita berusaha dan menyusun strategi untuk menang.kalaupun jadual tidak diubah, usaha kita masih sama, strategi masih tumpul..kita akan tewas!so sekarang usaha dan doa supaya semangat sentiasa ada dan motivasi sentiasa tinggi supaya kita tidak kecundang ditengah jalan.
saya juga ada terdengar, ada yang ingin menta'jil atau postpone exam kepada exam dur thani.JANGAN sesekali anda melepaskan peluang yang ada.sebaliknya usahalah sebaik mungkin.mana tahu rezeki kita ada.jika melepaskan peluang, mungkin pada masa itu Allah telah menarik balik rezeki...rugilah!.SILA BACA POST INI untuk yang berminat postpone exam.
zaman sudah berubah.jika dahulu masa 1st and 2nd batch sahaja kami tidak digalakkan untuk postpone exam.malah tidak pernah tahu pun exam di mesir boleh ditunda.namun sejak ramai generasi baru ia mewarna-warnikan lagi bumi mansoura ini.(maaf jika ada terasa.bukan berniat demikian).
dengar lagu ni untuk release tensen:
2 comments:
biasa la kak zaty,merungut2 pun,tapi jawab jugak exam.betul jugak,kalau merungut tanpa tindakan,cam tak berguna jugak.mgkin la ada orang kata,`orang tak merasa,mana tahu cmne` bile kita kata,xyah la rungut2 ni..mmg la ada yang tak merasa jadi mangsa sistem akreditasi ni,tapi kalau nak ikutkan,stiap tahun ada perubahan dalam format exam,nak tak nak kena jugak usaha.kekadang perubahan ni,kalo xdpandang dari sudut positif tuh yg biasanya akn membuahkan rungutan n kata2 pesimis.anggapla perubahan ni,sebagai kelebihan[mcm yg kak zaty sebutla,ilmu tu perlu sntiasa direfresh,ni satu cara.mgkin ni la rahsia disebalik kehebatan budak2 cairo,sebab asek berulang bukak buku^^].kekadang,bnda yg susah nak dapat ni,bila dah dapat,kita akan lebih hargai.mungkin tu salah satu kaedah doktor2 kat cni nak ajar kat kita erti menjadi pelajar medik?kan?
Life is more strict than a teacher.
A teacher teaches lesson then keeps the exam.
But life keeps the exam 1st then teaches the lesson.
ujian kehidupan tu lebih membimbangkan.
thnks ain for the comment!sgt2 berharga..moga Allah merahmati kamu..kawan2 adalah sumber inspirasi sy!do pray for me!
Post a Comment